59

286 14 0
                                    

Culik

Ada beberapa kali pegawai penyiasat datang ke rumah Pak Salleh. Keputusan bedah siasat yang di jalankan oleh pihak hospital masih belum diperolehi. Murni juga tidak ketinggalan diambil rakaman percakapan untuk menambah maklumat tepat mengenai kehilangan Khaier.

Khaier datang ke Kuala Lumpur bertemu Murni pada pagi sebelum mayat reput itu ditemui. Pihak polis membuat andaian awal, mayat itu bukan Khaier. Namun terpaksa menunggu ujian DNA dijalankan keatas mayat tersebut.

Ada sedikit kelegaan pada Pak Salleh dan Mak Mai. Jika betul Khaier ada berjumpa Murni, bermakna mayat itu sah bukan Khaier. Cuma sehingga kini mereka masih tidak menerima sebarang berita dari Khaier.

Sudah empat hari Murni berada di kampung. Sepanjang waktu dia hanya bersama Mak Mai. Sehingga Khaiera merasa sangat menyampah dengan Murni. Mereka lansung tidak bertegur sapa biarpun adakalanya Murni ingin menjelaskan perkara sebenar akan hubungannya dengan Khaier dan Hakim kepada Khaiera.

Malam itu agak dingin. Murni masuk tidur awal dari biasa. Selesai solat isyak, dia merebahkan diri di pembaringan. Cadangnya lusa dia mahu kembali bekerja. Hakim juga telah berjanji akan mengambilnya nanti.

Entah jam berapa dia ketiduran. Tiba-tiba sahaja dia terjaga. Suasana sekitar bilik agak kelam, hanya pantulan cahaya dari lampu kalimantang diluar rumah sedikit menorobos masuk melalui tingkap. Langsir terbuai-buai di tiup angin dari kipas siling.

Matanya hampir terkatup apabila sesuatu menekap mulutnya. Dia cuba menepis tetapi tangannya terkulai jatuh dan dia sudah tidak sedar apa-apa lagi.

*****

Murni terasa dingin. Agak terlalu lama dia ketiduran. Matanya dibuka sedikit demi sedikit. Cahaya matahari tepat mengena sebahagian mukanya.

Dia cuba menghalang cahaya yang memeritkan itu dengan tangan. Seketika baharu dia sedar, dia bukan lagi berada di dalam kamar tidur.

Bingkas dia bangun dan memerhatikan sekeliling. Dia binggung memikirkan di manakah dia berada sekarang.

Bilik itu hanya ada sebuah kerusi dan meja plastik. Ruangan untuk dia tidur tadi hanyalah sebuah tilam bujang yang sudah agak lusuh. Bilik itu berbau hapak serta berbau asap rokok.

"Dah bangun?"

Tegur satu suara lelaki. Hanya suara, tetapi siapa orang itu dia tidak pasti. Seolah lelaki itu sedang bersembunyi disebalik dinding.

"Siapa kau. Aku kat mana ni. Tolong jangan kurung aku disini!" Jerit Murni. 

Keadaan kembali sunyi. Liar matanya memandang segenap ruang.

"Shhhh, jangan jerit kuat-kuat. Jangan bimbang, kau selamat di sini." Ujar suara itu lagi.

"Lepaskan aku. Kenapa kau culik aku, aku nak balik!"

Perasaan takut mula menyelubungi. Murni memerhati ruangan bilik itu. Ada sebuah pintu dan tingkap. Murni berlari ke pintu. Tombol pintu dipulas, namun  ternyata ia berkunci. Kemudian dia menuju ke tingkap. Tingkap itu cuba ditolak, tetapi tidak boleh. Mungkin telah dikunci juga.

"Hahaha," kedengaran lelaki itu ketawa.

"Aku nak pergi cari makanan. Sekejap lagi aku datang. Jangan susah-susah nak larikan diri. Kau tak akan berjaya." Sambung lelaki itu lagi.

"Buka  pintu ni oii, tolong lepaskan aku." Murni cuba merapatkan dirinya dipintu.cuba mendengar sebarang pergerakan diluar bilik. Hanya bunyi unggas dan riang-riang bertingkah antara satu sama lain.

Suasana agak sunyi. Murni tidak dapat meneka dia berada dimana. Siapakah lelaki yang menculiknya. Akhirmya dia terduduk berhampiran pintu.

Tidak lama kemudian, pintu papan itu dibuka dari luar. Murni sedikit menginjak ke tepi.

Seorang lelaki berjaket hitam dan memakai topi memasuki bilik. Wajahnya disembunyi disebalik topeng muka berwarna hitam yang dipakai. Ditangannya terjinjing bungkusan plastik berisi dua bekas polisterin dan dua bungkus air minuman berais.

Dua botol air mineral bersaiz kecil dikepit antara tangan dan badan.

Semua barangan yang dibawa diletak di atas meja plastik. Dibuka satu persatu bungkusan tersebut. Air minuman di sangkut pada paku di dinding. Murni hanya memerhati pergerakan lelaki itu.

"Makan ni. Jangan tak makan. Kalau tak kau bakal mati kelaparan." Lelaki itu terus keluar sebaik sahaja habis berkata-kata. Pintu ditutup kembali.

Murni tidak sempat untuk melihat wajah lelaki itu. Dia bangun dan melangkah menuju meja plastik. Membuka salah satu polisterin. Isinya hanya nasi berserta ayam goreng dan sayur.

Pantas tangannya mencapai botol air mineral. Penutup botol dibuka. Dia duduk dikerusi lalu meneguk sedikit air didalam botol.

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Where stories live. Discover now