35

330 13 0
                                    

Kenduri

Usai majlis doa selamat yang diadakan di Rumah Inap Desa yang diberi nama Rumah Mariah. Majlis yang ringkas. Jemputan pun hanya jiran dan keluarga terdekat.

Raja Hazman sangat kagum dengan ciri-ciri rumah inap desa itu. Dia datang atas jemputan Murni. Puan Sakinah dan Hakim juga turut serta.

"Tak sangka pulak, Murni ada bakat arkitek. Cantik sungguh rekabentuk rumah ni."  Tadi dia sudah puas melawat sekitar dalam dan luar rumah. Rumah kampung yang moden. Ada kolam renang sederhana di bina di belakang rumah. Ada gazebo dan ruang santai untuk majlis barbiku.

Hakim juga sangat tertarik dengan hiasan dalaman dan perabot kayu yang dipilih oleh Murni. Semestinya dari kilang perabot syarikat miliknya.

"Hakim kalau nak buat majlis resepsi kahwin nanti, boleh lah sewa tempat ni." Saya bagi diskaun. Ujar Murni. Hakim ketawa.

"Ye lah. Ibu pun setuju. Jauh dari bandar. Tenang je suasana kampung." Puan Sakinah ikut mencelah.

"Lambat lagi majlis saya. Lagipun Dija tu bukan suka sangat dengan kampung. Entahkan dia setuju entah tidak," keluh Hakim.

"Ermm... Kalau boleh pujuklah Dija tu. Cepatkan majlis nikah kamu berdua. Dah hampir dua tahun bertunang. Nak tunggu sampai bila baru ibu dapat timang cucu." Puan Sakinah meluah rasa. Hakim hanya diam.

Di bawah khemah, kelihatan Zhafik sedang berbual dengan Khaeir. Agak rancak juga mereka bersembang. Mak Mai dan Khaeira pula sibuk mengemas. Sambil di bantu oleh beberapa orang jiran wanita.

Sesekali pandangan Khaeir dituju kearah Murni yang sedang berbual dengan keluarga Hakim. Ada rasa cemburu bila melihat Murni agak mesra dengan Hakim.

Sudah lama dia pendam perasaan. Namun dia takut untuk meluahkan. Pernah dia suarakan kepada ibunya, keinginan untuk mengambil Murni menjadi isteri yang sah. Mak Mai pula meminta pendapat Pak Saleh. Mereka hanya meminta Khaeir menyatakan hasrat terus kepada Murni.

Sehingga kini Khaeir masih belum ada keberanian untuk meluahkan isihatinya kepada Murni. Kadang-kadang, hatinya remuk menyimpan rindu. Cintanya yang kian mendalam sakitnya hanya dia yang rasa, entah sampai bila.

*****

Keluarga Raja Hazman dan Zhafik sudah kembali ke bandar. Murni masih mengambil cuti tambahan. Nana tidak dapat hadir semasa majlis doa selamat. Kebetulan ada majlis bertunang sepupu Nana pada hari yang sama.

Murni menghampiri Khaeir yang sedang duduk di pangkin bawah pokok rambutan.

"Abang Khaeir!" tegurnya perlahan.

Dia duduk berjarak sedikit di sebelah Khaeir. Khaeir mengalih duduk dan menghadap Murni. Di lemparkan senyuman kepada adik angkatnya itu.

"Murni nak ucapkan terima kasih pada abang. Sebab dah banyak bantu Murni siapkan projek rumah arwah nenek."

"Sama-sama. Alhamdulillah siap jugak rumah tu. Lepas ni dah boleh buat iklan untuk cari penyewa." balas Khaeir.

"Itulah, Murni nak buka satu page di facebook dan instagram. Kita boleh iklankan secara online. Mudah nak dapat pelanggan dari dalam dan luar negara."

Tanpa sedar, Khaeir melayan perasaan sehingga tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh Murni, hatinya sudah libang libu. Degupan jantung menjadi laju. Inilah peluang yang ada untuk dia meluahkan hasrat yang telah lama terpendam.

"Murni, abang ada nak cakap sesuatu." Matanya tajam merenung Murni.

"Abang nak cakap apa?"

"Maafkan abang. Abang harap Murni tak terkejut. Abang dah simpan dan pendam lama benda ni. Abang takut nak luahkan. Tapi makin lama, makin abang rasa sakit jika terus macam ni."

"Abang sebenarnya sayang dan cintakan Murni." Kata-kata luahan itu meluncur keluar tanpa mampu dihalang lagi.

"Abang nak ambil Murni jadi isteri abang yang sah!" Bagai hilang beban berat di kepala selepas dia meluahkan. Namun apa pula jawapan dari Murni?

Murni tergamam dan terus terdiam. Malam yang sepi terus sunyi. Hilang bunyian cengkerik yang seketika tadi seolah riang bersahutan.

"Abang Khaeir, Murni juga sayangkan abang. Sayang mak dan ayah. Sayang adik Ira juga. Sayang kerana Murni dah anggap semua macam keluarga kandung sendiri."

"Murni dah anggap abang Khaeir macam abang kandung. Murni harap abang faham."

"Murni dah ada pilihan lain ke...?" Nada suaranya berbunyi kecewa yang amat sangat.

"Tak ada, bang. Murni tiada siapa-siapa dalam hati. Ruang hati ini masih kosong. Tiada sesiapa. Murni tak pernah terfikir untuk bercinta dengan sesiapa pun. Maafkan Murni abang."

Khaier bangun. Hatinya yang menangis tiada siapa tahu. Dia memandang Murni dengan senyuman.  Apa yang disimpan selama ini sudah diluahkan. Bukan salah sesiapa. Mungkin Murni bukan jodohnya.

Dia melangkah pergi tanpa suara.

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Where stories live. Discover now