👑 •BAB 4•

125K 6.2K 469
                                    

SUASANA meja makan di Villa Anggerik sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi sudu dan garfu berlaga dengan pinggan kaca. Suasana yang tadinya riuh dengan gelak tawa mula menyepi sebaik sahaja semua isi villa itu melihat Tunku Noah melangkah masuk dengan muka dingin dan beku. Aura menakutkan De'Angelo.

"Abah sebenarnya nak beritahu yang Engku Tariq bakal sambung belajar di Sepanyol next month. Jadi abah ingat nak buat kenduri sedikit. Jemput sekali orang masjid dengan rumah anak yatim." automatik Tunku Noah mendongak memandang Engku Tariq yang tak sudah-sudah dengan senyuman kemenangannya.

Cucu kesayangan datuk. Bolehlah nak berlagak.

"Baguslah tu abah. Kita pun dah lama tak buat kenduri." Tunku Al-Fatih bersuara. Cuba untuk meriahkan suasana yang memang kebiasaannya canggung kerana kehadirannya.

Tunku Noah hanya menyuap sedikit demi sedikit makanan dihadapannya. Dia paling tak suka akan suasana begini. Janggal.

"Ini supaya Engku Tariq tak berkahwin senyap-senyap dengan anak gengster di Sepanyol sana." perlahan dan selamba Tunku Yusuf menuturkan kata-katanya. Terlepas sudu Engku Tariq mendengarnya. Aku pulak yang terlibat?! Dia menelan airliur sebelum lambat-lambat memandang ke arah orang yang duduk bertentangan dengannya. Terkedu bila Tunku Noah memandangnya dan Tunku Yusuf bersilih ganti. Pandangan mata emas itu tajam menikamnya.

Tunku Al-Fatih meletakkan garfu dan sudu di tangannya perlahan-lahan di atas meja. Hatinya terluka mendengar ayahnya sendiri memerli dan mengimbau kisah silam yang pahit itu. Menggebu segala rasa di dada. Sedih, marah dan semuanya.

"Abah, Fatih balik dulu. Ada kerja sikit. Hajar, Naura jom balik." Tunku Al-Fatih hanya mengerling sekilas wajah Tunku Yusuf yang bagaikan tiada perasaan itu. Masih terus menyuap makanan selamba.

Ungku Hajar faham. Ditarik tangan Naura agar mengikutinya.

Tunku Noah pula sudah berkerut dahi. Dia pasti yang ayahandanya berasa sangat terluka. Sangat. Dia sendiri rasa bagai ditampar dengan kata-kata Tunku Yusuf.

"Ayahanda..." Tunku Noah bangkit. Ingin mengikut Tunku Al-Fatih. Namun Tunku Al-Fatih menepuk bahu kiri anaknya itu.

Bila rasa ayahnya mencengkam sedikit bahunya, Tunku Noah kembali duduk. Dia bagaikan tahu yang Tunku Al-Fatih menyuruhnya untuk tinggal di sini. Menggantikannya. Tunku Noah akur. Langkah ayahanda, umi dan Naura dihantar hanya dengan pandangan mata.

Tak lama selepas itu, Tunku Yusuf pula bangkit dari duduknya. Kakinya terus dibawa ke ruang tamu. Tunku Noah kecewa. Dia dapat rasakan yang datuknya berlalu pergi disebabkan dia.

Sudu dan garfunya dihentak kuat ke atas meja. Meluahkan rasa geram. Tersentak semua yang masih di meja makan itu melihatnya. Tubuhnya disandarkan ke kerusi. Keluhan dilepaskan kemudian butang t-shirtnya dibuka apabila suasana tiba-tiba rasa panas.

Sepupu-sepupunya terdiam melihat wajah tegang Tunku Noah. Menakutkan dan menyeramkan. Mereka pernah nampak lelaki itu mengamuk masa mula-mula Tunku Noah pulang Malaysia dulu. Itupun sebab si Tariq buli si kecil Naura. Takut mereka. Tak dapat bayangkan seandainya perkara itu berulang lagi.

Telefon Tunku Noah yang tiba-tiba berdering menarik perhatian ahli keluarga Tunku Yusuf itu. Semua mula memusatkan pandangan ke arah Tunku Noah.

Leo...

Tak menunggu lebih lama, telefon yang memekik minta dijawab itu dicapai.

"Sí Leo?" Tunku Noah tarik nafas dalam-dalam. Wajahnya terus berkerut pelik apabila mendengar bunyi suara beberapa orang manusia yang sepertinya sedang bergelut.

"Che diavolo sta succedendo, Leo? (What the hell is happening?)"

Engku Tariq berpandangan dengan sepupu-sepupunya yang lain. Aura menakutkan dapat dirasakan sebaik sahaja mendengar suara keras dan garau Tunku Noah berkata dalam bahasa Itali. Dahlah tak tahu makna, lagi menyeramkan bunyinya!

✓ TUNKU NOAH NATHAN Where stories live. Discover now