63

288 13 0
                                    

Dua bulan kemudian...

Segala yang berlaku sedikit sebanyak mengguris hatinya. Sebolehnya dia mahu melupakan kisah itu.

Atas rasa kasih kepada Mak Mai dan Pak Salleh, Murni tidak membuat laporan polis untuk mendakwa penglibatan Khaira supaya Khaiera tidak dikenakan hukuman penjara.

Jika dia membuat laporan polis, pasti Khaiera akan ditahan dan dibicarakan. Mak dan ayah angkatnya sudah kehilangan Khaier. Jika Khaiera ditangkap dan dipenjarakan, tentu sahaja Mak Mai dan Pak Salleh akan kehilangan Khaiera pula.

Walaupun Hakim memujuk Murni supaya mendakwa Khaiera, Murni tetap enggan. Murni tahu, mak dan ayah angkatnya itu amat malu dengan perbuatan Khaiera. Rata-rata jiran tetangga terus menerus bercerita tentang apa yang telah Khaiera lakukan.

Sejak Murni sembuh dari trauma, dia pulang ke Kuala Lumpur. Rumah Mariah, diserahkan kepada Pak Salleh untuk diuruskan. Malah segala pengurusan dan pendapatan dari keuntungan diserahkan semuanya kepada Pak Salleh.

Murni teringat kembali saat sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur.

"Ayah, jagalah Rumah Mariah. Murni amanahkan kepada Ayah."

"Kenapa  pula?" Soal Pak Salleh.

"Ayah jagalah. Abang Khaier sudah lama tak balik. Hasil kebun sayur tak menentu sejak abang tak ada. Jadi dengan adanya Rumah Mariah, boleh juga buat menampung kehidupan mak, ayah dan  Khaiera."

"Tak boleh Murni. Ayah tak boleh terima. Rumah itu rumah pusaka nenek kamu. Kami tak ada hak pada rumah tu. Semua tu kamu yang punya. Lagipun kami dah tua." Seboleh-boleh mereka suami isteri menolak kemahuan Murni.

"Mak, ayah..., Murni serahkan Rumah Mariah dibawah pengurusan Mak dan Ayah. Rumah dan tanah masih milik Murni. Ayah ambilah hasil dari keuntungan setiap bulan.

"Kalau perlu, ayah gajikan pembantu  yang boleh membantu ayah mengenai pengurusan dan bahagian kewangan Rumah Mariah." Ujar Murni panjang lebar.

Biarpun dia tahu, Khaiera ada kelayakan kerana sebelum ini memang Khaiera yang menjaga akaun Rumah Mariah. Kini kepercayaan itu sudah hilang. Adalah lebih baik jika akauntan yang lain digajikan untuk melakukan tugas-tugas menjaga akaun Rumah Mariah.

Kedua orang tua itu tak mampu berkata apa-apa.

"Mak, ayah... Ini adalah sebagai membalas jasa-jasa mak dan ayah memelihara dan menjaga Murni selepas nenek meninggal. Andai Murni masih seperti 5 tahun dulu, Murni memang tak mampu. Hanya sekaranglah baru Murni dapat membalas jasa dan budi baik mak dan ayah."

"Allahuakbar, mak dan ayah tak minta pun kamu balas semua itu. Kami sayang kamu macam anak kami sendiri, macam Khaier, macam Khaiera. Kami tak minta balasan. Biarlah Allah sahaja yang bagi kami ganjarannya nanti."

Airmata Mak Mai mengalir laju. Sudahlah Khaiera menganiaya Murni, kemudian Khaiera tidak didakwa. Kali ini pemberian Murni sangat besar bagi mereka. 

Pak Salleh mengeluh perlahan. Dia berkisar duduk dan menatap wajah Murni. 'Anak ini sangat pandai mengenang budi dan jasa,' bisik Pak Salleh.

"Baiklah. In shaa Allah ayah akan jaga Rumah Mariah untuk kamu. Selagi kudrat ayah masih mampu. Ayah ucapkan terima kasih dan ayah juga mohon maaf bagi pihak Khaiera atas apa yang terjadi kepada kamu." Ujar Pak Salleh. Suaranya bergetar cuba menahan airmata.

"Murni dah maafkan Khaiera ayah. Benda dah berlaku. Mungkin masa itu Khaiera tidak bijak berfikir dan masih belum matang. Ditambah dengan kehilangan abang Khaier. Ia berlaku kerana salah Murni juga."

Kata-kata Murni membuatkan Mak Mai semakin sayu. Khaier yang entah dimana lansung tiada khabar dan berita.

Lamunan Murni tercantas apabila telefon yang berada diatas meja berbunyi minta diangkat.

Telefon genggam dicapai pantas. Jari meleret skrin untuk menjawab panggilan.

"Awak dimana. Kenapa tak bagitahu nak cuti. Lama pulak tu." Suara Hakim dihujung talian.

"Maafkan saya. Saya ambil cuti untuk tenangkan fikiran. Di mana saya berada sekarang, awak tak perlulah tahu. Lagi pun saya masih ada dalam negara." Murni menjawab tenang.

"Tapi kenapa pergi senyap-senyap?" Kalau bukan Kak Aida yang buka rahsia, sampai kesudah Hakim tidak tahu Murni sedang bercuti selama dua minggu.

"Cuma mahu bersendirian mencari sedikit ketenangan di sini." Murni tahu jawapannya akan mengundang rasa tidak puashati Hakim.

Sejak kebelakangan ini Hakim seperti melekat dengan Murni. Terlalu ambil berat. Adakala Murni menjadi rimas. Dia seperti dapat mengagak kemahuan Hakim. Sama seperti apa yang Khaier mahukan.

'Apakah segala budi baik orang kepada aku, aku harus membalas kebaikan mereka dengan mengorbankan perasaan aku sendiri. Apakah aku perlu menerima mereka sebagai jodoh aku,' bisik hatinya.

"Murni.. kenapa awak diam. Bagitahulah awak bercuti dimana?"

"Kenapa?"

"Kalau  boleh, saya nak temankan awak walau kemana pun awak pergi." Sudah dapat diagak jawapan itu.

"Hurmmm... "

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Where stories live. Discover now