5

577 18 0
                                    

Jumpa

Sebaik sahaja tamat waktu kerja, Murni mencari Nana.

"Weii babe, jom ikut aku jap." Murni mencapai tangan Nana. Menarik Nana sehingga Nana kelam kabut mengatur langkah.

"Woii woii jap, jap.. Jatuh aku karang. Slow slow sikit wehh, sakit tangan aku nih tahu tak?" Terjerit-jerit Nana cuba melepaskan tangannya dari pegangan Murni.

"Ala jom je la cepat. Ada hal penting nih!" tangan Nana masih di pegang. Tetap juga Murni mengheret Nana menuju ke arah pintu masuk pasaraya.

Matanya mula melilau mencari wanita berjubah tadi. Puas merata dia mencari tetapi batang tubuh wanita itu masih dia tidak nampak.

"Kau cari siapa?" Nana juga turut memerhati sekeliling.

Entah siapa yang dicari oleh Murni agaknya. Tangan yang berbekas merah kesan dari cengkaman Murni diusap perlahan.

"Murni!" Hakim muncul dihadapan Murni.

"Jom ikut kami pergi lunch. Ibu saya dah tunggu kat dalam kereta." ujar Hakim.

"Jap, saya nak bawak kawan saya sekali, boleh ke?" tanya Murni. Hakim memandang Nana.

"Boleh. Dah jom ikut saya." Hakim melangkah kearah tempat letak kereta.

Pantas Murni menarik tangan Nana sekali lagi. Berkeriut mulut Nana menahan sakit ditempat yang sama. Sudahlah dia tak tahu apa-apa, asyiklah kena heret dengan si Murni pula.

Hakim membukakan pintu kereta untuk mereka berdua. Wanita cantik tadi yang duduk di kerusi penumpang depan hanya tersenyum memandang Murni dan Nana.

Hakim memandu kenderaannya keluar dari parking. Murni dan Nana hanya mendiamkan diri.

"Kita pergi makan dulu, okay?" Suara wanita itu kedengaran.

Hakim hanya diam dan terus memandu keluar dari kawasan itu.

"Ye Puan. Tapi kami tak boleh lama-lama. Rehat kami satu jam sahaja. Kalau lewat masuk nanti penyelia kami bising pulak." Risau jika Miss Cindy akan mengamuk dan menyindir mereka jika lewat masuk kerja.

"Tak apa, nanti saya akan berjumpa dengan penyelia awak. Jangan risau." celah Hakim.

Murni dan Nana berpandangan sesama sendiri. Nana menjungkitkan kedua belah bahunya. Murni hanya memandang kosong pada Nana.

Akhirnya mereka sampai disebuah restoren yang agak mewah. Kesemua mereka keluar dari kereta Hakim. Puan Sakinah mendahului menuju pintu masuk restoren. Mencari-cari meja kosong untuk diduduki oleh mereka berempat. Pelanggan restoren masih belum ramai. Masih ada beberapa meja yang masih kosong.

Puan Sakinah memilih meja berhampiran dinding cermin. Dia mempersilakan Murni dan Nana untuk duduk.

"Murni, kenalkan ini ibu saya Puan Sakinah" Setelah mengambil tempat, Hakim memperkenalkan ibunya kepada Murni. Murni menganggukkan sedikit kepalanya sambil tersenyum pada Puan Sakinah.

"Oh ya, ini Nana. Kawan sekerja saya." Murni pula memperkenalkan Nana kepada Puan Sakinah dan Hakim. Nana bersalaman dengan ibu Hakim dan mengangguk kecil pada Hakim.

Pelayan restoren menghampiri meja mereka, lalu menghulurkan kad menu makanan kepada Hakim dan Puan Sakinah.

"Okay, kita pesan makanan dulu ya. Murni dengan Nana pilihlah nak makan apa. Kami belanja." Kad menu dihulurkan kepada Murni.

Banyak pilihan menu dan semuanya nampak sedap-sedap belaka. Setelah memilih apa yang mahu dimakan, Murni dan Nana hanya duduk diam. Begitu juga Hakim dan Puan Sakinah.

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt