32

376 15 0
                                    

Tetamu

Murni mengambil cuti sakit selama dua hari. Dia menghantar wasap kepada Nana dan menalipon Aida untuk memberitahu tentang cuti yang diambil.

Murni masih berada di rumah Raja Hazman. Puan Sakinah melarang dia balik ke rumah sewa seorang diri. Hakim juga sudah berjanji akan menemaninya jika Murni mahu balik ke sana. Lagipun keretanya ditinggalkan setelah Hakim melarang dia memandu sendirian malam itu.

Murni melangkah keluar ke taman. Ada sebuah gazebo yang dipenuhi dengan bunga pelbagai jenis dan warna. Murni duduk di situ. Lanskap taman itu sangat menarik. Teratur dan kemas. Puan Sakinah menjaga dan mengurusnya dengan baik.

Ingatannya kembali kepada hari kejadian. Tidurnya terganggu sejak malam itu. Dia masih trauma. Andai malaikat penyelamatnya tidak sampai pada waktu yang tepat, pasti dirinya menjadi korban nafsu iblis dua lelaki jahat itu.

'Zhafik,' nama itu disebut perlahan. Walau pun kata terima kasih sudah diucap, namun terasa dia masih belum membalas budi baik Zahfik sepenuhnya.

Zhafik penyelamat dirinya. Jika Allah tidak menggerakkan hati Zhafik pada petang itu entah bagaimana pula nasibnya hari ini.

Puan Sakinah datang dan duduk disebelah Murni.

"Fikir apa?" Tanya Puan Sakinah. Dilihatnya Murni asyik melayan perasaan.

"Tak ada apa-apa auntie. Hanya teringat semula apa yang berlaku semalam." luah Murni. Memang dirinya agak terganggu dan masih tidak tenang. Masih terbayang-bayang kejadian itu dimatanya.

"Syukurlah Murni dah selamat. Mujur ada Zhafik. Sebab itu auntie nak Murni pindah dari situ. Kawasan tu tak sesuai untuk Murni tinggal." ujar Puan Sakinah.

Murni diam. Selama empat tahun lebih dia tinggal di rumah sewa itu, belum pernah dia di ganggu oleh sesiapa. Tapi semalam, dia tidak mampu untuk fikir, bagaimana lelaki-lelaki jahat itu boleh mengekori nya sampai ke rumah.

"Hakim dah bawa Murni tengok apartmen baru tu kan?" Suara Puan Sakinah memecah lamunan Murni.

"Dah auntie." Sepatah jawapan dari mulutnya.

"Kalau macam tu, pindahlah secepatnya. Ataupun jika Murni sudi, tinggallah bersama dengan auntie dan uncle di sini." Pelawa Puan Sakinah.

"Terima kasih auntie. Nanti saya fikirkan dulu. Dah terlalu banyak yang saya dapat sejak bekerja dengan uncle dan Hakim. Macam mimpi pun ada."

Walaupun dia tahu, sebahagiannya adalah milik arwah bapanya Nik Faizal, namun dia tidak pernah menyangka begitu banyak yang ditinggalkan untuknya.

"Itu semua memang kepunyaan Murni. Uncle memegang amanah bapa Murni. Kesemua saham dan juga insuran adalah milik Murni. Kami tak ambil satu sen pun. Kami pulangkan pada kamu, sebab itu semuanya adalah milik kamu." Terang Puan Sakinah panjang lebar.

Raja Hazman memang seorang yang amanah. Kekayaan dan harta yang dia ada sudah terlalu banyak. Mana mungkin dia masih tamakkan harta kepunyaan Nik Faizal.

"Cuma kami tak dapat jejaki kamu selepas kematian ibubapa kamu. Sehinggalah Hakim mengetahui di mana keberadaan kamu. Sebab itu jugalah kami pujuk kamu bekerja dengan syarikat uncle." Puan Sakinah membongkar cerita.

Murni hanya tunduk mendengar. Segalanya telah ditetapkan oleh yang maha berkuasa. Tiada seorang pun dapat menolak perancangan Allah. Rezeki yang Allah berikan itu perlu di syukuri.

"Assalamualaikum..." Kedengaran suara memberi salam setelah loceng pintu berbunyi.

Puan Sakinah bangun menuju ke pintu pagar. Dia membuka pintu setelah mendapati yang datang itu adalah Khadija.

"Hai auntie, apa khabar. Auntie sihat?" Khadija memeluk Puan Sakinah.

"Alhamdulillah, sihat. Kenapa tak call dulu nak datang rumah auntie?" Amat jarang Khadija datang melawatnya di rumah jika tidak bersama Hakim.

"Kebetulan lalu dekat sini, tu yang singgah kejap." Khadija memeluk lengan Puan Sakinah sambil berjalan beriringan.

Murni bangun dari duduk. Puan Sakinah membawa Khadija ke gazebo.

"Hei, you pun ada dekat sini. Bila you sampai?" Diperhatikan Murni dari atas ke bawah. Pakaian yang Murni pakai bukan pakaian pejabat. Hatinya mula tertanya-tanya.

"Semalam," jawab Murni sepatah.

"Maksudnya you bermalam di sinilah?" Gadis tinggi lampai itu menyoal lagi.

"Iye. Malam tadi Murni tidur di rumah auntie. Murni ni anak saudara uncle. Sepupu jauh kepada Hakim. Dia keluarga kita juga." Kata-kata Puan Sakinah membuatkan Khadija diam.

Mana lah dia tahu perempuan itu ada hubungan kekeluargaan dengan bakal suaminya Hakim. Hakim pun tak pernah bercerita. Dan dia juga tidak pernah bertanya. Ingatkan pekerja biasa di pejabat Hakim.

Khadija leka mengelamun.

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Where stories live. Discover now