10

488 23 1
                                    

Khadija

Sudah seminggu Murni bekerja di syarikat keluarga Hakim. Nana juga sudah ada posisi tetap dibahagian  HR (Human Resources) sebagai pembantu di unit tersebut. Gaji yang ditawarkan kepada Nana memang berbaloi dan lebih tinggi dari gaji lama semasa bekerja di pasaraya.

Hanya Murni masih tidak tahu apa jawatannya di situ. Kerja nya masuk office, duduk dalam bilik Hakim, memerhati Hakim bekerja.

Adakala Hakim minta Murni membantu kerja-kerja ringan seperti menyusun fail dan menolong memfotokopi surat-surat perjanjian perniagaan. Ada waktu Hakim minta dia buatkan minuman.

Sudah terasa seolah budak pembantu pejabat pula dirinya di situ.

Pagi itu macam biasa Murni mendahului Hakim masuk ke pejabat Hakim. Selepas mengemas dan bersihkan apa yang perlu, Murni duduk di sofa sambil menunggu Hakim muncul.

Selalunya begitulah, Hakim akan masuk ke biliknya setengah jam selepas pukul 8am. Ini kerana Hakim perlu memberi morning briefing dahulu kepada staf-staf di ruang lobi bangunan.

Tidak lama Hakim masuk ke bilik dengan diikuti oleh Khadija.

"So, Hakim macam mana tentang kita?" Khadija bersuara, sambil mengekori Hakim.

Murni hanya menelinga perbualan mereka.

"Sabarlah, saya sibuk sangat sekarang. Awak pun nampak kan?" ujar Hakim dengan suara yang dilembutkan. Khadija mengeluh.

"You, kita dah lama bertunang. Dah bertahun. Takkan you nak I sabar lagi, sampai bila nak kena sabar." Khadija bersuara manja dan sedikit merengek.

Bagi Khadija mereka berdua perlu menoktahkan hubungan mereka dengan ikatan perkahwinan.

"Dija, kalau dah jodoh tak kemana kan. Awak sabar dan tenang je. Doa banyak-banyak, InsyaAllah ada jodoh kita kahwin okay."

Terpaksa Hakim berkata begitu. Dia tahu Khadija jenis suka memaksa. Kalau dia terlampau berkeras, Khadija akan ikut berkeras juga.

Hakim tahu Murni sedang mendengar semua yang dia dan Khadija perbualkan. Sesekali matanya melirik kepada Murni yang sedang membaca akhbar.

"Murni," panggil Hakim. Murni menjatuhkan akhbar sambil memandang Hakim.

Khadija agak terkejut apabila baru menyedari ada orang lain di situ.

"Hei, berapa lama kau ada kat situ?" Tanya Khadija. "Hakim, apa yang dia buat dalam bilik you ni?" Soalnya kepada Hakim pula.

"Sejak office buka Cik Khadija, dan saya tak buat apa-apa pun," jawab Murni.

"Dija, lets me explained to you later okay... Murni, petang ni saya nak bawa awak balik rumah ibu saya. Ibu jemput awak dinner dekat rumah malam ini."

"Yes, I need your explanation about this, thank you. By the way, did your mom ask me to join the dinner together?" Matanya merenung Hakim.

"I don't think so, sorry Dija." Khadija memoncongkan bibirnya. Raut wajahnya mencuka. Hakim pula buat-buat tak pandang perubahan itu.

Murni hanya diam. Baru dia tahu Hakim sudah bertunang. Khadija seorang gadis yang cantik. Kulitnya cerah. Bergaya seperti model. Nampak macam anak orang kaya-kaya.

"Saya nak sambung kerja. Dija, you balik dulu. Saya call awak malam nanti." Hakim cuba berjanji.

Khadija mencebik. Dia bangun dengan malas, melangkah menuju pintu bilik.

"You jangan pandai janji je. Malam ni kalau you tak call I, tahulah I nak buat apa." Sempat Khadija memberi amaran kepada Hakim. Lelaki itu hanya diam tanpa reaksi.

"Murni, kalau awak belum sarapan, awak pergilah sarapan dulu." arahnya kepada Murni sebaik sahaja kelibat Khadija hilang disebalik daun pintu biliknya.

Terus saja dia memulakan kerja yang memerlukan penelitian. Segalanya perlu sempurna demi kemajuan syarikat itu.

Dia sudah ada posisi jawatan yang terbaik untuk Murni. Dia hanya berharap Murni akan bersetuju. Malam nanti akan diceritakan segalanya kepada Murni. Dia sudah berbincang dengan kedua orang tuanya, keperluan Murni akan diutamakan demi keselesaan Murni.

"Hi, buddy. Long time no see!" tiba-tiba satu sosok tubuh muncul dari sebalik daun pintu.

Bibirnya mengorak senyum lebar. Hakim bangun menyambut dengan satu pelukan yang erat.

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Where stories live. Discover now