16

438 17 0
                                    

Cafe

"Baru padan dengan muka si gemuk tu. Tak agak-agak nak menghina orang," bebel Nana semasa di dalam kereta.

Murni terus menghantar Nana balik ke rumahnya. Doktor bagi cuti sakit selama dua hari kepada Nana.

"Haha, kalau lah dia tahu, kereta ni boss kita yang punya, mesti sakan dia hina kita lagi kan." Tahu sangat dengan perangai busuk hati si Cindy. Semua serba tak kena pada dia.

"Kan!" serentak ketawa mereka meletus lagi.

"Okay dah sampai pun. Ehh kau tak nak singgah dulu ke?" tanya Nana sebelum turun dari kereta.

"Tak apalah. Aku nak balik cepat ke pejabat. Kereta orang ni nak kena pulangkan jugak." Murni menolak ajakan Nana.

"Hmm ye lah. Drive safe ok and thanks sudi temankan aku pergi klinik dan hantar aku balik rumah," ucap Nana. Murni hanya tersenyum dan mengangguk.

Sampai depan bangunan pejabat ketika itu sudah menghampiri waktu rehat tengahari. Tadi Murni dan Nana sudah membeli nasi bungkus. Oleh itu terus sahaja dia ke cafe untuk makan nasi bungkus di sana. Kunci kereta di sumbat dalam kocek seluar yang di pakai.

Di cafe, belum ramai staf yang memenuhi ruang makan. Masih banyak meja kosong. Murni memilih sudut paling kiri dan terlindung dengan pokok bunga. Barulah seronok makan sorang-sorang, bisik hatinya.

"Hai, sorang je ke?" tegur satu suara. Lelaki.

Murni mengangkat muka. Alamak, ini si mamat yang bersama Hakim tempohari. Jari-jari Murni yang baru nak menyuap nasi ke mulut, terhenti.

"Ha'ah. Ye, saya sorang je. Kenapa?" Murni menjawab sedikit kasar. 

"Boleh saya duduk kat sini? Tanya Zhafik. Mata nya tidak lepas dari memandang wajah Murni.

Murni menyorot pandangan ke sekeliling cafe. Masih banyak lagi kerusi dan meja kosong. Seketika Murni mengangkat tangan gaya mempersilakan lelaki itu duduk.

"Tq, tapi kejap, saya nak order makanan dulu. Awak nak order apa-apa, jus ke?"

"Ohhh, tak apa. Saya dah order minuman. Terima kasih." Jawab Murni. Zhafik mengangguk lalu melangkah ke tempat sajian makanan.

Pandangan Murni mengekori susuk tubuh lelaki itu. Mimpi apa pula mamat tu nak duduk dengan aku, bukan dengan Hakim, bisik nya. Jus epal yang baru dihantar oleh pelayan disedut perlahan.

Kembali tunduk menyuap makanan ke mulut. Nasi putih berlaukkan asam pedas ikan pari dan tumis sayur taugeh sudah hampir habis masuk ke dalam perut. Kerusi di depannya ditarik. Lelaki itu meletakkan makanan dan minumannya di atas meja.

"Hakim tak dapat temankan saya. Dia makan di luar dengan Khadija." Persoalan yang ada di kepala Murni seakan terjawab.

"Ohh." sepatah dari Murni.

Murni masih menunduk. Dari ekor mata dia tahu Zhafik sedang merenungnya.

"Dah lama ke kerja dengan Hakim?" Zhafik melempar umpan, agar suasana tidak sunyi dan kekok. Apatah lagi Murni pula hanya banyak diam.

"Baru lagi, belum sebulan pun." Masih menundukkan kepala dan tangan leka menguis sisa makanan didalam bekas polisterin.

"Oh ye ke. Saya Zhafik, bekas rakan sekolah Hakim. Kenal dia masa kecil lagi dan kebetulan sama belajar dekat luar negara juga. Tapi universiti lain-lain lah." Tanpa disuruh Zhafik mengenalkan diri nya.

Murni angguk kepala. Tiada rasa nak berbual dengan Zhafik. Bukannya apa, dia masih segan dengan lelaki itu. Lagipun tak pernah lagi dia duduk semeja dengan seorang lelaki tidak dikenali. Berdua macam itu.

Murni sudah selesai makan. Namun dia tetap duduk. Biarlah dia menunggu sehingga Zhafik habis makan. Tak sopan pula rasanya kalau tinggalkan lelaki itu makan seorang diri.

"Ehh, dah habis makan ke. Cepatnya." tegur Zhafik bila dilihatnya Murni mula mengemas bungkusan sisa nasi.

"Dah. Nak cepat sebab dari pagi belum masuk pejabat lagi," jelas Murni.

"Ohh ye ke. Ni nak tunggu apa lagi?" Tanya Zhafik apabila dilihatnya Murni masih lagi duduk.

"Ehhh, haa.. Saya tunggu Encik Zhafik habis makan. Kejap lagi saya balik ke pejabat." Laju ayat itu meluncur dari mulut Murni.

Zhafik ketawa. Tak sangka pula, Murni sanggup tunggu sehingga dia selesai makan.

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Where stories live. Discover now