54

293 13 0
                                    

Diam

"Benar Khaier ada hati dengan awak?" Soal Hakim.

Murni masih tunduk merenung gelas berisi jus epal di depannya. Masih terngiang-ngiang suara tengkingan Khaiera tadi. Sebetulnya antara dia dan Khaiera memang tidak berapa mesra. Mungkin Khaiera tidak suka ataupun cemburu kerana Murni menjadi kesayangan Mak Mai dan Pak Salleh.

Pertanyaan Hakim masih belum dijawab. Kalau boleh dia tidak mahu Hakim tahu apa yang berlaku antara dia dengan Khaier.

Mereka duduk di sebuah restoren makanan segera. Murni masih melayan perasaan. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

"Ermm, kalau awak tak mahu cerita tak apalah. Mungkin terlalu peribadi pada awak dan saya pun tak mahu masuk campur." Hakim menghabiskan sisa air minuman didalam gelasnya.

"Jom, balik." Hakim bangun dari duduk. Baginya tidak perlu beriya-iya mahu mengetahui kisah Murni. Namun didalam hatinya dia dapat menebak sesuatu. Dari raut wajah Murni seolah ada beban berat yang sedang ditanggung oleh gadis itu.

Perlahan Murni bangun dari tempat duduk, terus melangkah mengekori Hakim keluar dari restoren.

"Saya hantar awak balik terus ke apartment. Kereta awak biar aje kat office. Esok pagi saya ambil awak di rumah sebelum masuk kerja." Gadis di sebelah dipandang selintas lalu. Masih kekal diam tak bersuara.

Hakim menemani Murni sehingga ke depan pintu apartment. Mereka berpisah di situ, dan Hakim menaiki lif untuk balik ke apartmentnya sendiri.

*****

Tidurnya terganggu lagi. Kembali dia bermimpi yang serupa. Seekor ular hitam yang hampir mahu mematuknya. Juga kehadiran Khaier menyelamatkannya dari menjadi mangsa patukan ular itu.

Murni terjaga dari tidur. Terasa badannya menggigil dan berpeluh. Rasa seram sejuk bercampur aduk. Oleh kerana terlalu mengantuk, dia kembali tertidur. Lena sehingga subuh.

Usai solat subuh, dia bersiap untuk ke pejabat. Mimpi malam tadi dia lupakan. Mungkin sekadar mainan tidur, bisiknya. Malas dia mahu memikirkan tentang mimpi itu.

"Kak Yati, hari minggu ni saya nak balik kampung. Akak nak ikut tak?" Murni menuang sedikit jus oren kedalam gelas.

Pagi ini Kak Yati buat bihun goreng untuk sarapan. Cuma Murni tidak berasa hendak menjamah masakan itu walau sedikit pun.

"Lama  ke Murni nak bercuti. Kalau lama Kak Yati tak nak ikutlah. Elok akak balik rumah keluarga akak je," ujar Kak Yati.

"Tak pasti lagi. Mungkin sehari dua ataupun lebih." Jelas Murni. Dia menghabiskan sisa terakhir jus oren di dalam gelas.

"Tak apalah. Biar Kak Yati balik rumah sendiri je lah. Lagipun dah lama juga Kak Yati tak jumpa sedara mara. Rindu pulak rasanya pada dia orang."

"Baiklah kalau macam tu. Kak Yati nak cuti awal pun tak apa. Mungkin saya balik kampung terus dari pejabat." Dia sendiri tidak tahu betul atau salah keputusan yang mahu dibuat. Serba salah.

Loceng pintu kedengaran. Murni segera bergegas mengambil beg tangan dan telefon genggam. Setelah itu dia meninggalkan Kak Yati yang sedang sibuk mengemas semula meja makan.

*****

Sebelum masuk ke pejabat, Hakim singgah di sebuah restoren untuk bersarapan. Perutnya yang kosong sudah minta diisi.

Seperti biasa, Murni hanya mengekori tanpa banyak soal. Gadis yang biasanya ceria itu masih belum pulih emosinya. Hakim jadi serba salah pula untuk bertanyakan kes semalam.

"Tak nak makan apa-apa ke. Kalau nak saya boleh tolong ambilkan." Murni dilihatnya terus duduk di meja kosong.

"Err, tak payah susah-susah. Saya dah sarapan dekat rumah tadi," nasiblah Hakim pagi-pagi dah kena bohong dengan Murni.

"Makan apa jer dekat rumah?" Tanya Hakim tak puas hati dengan jawapan Murni.

"Bihun goreng. Kak Yati yang masak." Laju mulutnya memberitahu. Padahal selera makannya sudah tiada selepas bertemu Khaiera semalam.

Hakim duduk, dia menghulurkan sebiji piring berisi dua ketul kueh karipap dan kueh ketayap.

"Nah, jamah kueh ni. Saya dah orderkan teh tarik untuk awak. Kejap lagi sampai la tu." Lelaki itu terus tunduk menyuap roti canai kuah banjir ke mulutnya. Nampak berselera sekali Hakim menikmati makanan.

Murni mengeluh kecil. Dicapai juga seketul kueh karipap berinti kentang. Dijamah juga dalam terpaksa. Nasib baik sedap.

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Where stories live. Discover now