15

440 19 0
                                    

Cindy

Murni sampai awal di pejabat. Masuk sebentar ke bilik Hakim. Lelaki itu masih berada di lobi. Murni meletakkan tas tangan di dalam kabinet meja kerja Hakim lalu dikunci. Ruangan khas yang diberi oleh Hakim untuk digunakan sementara.

Murni bercadang untuk turun semula ke lobi. Tadi dia sudah berjanji dengan Nana untuk temankan Nana ke klinik. Kata Nana, dia tidak sedap badan. Rasa nak demam.

Di pintu lif Murni bertembung dengan Hakim. Khadija juga ada bersama Hakim. Hakim menyapa dengan mengangkat kening kearah Murni.

"Err Encik Hakim, saya minta izin nak temankan Nana pergi klinik sekejap." kata Murni, Bagaikan mengerti itu adalah satu isyarat pertanyaan yang diberi oleh Hakim.

"Ohh, hah ye lah. Awak nak pergi naik apa?" tanya Hakim. Khadija pula hanya mendiamkan diri.

"Naik grab kut."

"Dah call ke belum?"

Murni hanya menjawab dengan gelengan kepala.

Hakim menghulurkan kunci keretanya kepada Murni.

"Nah, guna kereta saya je. Awak boleh pandu kereta kan?"

Murni mengangguk. Kunci kereta di tangan Hakim di ambil. Malas hendak bersoal jawab panjang lebar bila dia nampak wajah Khadija yang seakan memandang sinis kepadanya.

"Terima kasih, saya pergi dulu." Pantas Murni meloloskan diri ke dalam lif sebaik sahaja pintu lif itu terbuka.

Sampai di lobi, Nana sudah pun menunggu di depan pintu masuk bangunan. Murni tahu kereta Hakim di parkir di tempat letak kereta khas. Mereka lantas beredar dari situ.

Kunci otomatik ditekan. Lampu isyarat sebuah kereta BMW 5s berwarna biru metalik menyala seketika, menandakan itulah kereta yang akan Murni pandu nanti.

"Whooo hoo, bertuah badan betul. Dalam sakit-sakit macam ni, dapat naik kereta mewah," jerit Nana. Murni hanya tersengih.

"Dah jomlah." Murni membuka pintu sebelah pemandu. Menekan butang khas untuk menghidupkan enjin. Nana masuk dan duduk di sebelah Murni.

"Kau reti ke bawak kereta mewah ni?" Tanya Nana. Matanya menyorot keseluruh ruangan kereta.

"Memang lah aku tak pernah pandu kereta BMW sebelum ni. Tapi semua kereta sama aje, insyaAllah aku boleh bawak. Kau duduk diam-diam je kat situ." Dengan lafaz bismillah, Murni mengundurkan kereta keluar dari parkir.

Murni membawa Nana ke klinik yang telah biasa mereka pergi. Klinik panel pasaraya tempat mereka pernah bekerja dahulu. Staf di kaunter klinik pun masih mengenali mereka. Mudahlah urusan mereka nanti.

Murni tidak ikut Nana masuk ke bilik rawatan. Dia mengambil majalah lalu duduk di sofa yang disediakan di situ. Tiba-tiba... 

"Hei, you buat apa datang sini lagi. Sekarang you bukan kerja under pasaraya lagi maa." satu suara yang amat Murni kenali menegur dengan suara tinggi.

"Weh, apa masalah kau, ahsoh!" memang nyonya itu suka cari gaduh betul. Apa entah masalah dia.

"Wei, aku datang sini untuk rawatan. Aku boleh bayar lah," sambung Murni lagi.

"Bukan you orang ada duit pun, kerja pun tak ada. Lagi mau free datang sini" Cindy masih belum puas hati. Sengaja cari pasal nampaknya.

"Aku sebenarnya malas nak layan kau la, gemuk. Aku kerja ke tak kerja ke, ada duit ke takde ke, aku tak mintak kat kau lah."

"Apa you cakap I gemuk? You biadap sangat tau!"

"Oi, siapa yang biadap. Bukan kau ke yang mula cari pasal dengan aku. Memang kau gemuk, semua orang boleh nampak. Kau je yang buta." Murni tidak mahu mengalah.

"You kan..." Cindy mahu menerkam kearah Murni.

"Woi, perempuan! Jangan buat kecoh kat sini boleh tak?" Nana yang baru keluar dari bilik rawatan sempat menarik tangan Murni. Cindy yang hampir terlajak kedepan, terus menghentikan niat untuk menampar Murni.

"Weh, apa masalah kau. Ini bukan pasaraya dan bukan jugak klinik keluarga kau. Kami boleh bayarlah harga rawatan dekat sini." Nana menghamburkan marah kepada Cindy. Bertambah sakit kepala dia jadinya.

Cindy terus diam. Nana mengambil ubat dan membayar bil rawatan. Terus dia menarik tangan Murni keluar dari situ. Mata Cindy tidak lepas dari mengekori mereka. Hampir terbeliak biji mata Cindy apabila Murni membuka pintu kereta BMW yang di parkir depan klinik.

Sebelum menutup pintu kereta, Murni menunjuk isyarat ibujari terbalik kepada Cindy sambil tersengih. Sempat juga dia lihat mata dan mulut Cindy yang terbuka luas.

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Where stories live. Discover now