23

377 17 0
                                    

Termenung

Murni merenung sampul surat yang diberikan oleh kak Aida sebentar tadi. Sampul yang tertera nama syarikat di sudut atas kiri. Kata kak Aida itu surat perlantikan jawatan daripada syarikat Timbers & Mines PTE LTD.

Dia mengambil lalu membuka dan mengeluarkan sekeping surat dari dalam sampul. Surat itu menyatakan tentang pengesahan jawatan sebagai Pembantu kepada Ketua Pegawai Eksekutif.

Gaji yang ditawarkan sangat besar. Hampir bulat mata Murni merenung jumlah yang tertera.

Alhamdulillah, perlahan ucapan rasa syukur atas rezeki yang tidak disangka-sangka, keluar dari bibir.

Ini kali ketiga dia menerima gaji sejak bekerja dengan Hakim dan Raja Hazman. Kali pertama dan kedua jumlahnya tidak sebanyak sekarang. Wang itu masih ada baki lagi dalam akaun banknya. Kali yang ketiga ini jumlahnya sangat dia tidak jangka.

Menjangkau RM9k sebulan tidak termasuk lain-lain elaun. Rezeki apakah ini, teriak hati kecilnya. Dan jumlah itu akan berubah selepas 6 bulan dia bekerja di situ, Murni dijanjikan kenaikan pangkat.

Teringat akan kemiskinan neneknya sewaktu dia masih bersekolah rendah. Dalam tempoh lima tahun masih ada perbelanjaan bulanan yang dimasukkan kedalam akaun bank nenek. Tetapi ianya terhenti ketika umur nya mencecah 5 tahun.

Nenek bekerja keras untuk menampung hidup mereka dua beranak. Nenek pernah berniaga nasi lemak dari rumah ke rumah. Mengusahakan kebun sayur dan menternak ayam itik untuk dijual.

Tinggal di kampung pada masa itu cukup saja makan pakai mereka. Malah nenek masih boleh menghantar dia ke sekolah. Namun ketika umur nya menginjak 9 tahun, nenek mula jatuh sakit sehingga meninggal dunia setahun kemudian. Sejak itu Murni di pelihara oleh keluarga angkat.

Pak Salleh dan Mak Mai bukan orang lain dengan nenek nya. Mereka adalah keluarga Nik Faizal juga. Cuma pertalian itu agak jauh. Pak Salleh dan Mak Mai ada dua orang anak. Khaier dan Khaiera. Umur mereka tidak jauh beza dari Murni.

"Oii, berangan la tuh, sampai tak sedar aku dah lama terpacak kat sini." Suara Nana yang agak kuat, merentap semua yang berputar di dalam bayangan mata Murni.

"Eh, kau. Tak boleh sopan sikit ke. Main terjah ikut suka kau je." Murni yang sedikit terkejut melontarkan rasa geram pada Nana.

"Dah kau tu berangan tak ingat dunia.  Aku dah kebulur ni, jom la pergi lunch." Nana menarik tangan Murni. Surat yang dipegang oleh Murni terjatuh segera dikutip oleh Nana.

"Mak aiii, betul ke apa yang aku nampak ni?" Nana mendekatkan jarak surat itu ke muka. Segera di rampas semula oleh Murni.

"Jangan jadi penyibuk boleh tak!" Surat itu dilipat dan terus di masukkan ke dalam tas tangan.

"Dah jom. Tadi kata lapar kan?" Murni bangun, mengemaskan kedut pakaian lalu berjalan ke pintu. Terlalu hanyut dalam kenangan, sehinggakan Nana masuk ke bilik itupun dia tak sedar.

Ada sesuatu yang dia fikirkan. Sudah lebih 4 tahun dia berkelana di bandar besar ini. Selama itulah dia tidak pernah balik ke kampung. Sejak tamat belajar, dia tidak tunggu lagi, terus sahaja melangkah keluar dari rumah Pak Salleh dan Mak Mai.

Ada satu desakan dalam hati untuk menziarahi mereka berdua. Mungkin pasangan itu juga sedang tertunggu-tunggu kepulangannya.

"Aku nak balik kampung arwah nenek." Meluncur kata-kata itu dari mulut Murni. Saat mereka sedang menikmati makan tengahari di restoren nasi campur kegemaran mereka.

"Hah, kau nak balik kampung, bila?" Nana merenung wajah Murni.

"Belum tahu lagi. Tapi aku memang nak balik kampung. Jenguk rumah arwah nenek. Aku nak ziarah mak dan ayah angkat aku juga." Murni menyatakan rancangannya kepada Nana.

"Kau nak aku temankan kau ke? Aku tiada masalah. Boleh je." Teringin juga dia mengikut Murni dan melihat suasana kampung.

"Kalau kau nak ikut, aku tak kisah. Lagipun memang aku nak tanya juga pada kau benda nih." Kata-kata Murni  membuatkan Nana tersenyum.

"Nanti bila aku dah set tarikh dan masa, aku bagitahu kau, ok?"

"Okay." Sambut Nana dengan gembira.

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Where stories live. Discover now