17

421 17 0
                                    

Jawatan

Genap satu bulan Murni ditawarkan pekerjaan di syarikat Timbers And Mining Private Limited milik ayah Hakim. Setakat hari ini, Raja Hazman hanya memantau perjalanan syarikatnya hanya dari rumah. Setiap hari akan ada laporan dari pejabat dihantar ke rumah untuk dibaca dan diteliti oleh Raja Hazman.

Raja Hazman hanya akan hadir di pejabat jika ada keperluan, atau semasa mesyuarat lembaga pengarah. Segala urusan yang lain dijaga oleh Hakim. Hakim adalah anak sulung Raja Hazman. Hakim adalah waris utama syarikat.

Hakim atau Raja Hakim Hidayat Raja Hazman adalah CEO yang meneraju syarikat bapanya sendiri sejak dua tahun lalu selepas bapanya menghadapi masalah kesihatan serius.

Begitulah seperti yang diceritakan oleh kak Aida, setiausaha Hakim kepada Murni.

"Kak Aida, apa jawatan saya ehh?" terluah juga akhirnya soalan itu. Dah sebulan lebih kerja dengan gaji yang boleh tahan lumayan, tapi masih tidak ada jawatan.

"Hah, yang itu kena tunggu Encik Hakim putuskan. Kalau pun akak tahu apa jawatan kamu, akak tak boleh nak bagi tahu." jelas Aida.

"Ala, apa ni Kak Aida. Mana aci, bagitahulah dengan saya sekarang," rayu Murni.

"Tak boleh bagi tahu sebab Encik Hakim dah warning akak siap-siap. Aci tak aci, rayuan tetap ditolak. Titik!" Wahh kak Aida nih, ikut sangat segala protokol pejabat, getus hatinya.

Kak Aida tersengih memandang Murni.

"Ye lah, ye lah." Murni bangun menuju ke bilik Hakim.

"Jangan lah merajuk dik oi. Lambat laun nanti tahu juga. Sabarlah sikit." Kak Aida tinggikan sedikit suaranya. Murni sudah pun meloloskan diri disebalik pintu.

Bosan sungguh. Rasanya hampir semua jabatan telah Murni lawati. Dari pentadbiran, kewangan, sumber manusia, pemasaran, jabatan grafik sehingga ke housekeeping. Hakim pesan supaya ambil tahu tentang perjalanan syarikat.

Baru Murni sedar, syarikat ini menjadikan produk kayu sebagai bahan utama. Manakala untuk perlombongan, sudah tidak jalankan. Ini adalah kerana negara sudah tiada kawasan perlombongan. Cuma Raja Hazman masih mempunyai lesen melombong emas yang sentiasa diperbaharui.

Mungkin semasa di Kemboja, arwah ayah Murni menjadi pengurus syarikat perlombongan untuk melombong emas. Murni akan dapatkan butiran terperinci dari Hakim nanti.

Hanya kilang kayu sahaja yang Murni belum berkesempatan untuk pergi melawat. Khabarnya kilang itu terletak di kawasan lain. Dia perlu meneliti semula profil syarikat. Dia terlepas pandang barangkali.

Pelik, kenapa pula dia jadi berminat dengan semua ini. Tak sama dengan apa yang pernah dia belajar dahulu. Jauh dari bidang kursus yang dia ambil semasa di Politeknik dahulu.

Lama Murni duduk memikirkan semua yang dilalui. Macam bermimpi pun ada. Pintu bilik diketuk dan ditolak oleh seseorang. Kelihatan pembantu kak Aida, si Syamil menjengukkan kepalanya.

"Cik Murni, Encik Hakim nak jumpa cik dekat dalam meeting room." satu arahan diajukan kepada Murni.

"Sekarang ke?" tanya Murni untuk kepastian.

"Ye cik, sekarang juga," jawab Syamil.

"Hmm, baiklah. Terima kasih Syamil." ucap Murni.

"Sama-sama Cik Murni." Syamil tersenyum lantas meminta diri.

Murni bangun, sambil merapikan baju dan tudung. Dia mencapai pen dan buku nota. Bilik mesyuarat ada di tingkat 4 bangunan. Sebenarnya, syarikat ini mula beroperasi di bangunan sendiri sejak 10 tahun lepas.

Bangunan ini ada 4 tingkat. Tingkat bawah adalah lobi, dewan dan cafe, termasuk ruang pameran hasil kayu. Tingkat 2 pula terletaknya semua jabatan-jabatan dan surau. Tingkat 3, adalah kawasan khas untuk bilik pengarah urusan. Bilik Hakim dan Raja Hazman terletak di tingkat ini.

Bilik mesyuarat dan sebuah gym pula terletak di tingkat 4.

Murni menuju ke pintu lif. Kak Aida tiada di meja kerja nya. Mungkin sudah berada di dalam bilik mesyuarat.

Aku Dalam Dakapan Dia ✔حيث تعيش القصص. اكتشف الآن