18

415 16 0
                                    

Pembantu

Pintu bilik mesyuarat diketuk perlahan. Murni menolak pintu dan menjengah sedikit kepalanya melalui daun pintu yang sedikit terbuka.

"Masuklah Cik Murni," kedengaran suara kak Aida menyuruh dia masuk ke dalam bilik tersebut.

Cepat-cepat Murni menegakkan tubuh sambil menarik nafas perlahan sebelum menolak kembali daun pintu. Suhu bilik agak sejuk. Perlahan Murni melangkah masuk.

"Sila duduk di sini Cik Murni." Aida bangun. Dia menarik kerusi yang berhampiran dengannya.

Baru Murni perasan, bukan Hakim sahaja yang berada di bilik itu, malah Raja Hazman juga turut berada di situ. Wajah-wajah lain yang tidak dikenali sudah memenuhi ruang bilik tersebut.

Murni menundukkan kepalanya sedikit sambil melemparkan senyuman. Dia menghampiri Aida yang sedang berdiri sambil memegang kerusi kosong untuk Murni duduk.

Sebaik sahaja Murni duduk, Aida mengambil tempat di sebelah Hakim. Raja Hazman duduk di tengah antara anaknya dengan seorang lagi lelaki yang juga tidak dikenalinya.

"Assalamualaikum semua. Selamat petang. Hari ini saya ada satu pengumuman." Raja Hazman memulakan mukaddimah mesyuarat.

Murni akhirnya diperkenalkan kepada semua yang ada. 4 ahli lembaga pengarah Syarikat Timber And Mines Sdn Bhd mengenalkan diri mereka. Kemudian 2 orang pemegang saham yang memegang syer syarikat turut memperkenalkan diri mereka.

Murni hanya menghadiahkan senyuman kepada mereka yang diperkenalkan kepadanya. Kelihatan mereka semua hampir sebaya dengan Raja Hazman. Cuma peguam syarikat sahaja yang kelihatan masih muda.

"Cik Murni akan saya letakkan bersama Hakim sebagai pembantu buat sementara waktu. Saya masih meneliti jawatan yang sesuai untuk Murni. Jika sudah ada nanti akan saya war-warkan kepada semua." Begitu kata Raja Hazman.

Murni hanya diam. Mendengar dengan teliti. Jari yang memegang pen, menulis sesuatu di buku nota.

Seterusnya Raja Hazman terus mempengerusikan mesyuarat pada petang itu. Tidak banyak hal yang diperkatakan, hanya menerima laporan dan membincangkan perkara berbangkit di setiap jabatan.

Murni hanya diam dan menekuni setiap butir perkara. Sesekali dia mencatatkan sesuatu di atas buku nota yang di bawanya.

"Baiklah, jika tiada apa-apa lagi, kita bersurai dahulu. Terima kasih semua." Raja Hazman bangun, diikuti oleh yang lain. Murni masih duduk. Tak perlu kalut untuk keluar cepat. Matanya hanya memerhati.

Ketika orang terakhir menolak pintu, baru Murni bangun. Kakinya melangkah perlahan menuju ke pintu. Fikirannya masih kosong. Posisinya masih sama. Sebagai pembantu Hakim. Masih agaknya meja kerjanya tetap di sofa di dalam pejabat Hakim.

Namun apa dia kisah. Kata Raja Hazman jawatan itu hanya sementara sahaja. Yang penting dia ada kerja nak buat, bukan duduk saja-saja, makan gaji buta.

"Kak Aida, kenapa saya perlu diperkenalkan kepada mereka semua. Bukan saya siapa-siapa pun dalam syarikat ni." Luah Murni sebaik sahaja dia terpandang Aida yang sudah duduk di meja kerja.

"La, Cik Murni kan salah seorang pemegang syer dalam syarikat ni. Dah tentulah ada keperluan untuk ahli yang lain tahu." begitu jawapan yang keluar dari mulut Aida.

"Hmmm.... " baru Murni faham sekarang. Nasib baik ada kak Aida.

"Kak Aida, ada apa yang perlu saya buat?" Murni segera berdepan dengan Aida. Wanita itu baru sahaja keluar dari bilik Hakim.

"Buat masa ni tak de lagi. Nanti kalau dah ada akak bagitahu ya." Aida memandang Murni sambil tersengih.

"Hmm, kalau macam tu tak apa lah. Saya masuk bilik dulu lah. Thanks akak."

Aida terus duduk di meja kerja nya selepas Murni berlalu. Berfikir-fikir kerja apa yang boleh diberikan kepada Murni.

Jam sudah menunjukkan ke pukul 4.55 petang. Segera dia berkemas untuk pulang ke rumah.

Sementara Murni masih berada di dalam bilik Hakim. Sengaja dia berlengah-lengah dan tidak mahu segera keluar dari bilik. Hakim pun sejak lepas dari mesyuarat tadi tidak nampak muka. Sudah balik rumah barangkali, getus hatinya.

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Where stories live. Discover now