47

331 14 0
                                    

Takdir

Takdir itu tidak mampu dia tolak. Biarpun dia tidak pernah merancang, namun siapa dia untuk menolaknya. Semua memang boleh dirancang, tetapi perancangan Allah itu adalah yang terbaik.

Petang Ahad itu dia bersiap-siap untuk pulang semula ke apartment. Mak Mai dan Pak Salleh duduk di pangkin bawah pokok rambutan. Khaier pula sedang membantu Murni menyimpan bungkusan sayur-sayuran kedalam bonet kereta untuk dibawa balik.

"Betul mak dengan ayah tak mahu ikut Murni balik?" Soalnya sebaik sahaja dia selesai menyimpan beg baju.

"Nanti-nanti ajelah Murni. Bila kami lapang nanti kami sampailah ke rumah kamu tu," ujar Mak Mai.

"Abang  nanti bawalah mak dengan ayah datang sana tau. Call atau hantar WhatsApp je bila-bila masa kalau nak datang." Pesannya kepada Khaier pula.

"Ye lah...Hati-hati bawak kereta tu. Dah sampai sana nanti bagitahu abang." Wajah itu kelihatan sedikit ceria. Kasih buat gadis itu masih ada. Rasa cinta yang agung itu tetap mekar biarpun tahu dia hanya bertepuk sebelah tangan.

Murni terus menyalami tangan Pak Salleh dan Mak Mai. Tubuh tua Mak Mai didakap erat. Kemudian perlahan-lahan dilepaskan.

"Jaga diri baik-baik Murni, jaga solat dan kesihatan tu," pesanan dari Mak Mai itu sudah acapkali dia terima. Sebuah anggukkan kecil diberikan.

"In shaa Allah, mak." Kemudian dia minta izin untuk pergi.

Khaier mengekori Murni sehingga ke kereta. Sebaik sahaja pintu kereta dibuka, sebuah beg kecil berwarna merah di hulur kepada Murni. Walaupun sedikit terkejut, beg kecil itu di ambil.

"Terima kasih," ucapnya sepatah.

"Fikirkan siapa tu?" Lamunannya mendadak terhenti. Bunyi satu suara menyapa di belakangnya sehingga membuatkan dia tersentak.

"Ya Allah Hakim. Mujur tak gugur jantung saya." Hakim ketawa kecil.

"Lama saya tengok awak duduk termenung dekat sini. Kebetulan saya pun sedang berjalan-jalan tepi pantai ni." Hakim terus duduk di sebelah Murni.

"Tak fikir apa-apa pun. Saja duduk tengok laut dan kapal-kapal kat tengah laut tu je." Matanya kembali memandang jauh sehingga ke tengah laut lepas.

"Jauh sangat menungnya, mana tahu kut teringat buah hati pulak." Dia duduk sambil memeluk lutut. Tak dihirau air laut mula melibas kaki. Sejuk terasa.

"Macam mana dengan awak sekarang Hakim. Dah ok ke, dah jumpa pengganti Khadija?" Soalnya. Wajah tampan itu ditatap. Soalan Hakim tadi dibiarkan berlalu.

"Takde soalan lain ke. Malaslah nak jawab," pandangannya dialihkan. Tangannya mengusap-usap siku yang terdedah. Angin sejuk mula bertiup dari arah laut.

Murni ketawa kecil. "Zhafik dah ada teman hidup baru. Sahabat awak yang rajin temankan awak makan-makan dah tak boleh nak temankan awak lagi. Carilah seorang yang boleh hiburkan hati kala sunyi." Suaranya meningkah kuatnya bunyi deburan ombak.

Hakim hanya mampu tersenyum. "Bercakap memang mudah. Walaupun Khadija tidak pernah dapat menambat hati saya dengan cintanya selama ikatan pertunangan kami terjalin, tapi saya tetap sayangkan dia sepenuh hati. Biar pun kini saya ada peluang luas untuk mencari cinta baru, tapi biarlah dulu."

Hujung kakinya dipandang, pasir yang dibawa ombak mula melekat di kaki.

"Macam mana dengan Nana. Dia pun masih single. Cantik, baik, ceria orangnya. Saya kawan dengan dia dah lama dan kenal hati budi dia." Tiba-tiba nama Nana disebut oleh Murni. Ketawa Hakim memecah dingin malam.

"Kenapa Nana.....kenapa bukan awak saja yang jadi kekasih saya?" Kata-kata Hakim membuatkan Murni terkejut. Lelaki itu terlalu berterus terang. Lidah Murni jadi kelu tiba-tiba.

Dia jadi teringat pada Khaier dan pada isi beg merah kecil yang diberikan oleh Khaier kepadanya. Hembusan bayu mula dirasakan panas.

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Where stories live. Discover now