40

369 14 0
                                    

Balasan

Murni lansung tidak boleh membantu Khadija. Laporan polis tempohari tidak boleh ditarik balik, kerana melibatkan dua penjenayah yang menyerang dan melakukan cubaan merogol. Kes itu kes berat.

Oleh kerana Khadija bersubahat dengan mengarah serta memberi upah kepada lelaki-lelaki samseng itu, maka Khadija terpaksa ditahan oleh pihak polis.

Menyesal kemudian tiada guna, menangis airmata darah pun tidak akan boleh mengembalikan reputasinya yang sudah musnah. Khadija di singkirkan dari agensi modelling, kerana kesalahannya itu.

Ikatan pertunangan Khadija dengan Hakim telah putus. Walaupun Hakim tidak mahu itu berlaku, namun dia terpaksa akur atas permintaan ibu dan ayahnya. Kemungkinan besar Khadija akan di penjarakan selama beberapa tahun.

Jadi kedua orang tuanya tidak mahu Hakim menanti sesuatu yang tidak pasti.

****

"Sabarlah bro. Segalanya sudah ditakdirkan."

Zhafik cuba menenangkan Hakim. Sahabatnya itu kelihatan agak muram dan serabut.

"Entahlah, aku pun tak tahu nak cakap apa. Mujur Khadija boleh dijamin dengan jaminan polis." Hakim meraup wajah dan melepaskan satu keluhan.

"Itulah, aku nak bantu pun tak boleh, lesen guaman aku dah lama aku tak perbaharui. Kalau tidak mungkin juga aku boleh lakukan sesuatu."

Hakim memusatkan pandangan pada Zhafik.

"Tak apa bro. Aku rasa biarlah keluarga Dija sendiri yang uruskan hal anak mereka. Aku dan family aku dah tak mahu masuk campur."

Keputusan itu dibuat selepas dua keluarga itu berbincang mengenai ikatan pertunangan Hakim dan Khadija.

"Hmmm.. Aku simpati dengan Khadija. Tapi nasi dah jadi bubur, dengan masa depannya sekali kabur dan gelap." Zhafik menyandarkan badan pada kerusi.

"Biarlah ini menjadi pengajaran buat dia. Dah lah, aku nak tutup buku lama. Aku nak buka buku baru." Hakim mula menyalakan laptop di hadapannya.

"Bagus lah. Aku balik dulu lah. Call aku kalau kau nak aku temankan kau makan-makan. Ok all the best bro!" Zhafik bangun lantas menghulurkan tangan.

Hakim juga bangun. Tangan Zhafik disambut. Sempat mereka melagakan bahu tanda persahabatan yang akrab. Wajah masing-masing mempamerkan riak tenang.

Zhafik meninggalkan ruang kerja Hakim. Hakim kembali duduk di mejanya. Walaupun masih dalam tekanan dengan masalah peribadi, dia masih perlu meneruskan pekerjaannya.

Soal cinta akan diketepikan buat sementara waktu. Fokusnya kini hanyalah pada Syarikat Timbers & Mines.

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Where stories live. Discover now