2

876 34 0
                                    

Hakim

"Saya malaslah. Awak tak payahlah susah payah nak tolong saya. Bukannya tak ada kerja lansung. Lagipun tahulah saya nak jaga diri sendiri." Murni menutur kata tanpa memandang sedikitpun wajah Hakim.

Mata Hakim terus tajam merenung Murni. Susah betul dia hendak menyakinkan gadis itu. Sudah habis ikhtiar rasanya dia gunakan untuk mengajak Murni bekerja di syarikat milik bapanya.

Murni bukan orang asing pada keluarga Hakim. Murni merupakan anak kepada sepupu ayah Hakim. Ibubapa Murni sudah tiada. Murni juga adalah anak tunggal.

"Murni, saya ikhlas nak tolong awak. Sampai bila awak nak kerja sebagai promoter dekat pasaraya ni. Kalau awak kerja dengan kami, kami akan bagi awak gaji lebih dua kali ganda dari gaji sekarang. Kerja lah dengan kami, okay?"

Hakim masih tidak mahu berputus asa. Jika bukan hari ini, esok dia akan datang lagi untuk memujuk Murni. Dia kasihan dengan gadis itu. Ada waktu hatinya terdetik satu rasa yang dia sendiri tidak pasti apa.

Dia sangat senang dengan keperibadian Murni yang sederhana. Ibubapa Hakim sendiri amat mengenali Murni.

Murni hanya berdiam diri. Malas mahu membuka mulut atau menjawab apa-apa. Dia hanya membiarkan Hakim berdiri di situ. Terdengar keluhan dari pemuda itu.

Hatinya sendiri berbelah bahagi. Murni cuma mahu hidup sendiri, tanpa perlu ada orang lain. Cukuplah dia ada kawan-kawan sekerja yang menjadi tempat dia bercerita dan berhibur.

Sehinggalah Murni perasan kelibat lelaki itu menjauh lalu hilang dari pandangan. Dia pasti, esok atau lusa Hakim akan datang lagi. Tidak pernah berhenti berharap agar Murni setuju untuk bekerja dalam syarikat milik ayah Hakim.

Murni membuka dompet. Sekeping kad nama dikeluarkan. Murni membaca perkataan yang tertera diatas kad itu.

Hakim Hidayat Raja Hazman
Chief Executive Officer
Timber And Mining Private Limited

Kad disimpan. Kerja-kerja yang terhenti tadi disambung semula, tetapi...

"Oii makcik, you ingat ni supermarket you ada share ka? Borak-borak hati manyak senang hah. Kerja pun tak jalan. Haiyaa... " sergahan Miss Cindy membuatkan Murni tersentak.

"Maaf Miss Cindy, I ada hal sikit tadi" sedaya upaya senyuman sedikit manis diberikan kepada ketua penyelianya itu.

"Maaf, maaf. Pandai lah you mintak maaf. Kerjalah, kita bayar gaji you, bukan tak bayar. Lagi mahu duduk senang-senang." Miss Cindy keras menyindir Murni.

Wajah wanita gempal berketurunan cina itu direnung tajam. Ingin sahaja dia menjawab segala ejekan perempuan itu, tapi disabarkan hatinya.

"Apa pandang-pandang. Sana pergi buat kerja." Tajam mencerlung mata Miss Cindy memandang Murni.

Dengan wajah kelat wanita itu mengarahkan Murni menyambung kerja. Sedikit pun tidak mahu bertolak ansur dengan pekerja bawahannya.

Murni tahan sakit hati. Dia hanya diam dan mengikut arahan Miss Cindy. Terus dia berjalan kearah kawasan kerjanya. Tiada pelanggan pada waktu itu. Murni mencapai tuala kecil. Laju dia mengelap habuk diatas rak serta botol-botol syampu, losyen dan barang-barang dandanan diri.

Ini kali kedua Murni buat benda yang sama. Murni sudah merasa amat-amat bosan dengan situasi begitu. Ditambah lagi dengan Miss Cindy yang cerewet dan agak bossy.

"Macam la jugak supermarket ni kau yang punya. Kau pun kuli je kat sini. Tak sedar diri punya orang." Murni mengomel sendirian.

Ikut hati mahu saja dia melepuk mulut Miss Cindy dengan botol syampu.

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Where stories live. Discover now