67

265 12 0
                                    

Ros merah

Tidak dapat digambarkan betapa geramnya Murni dengan pelbagai spesis bunga ros yang ditanam disitu. Pelbagai warna dan saiz. Ada yang didalam pasu, ada juga yang ditanam ditanah.

"Aduh cantik-cantiknya. Bau wangi pulak tu." Kak Yati juga teruja dengan apa yang dia lihat.

Saujana mata memandang. Kesemua pokok-pokok bunga ros di letak dibawah bumbung berkanopi besar berwarna putih. Pekerja sedang sibuk dengan tugas masing-masing. Anif Zayyan juga kelihatan sibuk dengan tugasnya.

"Awak buat apa tu?" Tegur Murni.

"Ohh yang ini, kami sedang mengasingkan gred atau kualiti bunga. Bunga-bunga yang bergred tinggi untuk pasaran luar negara, manakala yang rendah untuk pasaran dalam negara." Jelas lelaki itu.

Anif Zayyan tangkas melakukan kerja-kerja pengasingan. Kebanyakan pekerja-pekerja adalah wanita. Tangkai-tangkai bunga dipotong, kemudian di kumpulkan.

Selepas itu setiap tangkai akan dibalut dengan kapas basah dan kertas aluminium dibahagian pangkal. Setiap sepuluh tangkai bunga di balut rapi serta diikat sebelum dimasukkan ke dalam kotak khas.

Murni memerhatikan pekerja wanita itu melakukan tugas mereka.

Anif Zayyan membawa Murni dan Kak Yati melawat semua proses yang ada di situ. Leka dan teruja sehingga tidak sedar hari semakin meninggi.

"Ehh alamak, kami nak balik dululah. Dah lama sangat kami disini."

Anif Zayyan melihat jam ditangan.

"Oh sudah hampir tengahari. Janganlah balik dulu, jom saya belanja makan tengahari." Pelawanya kepada Murni dan Kak Yati.

"Tak apalah. Tak payah susah-susah nak belanja kami. Lagipun awak sedang bekerja."

"Sekarang ni waktu rehat semua pekerja. Jom ikut saya." Anif Zayyan bergerak ke sebuah lori pikap.

"Awak pandu kereta sambil ikut belakang lori saya, okay." Pintanya kepada Murni.

"Hmm, baiklah. Jom Kak Yati." Anif Zayyan cepat-cepat masuk semula ke dalam kilang, sebelum keluar semula dengan beberapa tangkai bunga ros merah dan juga enam pasu kecil berisi anak pokok bunga ros. Kesemuanya di letak diatas belakang lori pikap.

Seketika kemudian dua buah kenderaan itu meluncur laju menuju ke pekan terdekat. Sebuah restoren menyajikan masakan ala kampung menjadi pilihan Anif Zayyan untuk makan tengahari.

Mereka tidak ambil masa yang lama untuk makan, kerana perlu mengejar waktu. Lagipun Murni bercadang mahu ke ladang lavender pula selepas makan.

Sebelum berpisah, Anif Zayyan menyerahkan kesemua pasu yang berisi anak pokok bunga ros kepada Murni. Dia sendiri meletakkan pasu-pasu itu kedalam bonet kereta Murni.

"Ini saya bagi jer dengan awak. Boleh bawa balik ke KL. Nanti saya ajarkan bagaimana nak jaga pokok ini sampai berbunga, sebab pokok bunga ros agak sensitif. Susah nak hidup pada awal penanaman."

"Hish, boleh ke awak ambil dan bagi macam tu aja. Bos awak tak marah ke bila awak ambil bunga ni?" Si Anif Zayyan ini jenis selamba, mana tahu dia main rembat jer beberapa pasu anak pokok bunga ros dan bagi pada Murni.

"Tak ada yang marah pun. Anak pokok bunga memang banyak. Disebabkan awak datang melawat kilang, maka awak dapatlah semua ini dengan percuma. Bos saya dia okay je." Senyuman terukir di bibir Anif Zayyan.

"Murni ikut tersenyum. Ohh okay la kalau macam tu. Terima kasih ya," ucapnya.

"Sama-sama kasih". Anif Zayyan mengenyit mata.

"Err tunggu kejap..."

"Ada apa lagi?"

Anif Zayyan mengambil sesuatu dari belakang lori pikap.

"Nah, ini untuk awak." Beberapa tangkai ros merah yang dibalut dengan kertas diserahkan kepada Murni.

Murni menyambut pemberian itu. Bibirnya mengukir senyum lebar.

"Ya Allah, cantiknya. Terima kasih sangat-sangat." Hidungnya meghidu keharuman bunga.

Lelaki dihadapannya turut tersengih.

*****

Dentingan notifikasi kedengaran masuk ke telefon.

Dia hanya membiarkan sahaja. Kini dia sedang berbaring akibat keletihan setelah seharian ke sana ke mari. Banyak menggunakan kudrat untuk mendaki bukit-bukit kecil yang menempatkan ladang-ladang teh dan ladang sayur.

Kakinya juga terasa lenguh dan sakit. Tadi sebenarnya dia sudah diurut olah Kak Yati menggunakan losyen panas. Selepas Kak Yati mengurut, Murni pula menawarkan khidmat urutan yang sama kepada Kak Yati. Awalnya wanita itu menolak, tetapi selepas di pujuk, mengalah juga akhirnya.

Dan kini kedua mereka ketiduran akibat keletihan selepas seharian menjelajah tanah tinggi Cameron.

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Where stories live. Discover now