28

351 16 0
                                    

Inap Desa

"Alhamdulillah, puas mak menyelongkar gerobok buruk dalam bilik tu tadi. Jumpa pun geran tanah ni." Mak Mai menyerahkan sekeping sampul surat yang agak besar kepada Murni.

"Geran ni atas nama siapa mak?" Disambutnya huluran sampul dari Mak Mai. Penting untuk dia tahu siapa yang empunya tanah pusaka itu sekarang. Tidak mahu perkara tidak diingini berlaku kemudian hari.

"Setahu mak, masih nama nenek kamu. Takde penama lain sebab arwah nenek kamu tu anak tunggal. Memang tiada adik beradik lain." Jelas Mak Mai.

Sekeping kertas tebal dikeluarkan dari sampul surat. Di belek-belek sepintas lalu. Petang tadi dia sudah meminta geran itu dari Pak Salleh. Dia bersyukur kerana kedua ibu dan bapa angkatnya itu memberikan kerjasama.

"Murni nak buat apa dengan geran tu. Tanah pusaka bukan boleh dijual." Kata Mak Mai.

Murni hanya tersenyum. Dia tahu kata-kata Mak Mai itu tidak membawa apa-apa maksud tersirat.

"Murni nak baiki semula rumah pusaka nenek tu. Nak bina balik supaya cantik." Dari dibiarkan roboh dan tumbuh belukar dan semak baik dibuat sesuatu di tanah itu. Itu yang ada difikiran Murni.

"Haisshh.... kalau di baiki pun siapa nak duduk kat sana. Nanti jadi rumah tinggal jugak macam sekarang ni. Membazir duit je nanti." Bebel Mak Mai.

"Kita boleh jadikan Kampungstay atau Inap Desa, mak." Jelas Murni. Dia nampak wajah Mak Mai berkerut.

"Apa bendanya inap desa tu?" Tanya Mak Mai. Matanya memandang ke arah Nana yang sedang leka mendengar perbualan dia dengan Murni.

"Inap desa tu macam rumah tumpanganlah Mak Mai. Kita bagi orang sewa satu malam atau lebih. Kita ambil bayaran dari orang yang nak menyewa rumah tu nanti." Nana mencelah sambil memberikan penjelasan.

"Dah kenapa nak beri orang sewa semalam dua je. Baik disewakan terus dan ambil duit sewa setiap bulan." Mak Mai masih belum jelas dengan konsep rumah inap desa.

"Rumah inap desa ni sebenarnya adalah satu perlaburan juga. Kita sediakan satu bentuk pengalaman kepada tetamu atau pelancong dimana rumah itu disediakan dengan kemudahan penginapan. Penginap boleh merasai pengalaman masakan pengusaha Kampungstay, melihat serta merasai budaya orang tempatan di kawasan sekitar."

"Contoh aktiviti yang boleh dirasa atau disertai seperti berkebun sayur, memancing ikan di sungai, menyertai seni tarian, kebudayaan dan adat istiadat sehinggalah kepada cara membuat kuih tradisional di kawasan Kampungstay tersebut."

"Kampungstay terletak dalam kawasan kampung dan kebanyakkannya merupakan rumah kayu berciri tradisional mengikut negeri atau daerah dan lokasi Kampungstay tu."

'Tetapi kita boleh juga jadikan rumah tetamu jika ada majlis kerja kahwin di adakan di sini. Kita sewakan sahaja kepada sesiapa yang berminat. Semuanya akan dikenakan bayaran lah."

Panjang lebar Murni menghuraikan konsep yang mahu di realisasi kan nanti kepada Mak Mai.

"Entahlah, mak bukan faham sangat. Tapi sapa yang nak uruskan rumah tu?" Diujarkan pertanyaan kepada Murni. 

"Ayah dengan abang kan ada. Adik Eira pun boleh bantu jaga akaun." Murni memberikan cadangan. Ia akan memberikan pendapatan sampingan kepada keluarga angkatnya itu nanti.

Mak Mai mengangguk-anggukkan kepala tanda faham.

"Mak jangan risau. Semua tu masih dalam perancangan. Mak doakan ye biar semuanya berjalan dengan lancar." Murni memandang wajah Mak Mai. Tangan Mak Mai di genggam erat.

"Ye lah. Mak doakan." Murni tersenyum. Dia sendiri berharap dapat menjayakan rancangan tersebut. Hanya dengan cara itu dia dapat membalas jasa kedua ibu bapa angkatnya menjaga dan memberi kehidupan kepadanya suatu masa dahulu.

Esoknya...

"Mak, ayah, abang Khaier. Murni dan Nana balik dulu ye. In shaa Allah kalau ada masa Murni datang lagi." Murni memeluk Mak Mai. Senyuman dilemparkan kepada Pak Salleh dan Khaeir.

"Sekejap je jumpa. Kalau Eira ada mesti dia suka." luah Mak Mai. Kebetulan anak bongsunya itu tak balik kerana perlu mengikuti kem anjuran kolej.

"Sampaikan salam Murni pada Eira ya mak." Mak Mai hanya mengangguk.

"Hati-hati bawak kereta Murni." Pesan Pak Salleh saat Murni sudah berada di dalam kenderaannya. Mereka melambaikan tangan tatkala kenderaan itu mula bergerak meninggalkan halaman rumah.

Khaeir hanya diam. Hanya memerhati. Dalam hati berharap akan ada pertemuan lagi selepas ini.

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Where stories live. Discover now