👑 •BAB 5•

124K 6.1K 838
                                    

     ARMAYA MIKAEYLA tersenyum lebar melihat bangunan Dragoon Majestique Hotel yang berdiri gah di hadapannya. Berbunga betul rasa di hati. Akhirnya tiba jua masa ini.

"Dear today, please be nice to me." Armaya memejam mata rapat dan tangan diangkat tinggi. Pandangan pelik orang di sekelilingnya di biar. Pasti kerana dia bercakap sorang-sorang.

Dalam hati tak putus-putus berdoa supaya perkara yang baik-baik sahaja terjadi harini.

"Hai!" Armaya menoleh. Memandang wajah yang menyapanya. Lelaki. Berjaket kulit berwarna coklat dan kaca mata hitam. Macam pernah nampak muka mamat ni. Di mana ya?

"Err hai." kekok Armaya menyapa lelaki itu kembali. Mukanya beku. Tak ada masa nak beramah mesra dengan orang sekarang ni.

"Guess you don't remember me." kaca mata di tanggalkan. Lama Armaya memandang lelaki itu.

Terus tersengih Armaya apabila kepala mengingati nama lelaki itu.

"Zachary kan?"

Lelaki itu angguk. Bibirnya menarik senyum. Manis. Gaya-gaya buaya pun ada.

"Panggil Zack je. Nak panggil bie pun boleh!" Zack berseloroh. Dia ketawa apabila Armaya buat muka menyampah. Cute aje dia ni.

"So, are you nervous?" Tanya Zachary.

"Yeah. Sikitlah. Awak? Awak kan lelaki. Mestilah tak nervous." Zachary jongket kening. Dia tanya orang dia pula yang jawab sendiri.

"Who say? Lelaki pun tahu nervous tau. Cuma diorang cover macho supaya tak nampak nervous." Hujah Zachary.

"So awak tengah cover macho lah ni?" Armaya senyum senget.

Zachary sengih mendengar pertanyaan Armaya. Bijak beautiful. I like her!

"Dah. Jomlah kita masuk. Kang lambat. Tak pasal-pasal cipta rekod buruk nanti." Zachary mengikut Armaya yang sudah melangkah masuk dalam hotel itu. Matanya memandang Armaya dari belakang.

I want to use her.

But why she's so freaking cute?

NAK menangis rasa bila ternyata sangkaannya selama ini benar belaka. Armaya raup muka. Rasa nak je jerit kuat-kuat. Sukar nak terima hakikat yang hanya dia seorang sahaja perempuan yang bekerja di De la Majestique kitchen! Huwaaa mummy help me!!!

Semua pekerja yang lain lelaki. Ahhh kekoknya. Rasa menyesal timbul satu graf. Aduhh. Patut aku pergi aje temuduga dekat hotel lain yang aku dapat. Itulah hati! Menggedik nak jugak hotel ni! Rasakan!

"What's wrong Armaya? You look stress." terus tegak tubuhnya apabila mendengar lelaki menegurnya. Bibir terus tersengih memandang chef-chef lelaki yang berdiri di hadapannya.

"Nothing chef Rain." wajah manis ditayang.

"Saya tahu awak risau Armaya. But don't worry, we will not harm you. Kami sudah anggap yang all of us is a family. We will take care of you." Chef Fakhrurazi cuba menenangkan Armaya.

"Yeah. Lagipun awak satu-satunya pekerja perempuan di sini. Jadi kami akan jaga awak. Anggap je kitorang semua ni abang awak. Lagipun awak 25 tahun kan? You're the youngest among us. Why don't we take a good care of our maknae. Kan?" aku ketawa mendengar kata-kata Chef Badriz. Dia pun tahu maknae tu apa siot. Mesti gang kpop ni. Yes! Ada geng!

"Mak sapa tu?" Zachary bertanya di pihak beberapa chef lain yang tak tahu apa maksud maknae tu.

"Laki mak kau!" Chef Badriz terus memeluk leher Zachary. Kepala lelaki itu disekel beberapa kali. Tergelak chef-chef senior melihat teletah mereka berdua yang serupa budak-budak itu.

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now