61

298 12 0
                                    

Rayu

Sudah seharian Murni dikurung. Lelaki yang mengurungnya masuk sekali sekala. Setiap pergerakan lelaki itu diperhati. Dari raut wajah dan fizikal, Murni memang tidak mengenali lelaki itu.

Walaupun nampak gangster, tetapi lelaki itu tidak mengusiknya.

"Mungkinkah ada seseorang disebalik penculikan ini," bisiknya.

Hari semakin gelap. Keadaan dalam bilik beransur kelam. Perutnya yang sakit sejak tadi mula terasa memulas kembali. Dalam bilik itu tiada bilik air.

"Oii, aku sakit perut ni. Aku nak pergi bilik airlah!" Murni mengetuk pintu. Bagai nak roboh pintu itu diketuk bertalu-talu.

Pintu dibuka. Lelaki bertopi dan bertopeng sebahagian muka itu menjenguk. Ada seseorang di belakang lelaki itu.

"Apa yang kecoh sangat ni, bising tau tak!" Dua pasang mata tepat merenung Murni. Murni tersentak.

Khaiera!

"Ya Allah, apa Khaiera buat kat sini. Kamu bersubahat dengan lelaki tu kurung akak kat sini ke? Jerit Murni.

Sungguh dia tidak percaya, Khaiera sanggup melakukan khianat dan menculiknya.

Khaiera ketawa lepas. "Ini balasan untuk orang yang dah hancurkan hidup abang aku. Balasan sebab dah buat abang aku mati." Ujar Khaiera.

"Tapi akak tak buat apa pun. Abang Khaier sudah dapat terima yang akak memang tak boleh terima dia. Akak memang tak cintakan dia, sebab akak dah anggap dia seperti abang kandung sendiri." Suara Murni meninggi.

"Kau  tahu kan apa sebab abang aku mati. Kau yang buat dia kecewa. Faham!" Khaiera berjalan menghampiri Murni. Murni terundur ke belakang.

"Aku nak kau rasa macam mana abang aku tanggung. Mentang-mentang kau dah hidup senang, dah mewah. Mudah lupa jasa keluarga aku kan. Kau memang tak sedar diuntung." Suara Khaiera melansing.

Kata-kata Khaiera membuatkan Murni sakit hati. "Apa yang kamu merepek ni Khaiera. Semua yang akak dapat itu tinggalan dari arwah ibu dan bapa kandung akak. Lagipun akak tak pernah lupa jasa mak dan ayah yang besarkan akak selama bertahun-tahun. Malah akak berkongsi apa yang akak ada dengan keluarga kamu."

Sungguh dia pelik dengan Khaiera. Menuduhnya tanpa usul periksa. Memang benar Khaier menghilangkan diri kerana kecewa, tapi itu bukan sebab untuk Khaiera menuduh dia yang bukan-bukan.

Mulut Khaiera mencebik. "Kau ingat kami lapar sangat dengan segala harta kemewahan kau tu. Kau tu sombong, sebab itu kau tolak cinta abang aku. Sekarang abang aku dah mati. Puas hati kau?"

"Ya Allah, akak bukan macam yang kamu sangka. Lepaskan akak Khaiera. Kesian mak dan ayah kalau mereka tahu apa yang kamu dah buat ni." Murni merayu.

"Aku tak akan apa-apakan kau. Aku tak akan kotorkan tangan aku untuk cederakan kau, tapi aku cuma nak kau mereput dikurung dalam rumah ni."

Khaiera menoleh kearah lelaki bertopi. "Jaga dia jangan sampai lepas. Aku nak balik."

"Khaiera, lepaskan akak. Jangan tinggalkan akak di sini. Akak nak balik." Khaiera terus melangkah keluar lansung tidak perduli pada rayuan Murni.

Lampu dipasang, kemudian lelaki itu mengarahkan Murni mengikutinya.

"Bilik air kat sana." Kata lelaki itu sambil menuding jari ke arah dapur.

Murni keluar dari bilik air yang tidak serupa bilik air. Bau hancing bilik air itu membuatkan Murni rasa loya.. Rumah itu seolah rumah yang telah ditinggalkan lama. Perabutnya usang. Banyak sawang dan habuk dimerata tempat. Pintu dan tingkap semua tertutup rapat dan berkunci.

"Dah, masuk bilik, arah lelaki itu. Aku nak keluar cari makanan."

Tubuhnya ditolak kasar. Murni tidak berani hendak melawan. Dia hanya ikut sahaja arahan lelaki itu.

'Mak ayah, tolong Murni,' bisiknya.  Airmatanya mula bergenang di kelopak mata.

*****

Hakim sudah sampai di rumah Pak Salleh.

Dia sudah mendengar cerita dari Pak Salleh. Orang tua itu mengajak Hakim untuk membuat laporan polis. Hakim bersetuju, esok pagi mereka akan ke balai polis.

Ayahnya, Raja Hazman ada menalipon untuk mengetahui tentang Murni. Mungkin ibunya sudah menyampaikan berita itu kepada ayahnya..

Hati seorang lelaki. Walaupun dia simpan dan pendam, tetapi dia tidak mampu untuk tidak merasa bimbang akan nasib Murni. Kenapa tiba-tiba Murni menghilangkan diri. Kehilangan Khaier pun masih menjadi tanda tanya.

Telefon genggam Murni di belek. Dia tidak dapat membukanya kerana perlukan kata laluan untuk mengakses telefon itu. Dia meletakkan kembali telefon itu diatas meja solek.

Hakim duduk dibirai katil. Gadis itu selalu sahaja ditimpa malang. Namun begitu, nasibnya agak baik. Cuma kali ini Hakim tak pasti. Lama dia menongkat dagu di situ.

"Ya Allah, Kau lindungilah dia dengan kasih sayangMu Ya Allah." Doa dipanjatkan kepada yang esa.

"Murni, saya harap awak selamat walau dimana pun awak berada." Dibawa jari-jarinya meraup wajah.

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Where stories live. Discover now