27

348 16 0
                                    

Rumah pusaka

"Abang Khaeir...  "

Murni melangkah  menghampiri Khaeir. Lelaki itu sedang bersiap-siap hendak ke kebun semula. Mendengar suara Murni memanggil namanya. Cepat-cepat Khaeir menoleh.

Khaeir yang sedikit gugup apabila dihampiri oleh Murni, cuba mengawal diri. Tadi waktu makan tengahari, dia tidak banyak bercakap. Lebih banyak diam. Sepatah di tanya, sepatah jugalah dijawapnya.

"Abang jom pergi rumah arwah nenek, nak?" ajak Murni.

Pandangan dialihkan ke arah Mak Mai dan Nana yang sedang leka berbual bersama Pak Salleh sambil duduk di pangkin bawah pokok rambutan. Kemudian pandangan matanya dialih semula ke wajah Murni.

"Kenapa nak pergi sana. Bukannya ada apa lagi. Lagipun keadaan rumah tu dah teruk sangat." Khaeir memakai jaket dan mengambil parang dari atas para bangsal.

"Murni rindu nak tengok rumah nenek. Jom lah bang, kita pergi sana. Murni dah ajak mak dan ayah ikut sama." Rindu kepada arwah nenek sangat menekan dalam jiwa. Kenangan bersama nenek sentiasa segar di ingatan Murni.

"Ye lah." Khaeir malas nak bersoal jawab panjang-panjang.

Akur saja dengan permintaan Murni. Sempat dia menatap wajah Murni sekilas sebelum kembali mengalihkan pandangan ke arah Mak Mai yang sedang melangkah menghampiri mereka.

"Jadi ke tak nak pergi rumah pusaka tu? Kang dah lewat sangat, gelap pulak. Rumah tu dah takde bekalan elektrik." Ujar Mak Mai.

Memang Pak Salleh yang memotong bekalan elektrik dan air sejak rumah tua itu tiada penghuni. Takut nanti jadi tempat budak-budak penagih dadah melepaskan gian.

"Abang pergi dengan motorsikal aje." Dia menolak ajakan Murni untuk menaiki kereta bersama yang lain.

Sesampainya di rumah pusaka arwah nenek, Murni segera turun dari kereta. Rumah itu kosong sejak nenek pergi. Banyak bahagian yang sudah reput dimakan anai-anai. Daun tingkap juga sudah ada yang tercabut.

Hatinya merasa pilu. Rindu datang lagi. Namun Murni cuba untuk menahan airmata dari gugur. Mata yang mula berkaca, dipejamkan. Setitis airmata yang hampir jatuh cepat-cepat dikuis dengan jari.

Seakan nampak bayangan tubuh nenek yang sibuk di dapur menyiapkan nasi lemak dan sambal untuk dijual. Terlalu sekejap waktu untuk dia bersama nenek. Hanya sepuluh tahun. Kasih sayang nenek tidak pernah hilang dari dirinya.

Khaeir tunduk mencabut kemuncup yang melekat di kaki seluar panjang. Rumput mula naik tinggi. Seminggu sekali dia akan datang ke situ untuk memesin rumput dan menebas lalang yang mudah subur.

"Murni nak baiki rumah nenek. Nak bina semula." Dia perlu buat sesuatu. Dia terlalu sayangkan rumah pusaka itu.

Khaeir mendongak memandang Murni. Ada tandatanya di wajah Khaeir. Pantas matanya mengalih pandang kearah rumah usang itu. Hampir setiap sudut ada kerosakan yang teruk.

"Banyak belanjanya, Murni. Sekarang semua bahan mentah untuk buat rumah dah mahal. Upahnya lagi." Ujar Khaeir.

Jujur dia sendiri pun tak mampu nak buat apa-apa pembaikan pada rumah itu. Segalanya perlu modal. Bukan guna air liur.

Murni hanya tersenyum. Dia tak akan menyusahkan keluarga Pak Salleh dan Mak Mai. Apatah lagi Khaeir yang hanya berkerja kampung.

"Pasal belanja pembinaan semula rumah arwah nenek dan upah kontraktor, abang tak perlu risau. Biar Murni yang uruskan nanti. Tapi Murni perlukan geran tanah yang asal." ujar Murni.

Sedikit keluhan terluah dari bibir Khaeir. Mungkinkah Murni akan membuat pinjaman bank untuk tujuan itu. Khaeir hanya berteka-teka sendiri.

"Kalau geran tanah tu, abang rasa baik Murni tanya pada ayah. Mungkin ayah tahu di mana geran itu disimpan."

Matanya melorot memerhatikan Murni. Gadis cantik itu masih merenung dan memerhati persekitaran halaman rumah. Sehingga tidak sedar dia diperhatikan.

"Murni, lama awak tak balik ke sini. Kenapa baru hari ini tergerak nak balik?" Kemusykilan hatinya diluahkan kepada adik angkatnya itu. 

"Err, bukan tak mahu balik abang, tapi sebelum ni, Murni sibuk kerja dan susah nak ambil cuti." Dia cuba memberikan jawapan yang terbaik. Malas mahu menceritakan kisah kehidupannya selama empat tahun ini yang teramat payah.

"Hmm. Habis tu sekarang ni dah tak sibuk lah ye. Berapa lama awak ambil cuti?" Tanya Khaeir.

"Kurang sikit lah, tapi dapat cuti hari ini dan esok je." Murni melemparkan senyum pada Khaeir.

"Sekejapnye. Murni kerja apa sekarang ni. Sampai susah sangat nak balik jenguk mak dan ayah?" Soal Khaeir. Debaran didada selepas melihat senyuman Murni, dikawal dengan baik.

"Kerja biasa-biasa je bang. Jadi kuli." Murni ketawa kecil. Dia belum mahu keluarga angkatnya mengetahui apa pekerjaannya. Belum masanya untuk dia bercerita.

Mak Mai dan Nana berjalan beriringan menuju kearah mereka. Pak Salleh kelihatan masih terbongkok-bongkok mengutip pelepah kelapa kering yang jatuh di tepi pagar.

"Mak, Khaeir nak ke kebun dulu. Dah petang sangat ni. Banyak kerja belum selesai." Enjin motorsikal dihidupkan . Terus saja dia berlalu pergi dari situ tanpa sempat Mak Mai berkata-kata.

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt