57

286 12 0
                                    

Pergi

Kawasan pondok itu di pagari dengan pita kuning  oleh pihak polis. Beberapa orang kampung tertinjau-tinjau serta berbisik-bisik antara satu sama lain.

Pondok itu menjadi tumpuan apabila satu mayat manusia ditemui dalam keadaan terbaring oleh dua orang lelaki yang keluar berburu terhidu bau busuk ketika melalui kawasan tepi pondok. Lalu mereka menyuluh kedalam pondok melalui celahan lubang di diinding dan ternampak mayat yang sudah reput serta berbau busuk.

Oleh kerana terkejut, mereka terus keluar dari hutan dan membuat laporan polis dan satu pasukan polis forensik telah dikerah ke kawasan tersebut.

Siasatan dijalankan, bahan bukti dikumpul dan mayat tersebut telah dihantar ke hospital untuk tujuan bedah siasat.

Masih belum diketahui siapa jasad yang kecundang itu. Namun dari bisik-bisik yang kedengaran, orang kampung menghebahkan mayat itu adalah Khaier yang suka menyendiri di pondok tersebut. Lagi pula, tanah dusun itu milik Pak Salleh.

Ketua Kampung meminta semua orang bersurai, sambil menasihatkan supaya tidak mengada-adakan cerita selagi belum pasti kebenarannya.

Di rumah, Mak Mai masih menangis teresak-esak. Mulutnya tak berhenti menyebut nama Khaier. Pilu hati seorang ibu bila memikirkan nasib malang Khaier. Khaiera memeluk Mak Mai. Dia ikut menangis.

Pegawai polis yang merakam percakapan Pak Salleh beredar setelah selesai menjalankan tugas serta berjanji akan menyiasat dengan sebaiknya. Pak Salleh menghampiri isteri dan anak perempuannya.

"Mai, kita masih tak tahu itu mayat siapa. Abang harap ia bukan Khaier. Memang Khaier sudah lebih satu minggu tak balik rumah. Tapi abang percaya dia masih ada."

Suara sebab Pak Salleh kedengaran pilu.

"Tapi bang, Khaier saja yang rajin pergi pondok tu, sejak dia alami kemurungan di pondok itulah dia menyendiri. Mustahil itu bukan dia" Suara Mak Mai terputus-putus, airmata mengalir laju.

"Istighfar Mai. Kita doa pada Allah Swt mohon dijauhkan dari musibah. Kita doa moga mayat itu bukan Khaier. Lagipun mayat itu sudah reput, memang tak kenal wajahnya. Pakaiannya juga sukar nak dikenal pasti." Pak Salleh masih mahu bersangka baik. Dia percaya anaknya Khaier masih hidup.

"Mak, kita tunggu polis habis buat bedah siasat pada mayat dulu. Lepas itu baru kita akan tahu itu mayat siapa. Kita berdoa moga abang Khaier selamat yer mak." Khaiera memujuk Mak Mai walaupun hatinya sendiri terluka dan sangat sedih.

Jika betul itu mayat Khaier, dia akan mula berdendam dengan Murni yang menyebabkan abangnya kecewa sampai mati.

"Tak apalah. Malam ini kita buat tahlil dan bacaan yasin. Kita sedekahkan pada si mati. Kita buat solat sunat hajat sekali. Abang nak pergi jumpa Tok Penghulu sekejap."

Pak Salleh meninggalkan mereka berdua bersama beberapa orang jiran perempuan.

Sebuah kereta memasuki perkarangan halaman rumah Mak Mai. Khaiera bangun untuk melihat siapa yang datang. Murni turun dari tempat duduk sebelah penumpang. Dan pintu sebelah pemandu juga terbuka.

Rasa kecewa dan marah terus membuat Khaiera hilang sabar. Segera dia berlari menuju ke arah Murni. Di situ juga dia melampiaskan kemarahan yang teramat kepada Murni. Tidak perduli akan berapa banyak pasang mata yang sedang memandang.

Tudung Murni ditarik hingga tercabut. "Ini semua kau punya pasal, perempuan sundal! Sebab kaulah abang aku mati!" 

Murni yang tidak sempat berbuat apa-apa hanya menerima serangan dari Khaiera bertubi-tubi.

Mak Mai menjerit-jerit menyuruh Khaiera berhenti dari terus memukul Murni. Khaiera lansung tidak memperdulikan jeritan Mak Mai.

Hakim terpaksa masuk campur, menghalang Murni dari terus di keronyok oleh Khaiera yang naik angin.

"Kau ketepi jantan bodoh." Khaiera cuba menolak tubuh Hakim.

"Aku nak kerjakan perempuan jahanam ni puas-puas. Dia tolak cinta abang aku, sampai abang aku mati bunuh diri!"

Jeritan Khaiera menyentak jantung Murni. Hampir terduduk dia bila mendengar kata-kata Khaiera. Hakim segera menahan tubuh Murni dari jatuh. Gadis itu segera di papah masuk ke dalam rumah.

Mak Mai mendekati Murni. Memeluk Murni dengan erat. Airmata Mak Mak semakin laju menuruni pipi tuanya.

"Mak, betul ke abang dah tak ada mak? Macam mana abang boleh mati mak. Maafkanlah Murni mak..."

Murni menangis semahunya dibahu Mak Mai.

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Where stories live. Discover now