30

390 15 0
                                    

Musibah

Murni meninggalkan lot parking. Berkira-kira mahu singgah dulu di pasaraya untuk membeli stok makanan segera.

Leka dia memenuhkan troli pasaraya dengan beberapa bungkus maggi, telur dan beberapa botol air mineral.   Selesai membayar barangan yang dibeli, dia terus melangkah keluar dari situ.

Kesemua barangan di sumbat ke dalam bonet kereta. Kemudian terus sahaja dia memandu pulang ke rumah. Tanpa menyedari keretanya diekori oleh sebuah kereta lain.

Hari Sabtu memang tidak banyak kedai yang dibuka di blok rumah kedai yang menjadi kediaman nya sejak lebih empat tahun lalu. Hanya satu bengkel kereta yang masih dibuka tetapi kelihatan kosong.

Barang-barang yang dibeli tadi dia keluarkan dari bonet. Selepas mengunci pintu kereta, terus dia melangkah menaiki tangga. Kunci rumah di keluarkan dari tas tangan.

Tiba-tiba dia mendengar derapan kaki seperti sedang menaiki tangga. Cepat-cepat dia membuka pintu dan cuba meloloskan diri masuk ke dalam rumah.

Namun tidak sempat untuk menutup pintu, apabila satu tangan menahan daun pintu dari tertutup. Daun pintu ditolak kasar, sehingga menyebabkan Murni terundur ke belakang dan terjatuh.

"Siapa kau, apa kau mahu dari aku!" Jerit Murni.

Dua orang lelaki berbadan tegap sedang berdiri dihadapannya. Detak jantungnya amat kencang. Murni dilanda ketakutan yang teramat sangat.

Pantas, mulutnya di tekup oleh lelaki tadi. Murni cuba meronta sambil memukul dan menendang lelaki itu. Namun lelaki itu terus menampar pipinya dengan kuat.

Kesan dari tamparan itu membuatkan Murni hampir pengsan. Lelaki-lelaki itu cuba melakukan sesuatu yang tidak baik kepadanya. Mulut Murni di plaster, tangan dan kakinya diikat.

'Ya Allah tolong aku,' rintih Murni.

Airmata semakin laju. Hanya doa dan bacaan ayat qursi yang mampu dibaca dalam saat genting itu. Tidak putus-putus dia berdoa. Semoga ada malaikat penyelamat datang membantunya.

"Wei, pompuan!" Suara garau lelaki itu bergema. Murni mengangkat muka. Wajah lelaki berparut dan berkepala botak itu dipandang.  Janggut dan misai dibiarkan tumbuh meliar, menampakkan raut wajah yang serabai dan bengis.

Wajah Murni diusap-usap dengan jarinya yang berkuku panjang. Sedaya upaya Murni menjauhkan mukanya dari terus dijamah. Mulutnya yang di plaster menghalang Murni dari berkata-kata.

Tubuh Murni diangkat dan di campakkan ke atas katil. Lelaki itu mula melakukan perkara yang menjijikan. Jeritan Murni hanya sampai di rengkung. Tiada suara yang kedengaran. Airmata terus mengalir. Doa dipanjatkan agar dirinya tidak di apa-apa kan.

Murni memejamkan mata. Dapat dia rasakan butang kemeja yang dipakai dibuka satu persatu. Tubuhnya ditindih oleh lelaki itu, menyebabkan dia tidak dapat bergerak. Mulutnya terus berzikir dan berzikir mengingati Allah.

Tiba-tiba, tubuh lelaki yang menindihnya seperti diangkat. Murni membuka mata. Dapat dia melihat satu tumbukan tepat mengenai wajah lelaki itu.

Zhafik!

Lelaki pertama sudah terbaring akibat tumbukan Zhafik. Kini dia berhadapan dengan seorang lagi lelaki berbadan tegap. Sebilah pisau dikeluarkan dari pakaiannya.

Zhafik terpaksa berhati-hati. Dia tidak bersenjata. Lelaki itu terus menyerang Zhafik. Sempat dielak oleh Zhafik, sehingga lelaki itu terdorong sedikit ke dinding. Dengan pantas Zhafik menyepak tangan lelaki itu. Pisau terlepas dari pegangannya.

Belum sempat lelaki itu memusingkan tubuhnya untuk menghadap Zhafik, satu tendangan padu mengenai celah kelangkang lelaki itu. Lelaki itu terduduk sambil mengerang kesakitan. Pisau yang terjatuh tadi diambil oleh Zhafik.

"Berambus kau dari sini, sebelum pisau ni aku kelar ke leher korang berdua." Suara Zhafik menjerit marah. Kelam kabut dua lelaki itu melarikan diri.

Zhafik menghampiri Murni yang masih terbaring. Diambilnya kain selimut lalu ditutupi tubuh Murni yang separuh terdedah.

"Maafkan saya," ucap Zhafik.

Plaster di mulut Murni di tarik perlahan-lahan. Ikatan tangan dan kaki Murni di leraikan satu persatu.

"Saya tunggu awak di luar. Kemaskan diri awak." Selesai Zhafik berkata begitu, dia terus bangun dan melangkah keluar.

Murni tidak henti-henti berbisik mengucapkan kesyukuran. Dia terus longlai dipembaringan. Menangisi segala yang terjadi.

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Where stories live. Discover now