11

461 22 3
                                    

Zhafik

"Hey, whats up friend? Lama aku tak nampak kau. Baru sekarang kau muncul." Badan tegap itu di tepuk berkali-kali.

Wajahnya masih tidak berubah, malahan semakin kacak. Rambut yang disisir rapi dengan penampilan serba ringkas. Seluar jean biru tua dan t shirt putih tanpa kolar melekat ditubuhnya. Jelas kelihatan otot-otot kekar di lengannya.

"Macam mana kau sekarang, bro. Bila kau balik sini." Tidak sabar dia mahu mendengar cerita dari sahabat lamanya itu. Terakhir dia dapat tahu, sahabatnya menetap di State. Membuka syarikat guaman disana.

"Aku macam biasa lah. Aku balik dua malam lepas. Lepak dua hari kat rumah kak Fika. Baru hari ni aku keluar. Kak Fika bagi alamat tempat kerja kau kat aku. So, aku jejak kau kat sini," ulasnya dengan panjang lebar.

"Syarikat kau macam mana sekarang... kau balik bercuti ke?"

Dia gelak kecil mendengar soalan Hakim.

"Aku dah jual syarikat aku. Aku balik sini terus. Lama sangat aku kat sana, dah rindu gila dengan tanahair sendiri," ujarnya.

"Cinta hati kau yang dulu tu macam mana? Kau dah kahwin dengan dia kan?" terlihat perubahan pada wajahnya. Dia mengeluh kecil.

"Memang aku dah kahwin dengan dia, tapi bahagia tak lama. Tak sampai 7 bulan kahwin, kami kemalangan kat sana. Dia tak dapat diselamatkan. Kandungan dia juga. Anak aku dalam kandungan dia pun ikut pergi." Ada keruh diwajahnya.

Jelas kesedihan yang cuba ditahan.

"Allah, maafkan aku. Takziah, Zhafik. Kak Fika takde bagitahu apa-apa pun dekat aku" Hakim cuba menjelaskan dan dia cuma menunduk memandang meja.

"Hey, jom aku belanja kau lunch. Kita bual-bual lagi sambil makan." Zhafik mengangkat muka. Wajahnya mula tenang. Hakim bangun lalu mengambil telefon bimbitnya. Zhafik juga ikut bangun.

Mereka menuju ke pintu. Saat Zhafik membuka pintu, tanpa isyarat...

Buk!.... "Adoiii!" muka Murni tersembam di dada Zhafik. Lekas-lekas Murni berundur. Mata mereka bertembung. Malu usah cakaplah, muka Murni sudah mula merah padam. Cepat-cepat Murni menundukkan mukanya.

"Mmm... maa... maafkan saya. Saya tak sengaja." gadis itu tergagap-gagap menutur maaf.

Mata Zhafik masih melekat menatap wajah Murni. Cantik, getus hatinya.

"Ohh, tak apa. Bukan salah awak pun." Terus dia mengajak Hakim beredar dari situ.

"Haa, Murni. Petang ni jangan lupa. Tunggu saya kat lobi lepas waktu pejabat." Sempat Hakim mengingatkan Murni sekali lagi.

"Ye lah," itu sahaja yang keluar dari mulut gadis itu, sambil memberi laluan kepada Hakim dan Zhafik keluar dari situ.

Aida yang nampak insiden itu, ketawa perlahan.

"Jodoh awak kut Murni, boleh tahan handsome jugak mamat tu." gurau Aida.

"Apalah Kak Aida nih. Nasib baik langgar dada dia je. Kut tercium tadi naya saya tau." Aida ketawa apabila mendengar kata-kata Murni.

"Lagi naya kalau terjatuh cinta pulak kan," tak habis lagi Aida mengusik Murni.

"Mengarutlah kak Aida nih, melarat-larat pulak nanti. Saya masuk dalam dululah." Cepat-cepat dia memboloskan diri masuk ke bilik Hakim.

Punggungnya dihenyak ke sofa. Dadanya masih berombak tetapi sudah dapat diatur rentaknya. Memalukan betul bila diingatkan kembali.

Mujur Nana tidak berada di situ, kalau tidak teruklah Murni kena bahan. Kak Aida pun sama macam Nana.

Dia bangun menuju meja Hakim. Dikemaskan kembali kertas-kertas dan fail-fail yang berselerakan di atas meja itu.

Bosan memang bosan kerana tidak ada kerja yang betul-betul kerja yang boleh dikerjakan. Dapat gaji buta saja lah bulan pertama bekerja di syarikat ini.

Teringat pula malam ini ada dinner di rumah Hakim. Melirik pada pakaian ditubuhnya. Hari ini dia hanya mengenakan seluar palazo coklat dan kemeja berlengan panjang berwarna krim tanpa corak.

Tak apalah, nanti aku minta Hakim hantar balik rumah kejap untuk tukar pakaian... bisik hatinya.

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Where stories live. Discover now