53

289 15 0
                                    

Salah sangka

Hakim mundar mandir dalam bilik pejabatnya. Perasaan tidak tenteram menghentak degupan agak laju dijantung.

Kenapa sejak akhir-akhir ini, wajah itu sering muncul dalam tidurnya. Bukan dia bermimpi, tapi lebih kepada terbayang seraut wajah mulus itu.

Sejak pertunangannya dengan Khadija putus hampir setahun lalu, dia kosongkan hatinya dari dihuni sesiapapun. Dia mahu ambil tempoh bertenang. Tidak mahu fikir soal kekasih hati. Biarlah dulu. Lagipun dia lelaki, lewat bertemu jodoh pun tak apa. Lelaki tidak mengapa jika kahwin lambat.

Tetapi hari ini, dia mula rasa tercabar, oh tidak, dia perlu lakukan sesuatu.

Ketukan di pintu pejabat kuat kedengaran. Murni menjengukkan wajahnya.

"Hai, Hakim. Awak busy tak petang nanti?" Tanpa basa basi, Murni terus bertanya.

Jantung Hakim yang sedia berdetak kencang, semakin terasa memukul dadanya. Spontan, jari tangannya menekan dada. Sudah macam orang kena serangan jantung pula keadaannya.

"Awak ok tak Hakim?"

Rasa cemas bila dilihatnya Hakim dalam keadaan sedikit pucat. Lebih-lebih lagi tangan lelaki itu sedang mengusap dada sendiri.

Hakim menggamit Murni masuk kedalam pejabatnya.

"Takde apa-apa. Saya okay." Hakim duduk di sofa. Murni masih berdiri memandang Hakim. Lelaki itu kelihatan mula bertenang.

"Err, petang ni nak ajak saya pergi mana. Dating ke? Suara Hakim terdengar perlahan sambil berdehem membetulkan peti suara yang seolah ada benda tersekat.

"Haah, jom date dengan saya nak. Saya nak ajak awak mencuba makanan kat restoren baru buka tu. Restoren Nyaman kalau tak silap namanya. Lepas tu nak minta awak temankan saya shopping dekat Sunway. Boleh?"

"Hmmm , boleh memang boleh. Tapi awak kena belanja sayalah."

"Ok, takde hal. Saya belanja."

"Ha ok. Nanti lepas office hours kita gerak, ujar Hakim.

Murni melangkah keluar dari bilik Hakim. Lelaki itu masih duduk di sofa. Botol air mineral yang memang ada di atas meja dicapai. Dibuka penutup botol dan air terus diteguk rakus.

******

Usai makan di Restoren Nyaman, Murni dan Hakim terus menyelusuri deretan kedai dan butik mewah yang terdapat di dalam pusat membeli belah terkenal itu.

Ketika leka memilih pakaian di sebuat butik, Murni secara tidak sengaja telah terlanggar dengan seseorang.

"Uhh, maaf tak sengaja." Murni memusingkan tubuh untuk melihat siapa yang melanggarnya.

"Ehh Khaiera. Tak sangka jumpa kat sini. Sejak bila ada kat KL?" Terkejut dia apabila melihat Khaiera di butik itu.

"Apa, akak ingat akak sorang je ke boleh duduk kat KL." Agak kasar Khaiera menjawab. Sehinggakan Murni tersentak mendengarnya.

"Err, maafkan akak. Akak tak tahu pula Khaiera dah duduk kat KL. Khaiera kerja dekat sini ke?" Tanyanya lagi. Setahu Murni, Khaiera masih belum habis belajar.

"Mana akak nak ambil tahu hal kami lagi sekarang kan. Sudahlah akak lukakan hati abang, lukakan hati mak dan ayah." Pertanyaan Murni tidak dijawab. Khaiera terus menerus menaikkan suara kepada Murni.

Hati Murni sedikit tercalar. Mungkinkah Khaiera terkesan dengan apa yang berlaku antara dia dan abangnya Khaier.

"Bukan macam tu. Khaiera tak faham situasi akak. Akak memang akan balik kampung jumpa mak dan ayah, tapi bukan sekarang." Murni tetap cuba menjawab dengan tenang.

"Akak tahu tak keadaan abang di kampung tu macam mana? Lansung tak terurus sejak akak tolak cinta abang. Akak buat abang merana sampai jadi macam orang sasau, macam orang gila!"

Suara tengkingan Khaiera menarik perhatian Hakim yang berada di pintu masuk butik. Hakim menghampiri Murni.

"Kenapa ni?"

Khaiera menoleh kearah lelaki itu.

"Ohh patutlah, dah ada buah hati rupanya. Ingatkan masih single. Patutlah tolak cinta abang Khaier. Rupanya dah ada kekasih hati." Murni tidak mampu berkata apa-apa. Hakim pula kelihatan tidak mengerti.

"Khaiera, awak dah salah faham. Akak dan Hakim tak ada hubungan apa-apa. Kami hanya kawan." Murni cuba menjelaskan kepada adik angkatnya itu.

"Ahh, akak ingat akak boleh bohongi saya. Sudah depan mata pun akak tak mahu mengaku lagi." Semburan amarah Khaiera terus berapi. Lansung Murni tak mampu untuk pertahankan diri apatah lagi untuk menjelaskan perkara sebenar.

Khaiera terus melangkah keluar dari butik. Murni dan Hakim hanya mengekori langkah Khaiera dengan pandangan mata.

Aku Dalam Dakapan Dia ✔Onde as histórias ganham vida. Descobre agora