55

295 11 0
                                    

Gagal

Hasratnya ingin bersemuka dengan Khaier gagal. Walaupun Murni balik ke kampung tanpa memberitahu sesiapa, namun Khaier seolah dapat menghidu kepulangannya.

Sehingga habis cutinya pun Khaier tidak munculkan diri di rumah keluarga mereka.

Mak Mai dan Pak Salleh juga tidak dapat membantu. Jelaslah Khaiera sudah menceritakan kepada mak dan ayahnya akan pertemuannya dengan Murni dan Hakim di KL beberapa hari lalu.

Murni pergi mencari Khaier di kebun sayur. Namun lelaki itu tiada di sana. Kata pekerjanya, Khaier telah beberapa hari tidak datang menjenguk kebun, tetapi ada memberitahu bahawa dia ada hal yang perlu diselesaikan di luar.

Apa daya dia lagi. Salahkah dia menolak cinta lelaki itu. Berdosakah dia apabila memilih untuk tidak menerima Khaier. Kenapa Khaier terlalu memaksa dirinya. Terlalu mengikut kata hati dan mahu Murni ikut kemahuannya sahaja.

Pada Murni, cinta Khaier sebenarnya tidak ikhlas. Khaier hanya pentingkan hati dan diri sendiri sahaja.

Tiada jalan penyelesaian.

*****

Kak Yati menalipon dari kampung. Mahu menambah cuti kerana berlaku kematian dalam keluarganya.

Malam itu dia sendirian di apartment. Malam masih terlalu awal. Matanya juga masih belum mengantuk. Usai makan malam, dia duduk di ruang tamu sambil menonton tv. Laptop dihidupkan.

Sebentar tadi dia dan Nana berbual di laman sembang WhatsApp. Berbual hal-hal biasa. Tidak sesekali dia menceritakan tentang permasalahan yang dia sedang hadapi kini kepada sahabat baiknya itu. Kalau boleh dia mahu simpan sendiri. Biarlah hanya dia dan keluarga Khaier sahaja yang tahu.

Ada bunyi notifikasi yang masuk. Dia melihat selintas lalu. Matanya tertancap kepada nama Khaier. Di tekan untuk membaca, tetapi hanya ada emoticon si kuning sedang tersenyum. Itu sahaja.

Dia segera mendail nombor Khaier. Ada nada deringan, tetapi panggilannya tidak disambut. Kenapa Khaier tidak mengangkat panggilan telefon, bisiknya.

Dia kembali semula ke laman WhatsApp. Khaier masih online. Cepat-cepat dia menaip,

- Kenapa tak angkat call? - blue tick

- Abang call saya balik semula. Sekarang! - blue tick

- Saya tahu abang baca, pls reply! - blue tick

- Abang...? - blue tick

- Khaier ....

Akhinya dia bosan menunggu. Dia juga menutup terus talian. Khaier seolah-olah seorang kanak-kanak lelaki yang sedang merajuk. Murni malas mahu melayan. Tv dan laptop dimatikan. Terus dia melangkah masuk ke bilik tidur.

Pagi ini dia bangun agak lewat. Selain terganggu dengan ulah Khaier yang agak kebudak-budakan, tidurnya juga terganggu dengan mimpi ular hitam sekali lagi. Akibatnya kepala Murni terasa agak berat ketika bangun pagi itu.

Dentingan loceng pintu kedengaran. Siapa pula yang datang pagi-pagi begini. Tak mungkin Kak Yati, sebab Kak Yati ada kunci sendiri.

Dengan kepala yang masih sakit, digagahkan juga untuk bangun dari katil. Pintu dibuka. Tiada sesiapa diluar. Pelik. Murni menutup pintu. Baru sahaja dia ingin berpusing, sekali lagi loceng berdenting. Terus tombol pintu dipulas dengan pantas. Seorang lelaki berdiri membelakangkan tubuhnya.

"Abang?"

Lelaki itu berpaling. Senyuman tersungging di bibir Khaier. Wajahnya kelihatan kemas tanpa misai cuma kulitnya nampak sedikit gelap.

"Boleh kita berbual sekejap? Matanya tajam merenung gadis didepannya. Senyuman Khaier masih bersisa.

"Abang tunggu sekejap. Saya nak tukar baju." Pintu kembali ditutup.

Dia tidak pasti Khaier datang dengan apa. Tidak nampak sebarang kenderaan di parkir ketika itu. Murni membawa Khaier menaiki keretanya ke sebuah restoren.

Khaier masih diam membisu. Murni menanti Khaier membuka mulut. Sehingga pelayan datang membawa makanan yang dipesan Khaier masih kekal bisu. Bertambah sakit kepala Murni dibuatnya.

"Abang sebenarnya nak cakap apa?" Akhirmya Murni bertanya, setelah bosan menunggu.

"Bukan di sini. Kita pergi tempat lain. Tempat yang privacy sikit." Khaier bersuara perlahan. Tangannya menguis mee goreng yang masih berasap menggunakan garfu.

"Tapi saya kena masuk kerja sekejap lagi. Mana boleh saya suka-suka ponteng kerja." Ujar Murni.

Khaier tidak menjawab. Mee goreng disuap ke mulut.

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Where stories live. Discover now