6

531 20 0
                                    

Lunch

Makanan yang dipesan sudah siap dihidang di hadapan mereka. Nampak sangat sedap. Puan Sakinah juga telah memesan pencuci mulut untuk Murni dan Nana.

Murni mengerling jam di tangan. Ada lebih kurang 40 minit sebelum waktu rehat mereka tamat. Matanya melorot memandang makanan di atas meja.

Banyaknya, macam mana nak habis dalam setengah jam. Sayang kalau tak habis dan terbuang begitu sahaja...  bisik hatinya.

"Murni, Nana... jemput makan. Jangan malu-malu," pelawa Puan Sakinah.

Usai membaca doa, mereka pun menikmati hidangan tengahari tersebut.

"Murni, tujuan saya bawak ibu jumpa awak sebab saya nak ibu pujuk awak kerja dengan syarikat kami. Saya minta maaf sebab bawa ibu masuk campur." Hakim memulakan kata-kata. Dipandang wajah ibunya yang tersenyum.

Murni berhenti menyuap makanan. Wajah Hakim dan Puan Sakinah dipandang bergilir.

"Bukankah saya dah cakap saya tak mahu kerja dengan awak. Saya dah ada kerja yang okay sekarang ni," balas Murni.

Walaupun hakikat sebenarnya Nana dan tuhan saja yang tahu. Nana mencuri pandang wajah-wajah didepannya. Dia hanya perlu mendengar dan tak perlu menyampuk. Bukan urusan dia pun.

"Murni, ada sebabnya kenapa kami tawarkan kamu untuk bekerja dengan kami." kata Puan Sakinah pula.

Wanita anggun itu kelihatan tenang. Senyuman manisnya tetap terukir. Lembut sahaja tutur katanya.

"Tapi Puan...,"

"Murni, panggil saja saya auntie  atau ibu. Nak anggap auntie macam ibu Murni pun tak apa. Auntie tak kisah." Kata Puan Sakinah. Wajah Murni direnung.

"Tapi pu... errr auntie, kenapa mesti Murni bukan Nana ke, Miss Cindy ke?" Kata-kata Nana yang spontan mencelah  membuatkan Hakim ketawa. Lucu pulak gadis bernama Nana itu.

Murni menepuk tangan Nana, sambil memberi jelingan dan mulut yang dikerutkan. Si Nana ni nak berlawak tak kira tempat, tak kira dengan siapa. Dah lah tak kenal sangat dengan dua manusia didepan mereka itu.

"Yer lah, dah kau asyik tolak je. Bak kat aku la kerja tuh. Aku nak jugak merasa kerja kat pejabat. Ada diploma tapi kerja kat supermarket je, apa kelas. Kan auntie kan, kan?" Perghh si Nana ni, selamba badak dia je nak bercakap macam itu depan Puan Sakinah.

Cepat-cepat Murni cubit tangan Nana.

"Adoiii, sakitlah siyot!" Spontan Nana menggosok kulit tangannya yang di cubit oleh Murni, sambil meniup-niup agar sakit segera hilang.

"Err maafkan Nana yer auntie. Biasa lah dia ni jenis outspoken sikit" Murni jadi termalu sendiri dengan perangai Nana, cuba meredakan rasa marah.

"Aihhh tak payahlah nak minta maaf bagai. Biarlah dia, auntie terhibur juga lagipun apa yang Nana cakap tu ada betulnya." Puan Sakinah menyebelahi Nana.

Nana tersengih.

"Macam ni lah. Mungkin masa sekarang sangat tak mengizinkan kita berbual lebih panjang. Murni ada alamat pejabat saya kan. Bila ada masa lapang atau cuti, awak call saya. Kita jumpa di pejabat sahaja." Putus Hakim.

"Murni, kami akan beritahu kamu apa sebabnya kami mahu kamu kerja dengan kami. Jumpa Hakim di pejabat ya. Dia akan ceritakan segalanya." Kata-kata Puan Sakinah disambut dengan sekadar senyuman oleh Murni.

"Okay, jom saya hantar awak berdua ke pasaraya. Ibu tunggu dekat sini ya, nanti Hakim datang ambil ibu lepas dah hantar mereka berdua." Hakim bangun dari duduk.

Murni dan Nana juga ikut bangun. Kedua-dua gadis itu mengucapkan terima kasih dan bersalaman dengan Puan Sakinah.

Wanita itu memerhatikan kesemua mereka keluar dari restoren. Gadis bernama Murni itu sangat seiras dengan arwah ibunya. Cantik dan manis serta berkulit cerah. Hidungnya juga mancung, matanya pula bulat dan kecoklatan.

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Where stories live. Discover now