33

355 15 0
                                    

Pindah

Tak banyak benda yang perlu di bawa. Sejak dia menyewa rumah kedai itu, dia hanya membeli set katil, almari dan meja solek. Sebuah peti tv dan sebuah sofa berbentuk L.

Murni mengambil keputusan untuk meninggalkan kesemua miliknya itu kepada pemilik rumah, memandangkan apartmen yang bakal di diami telah penuh diisi dengan perabot mewah.

Sebuah bagasi yang sederhana besar berisi pakaian dan dua kotak yang telah di plaster berisi barangan yang penting di masukkan kedalam bonet X70.

Dia ditemani oleh Hakim dan Nana yang membantunya berkemas. Zhafik juga telah diberitahu, namun lelaki itu tidak dapat datang kerana sedang berada di luar kawasan.

Murni mengunci pintu rumah. Gril besi di tarik dan dirapatkan. Kemudian di kunci dengan mangga besar. Berat hati mahu meninggalkan segala kenangan di rumah itu. Namun bila terbayangkan kejadian tempohari, dia rela untuk berpindah. Keselamatan dirinya lebih penting.

Murni meninggalkan kunci rumah pada pekerja di bengkel kereta, seperti yang telah di suruh oleh tuan rumah sewa. Kemudian mereka terus beredar dari tempat itu. 

"Kenapa kau tak mahu tinggal dengan keluarga Encik Hakim?" Nana bertanyakan soalan yang asyik bermain di kepalanya sejak tadi.

Murni memandang Nana sekilas. Nana masih menanti jawapan dari Murni.

"Aku cuma mahu bersendirian sama macam aku duduk kat rumah lama tu. Aku tak biasa dengan keluarga Hakim." Mungkin itu adalah alasan yang paling boleh diguna pakai.

'Bukan ke dia orang semua tu baik-baik je dengan kau. Aku tengok Puan Sakinah tu macam sayang sangat dengan kau." Hasil dari pemerhatian Nana, Raja Hazman pun sangat baik orangnya.

"Memang la semua baik-baik. Cuma aku tak mahu menyusahkan mereka jika aku tinggal dengan mereka."

Paling utama dia tak mahu mengganggu hubungan Hakim dan Khadija. Tunang Hakim itu seperti tidak menyukainya.

"Ehh kau nak tinggal dengan aku tak kat apartmen. Ada tiga lagi bilik kosong untuk di penuhkan." Murni mengubah topik perbualan.

"Ikutkan hati aku nak aje, tapi aku kesiankan adik aku tu. Takkan aku nak tinggalkan dia pulak. Lagipun kau cakap nak bersendirian kan?" Murni ketawa mendengar kata-kata Nana.

"Alaa takkan merajuk kut. Tapi betul juga kesian kat adik kau. Hmmm, tapi kalau kau ubah fikiran, kau bagitahu lah ehh."

Mereka telah lama bersahabat. Jadi sebagai sahabat, dia mahu Nana sentiasa ada dengannya.

"Okay, boleh je..." Nana senyum. Baginya Murni memang seorang sahabat yang baik.

Kalau bukan kerana Murni dan Hakim, mungkin dia masih berkerja di pasaraya dengan gaji yang rendah dan asyik berperang mulut dengan si gemuk Cindy.

Akhirnya mereka sampai di bangunan yang menempatkan apartmen Murni. Hakim juga tinggal di situ. Di tingkat paling atas. Apartmen Murni pula di tingkat lapan.

'Wahhhh, cantiknya rumah nih." Terbuka luas mata dan mulut Nana sebaik sahaja dia memasuki apartmen Murni.

Ini kali pertama dia memasuki sebuah apartmen mewah. Beruntungnya Murni dapat rezeki terpijak. Sekelip mata kehidupannya berubah. Satu ketika dahulu Murni berseorangan. Bekerja sebagai promoter di pasaraya. Tinggal menyewa disebuah bilik sempit. Bonus pun tak ada.

Murni memilih bilik utama sebagai bilik untuknya. Ada bilik khas untuk meletakkan pakaian. Kamar mandi pula luas, kemas dan cantik.

Nana masih lagi dengan aksi terkejutnya. Hakim cuma duduk memerhati sambil tersenyum melihat tingkah Nana.

"Wahh best nyer hidup macam ni. Serba serbi mewah dan lengkap. Untungnya kau Murni."

Nana yang akhirnya merasa penat, terus terhenyak di sofa.

"Tak ada air ke. Haus tekak aku nih." Dengan tingkah yang lucu, Nana bangun lalu ke bahagian dapur. Pintu peti sejuk dicapai. Mujur ada air mineral yang sudah sedia ada di dalam peti sejuk.

Dicapainya sebotol. Di buka penutup nya dan terus menggogok air dari botol tanpa menggunakan gelas. Dicapainya dua botol lagi. Di bawa masuk ke ruang tamu dan di letak di atas meja kecil.

"Nah saya tolong ambilkan untuk Encik Hakim. Jemputlah minum air orang bujang jer." Pelawa Nana pada Hakim.

Hakim tersengih. Terhibur dengan ulah Nana.

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Where stories live. Discover now