MMR|1

58.8K 2.6K 398
                                    


           SEORANG gadis yang masih lena diulit mimpi indah itu mencelikkan mata bulatnya perlahan-lahan sambil terkebil-kebil. Dia menggosok mata bagi membuang segala sisa kantuk yang masih ada.

Mulut yang terbuka sedikit akibat menguap ditutup oleh tangan halusnya sambil mengeliat kecil. Bibir melepaskan keluhan.

Tubuh disandarkan pada kepala katil lalu mata bulat itu hanya memandang ke dinding. Dia tersenyum sedikit sebelum selimut tebal yang membalut tubuhnya itu ditolak ke tepi.

Kaki melangkah masuk ke bilik air. Berdiri di hadapan sinki, dia angkat wajah memandang cermin. Perlahan, sudut bibir dia melekuk lebar, tanda sedang tersenyum.

Bermata bundar, hidung yang mancung terletak, kening terukir sempurna dan berakhir pada dua ulas bibir yang merah bak delima itu.

Jemari halusnya mengelus wajah. Sejenak bibir dia melengkung ke bawah. Wajah ditundukkan ke bawah. Tangan ditahan pada sinki dengan bibir terketap kuat.

"Mawar?"

Dia menoleh.

"Mawar ada dalam bilik air ke?"

Meraup wajah, dia membasahkan wajahnya dengan air sinki. Nafas dihela panjang. Dengan langkah berat, dia keluar juga daripada bilik air.

Senyuman diukir nipis. "Ye mummy, ada apa cari Mawar?" Soalnya lembut.

"Ni mummy nak minta tolong Mawar pergi beli barang sikit boleh? Mummy ada perjumpaan dengan kawan persatuan mummy."

Mawar sekadar mengangguk. Tangan wanita itu dipegang kejap seraya mengatur langkah ke arah almari pakaian. Senyuman manis sempat diukir.

"Okey mummy. Bagi Mawar siap kejap eh? Hm ni nanti Mawar pergi dengan Pak Mat jelah. Malas nak naik grab. Heee." Mawar tersengih.

Jemari ligat menyelak sehelai demi sehelai pakaian yang tergantung.

"Tak payahlah. Ni nanti pergi dengan abang Nasa kamu je. Senang." Ujar Engku Naima santai.

Pergerakan jemari Mawar terhenti. Liur ditelan kesat. Sejurus itu, dia mencapai sahaja sehelai blouse berwarna biru lembut bersama seluar Palazo berwarna hitam.

Tubuh dipusingkan kembali menghadap Engku Naima. Senyumannya kali ini nampak sangat dibuat-buat. Tidak seikhlas awal tadi.

"Tapi mummy, abang baru je sampai semalam. Mesti dia penat. Takpalah, Mawar boleh je pergi sendiri." Ujarnya lembut. Dia cuba mengawal riak wajah.

Bibir sudah melepaskan keluhan dalam diam. Mawar tak mahu pergi dengan dia, getus Mawar dalam hati.

Engku Naima tersenyum sahaja mendengar kata-kata Mawar. Bahu Mawar ditepuk lembut beberapa kali. "Nasa yang offer nak hantar Mawar. Mungkin dia pun nak beli barang sekali."

Mawar menghembuskan nafas panjang sebelum mengangguk. Dia paksa diri untuk tersenyum meskipun hati dia dan Tuhan sahaja yang tahu apa yang dia rasai sekarang ini.

"Okeylah kalau macam tu. Hm, Mawar nak siap dulu ni. Belum mandi lagi." Kata Mawar lembut.

Seboleh-bolehnya dia cuba menjaga perasaan Engku Naima. Tidak mahu wanita itu terasa hati. Dalam masa yang sama, dia rasa keselamatan dia terancam.















Mawar Milik Raid[C]✅Where stories live. Discover now