MMR|31

36.2K 1.8K 222
                                    

Sengaja demi cinta




⚜⚜⚜








SESAMPAI saja di rumah, laju Mawar menghayun kaki untuk masuk. Peluh resah yang merinik di dahi, sudah tidak dihiraukan. Bibirnya terkumat-kamit berdoa semoga suami dia tidak apa-apa.

Lihatlah Mawar, meski berkali-kali disakiti, dia tetap bertahan demi duri yang pernah menghunus diri.

Menolak pintu kamar utama yang kini dihuni dia dan suami, kakinya diteruskan melangkah. Namun seketika langkahnya terhenti.

Mata mencari kelihat sang suami di atas katil, namun tidak ada. Keningnya berkerut. Aih, ke mana pula perginya suami dia?

Klak!

Tubuhnya dibalikkan menghadap belakang apabila pintu kamar tiba-tiba ditutup dan dikunci. Rentak jantungnya berdentam-dentum tidak semena-mena.

Figura tegap suaminya yang kini mencerlung tajam ke arahnya membuatkan dia hilang arah. Nak buka mulut tapi takut jika mengundang amarah sang suami.

Lantaran itu, Mawar sekadar menekur lantai sambil memejamkan mata. Sudah bersedia jika tangan kasar sang suami hinggap di tubuh atau di mukanya.

Tapi apa yang berlaku selepas itu membuatkan dia membuntangkan mata. Tak sangka. Tak sangka Engku Raid akan memeluknya dengan begitu erat.

"Kau ke mana? Tahu tak aku risau bila bangun je kau dah tak ada!" Lelaki itu tekan suara.

Mawar telan liur payah.

"Saya jumpa dengan Fayyadh kejap tadi," jawabnya jujur. Tak mungkin dia nak berbohong. Tak sanggup rasanya nak hadap api kemarahan sang suami.

"Lagi?"

"Apa yang laginya?" Dia menjongket kening.

"Ada siapa lagi?"

"Oh, Haris sepupu awak..."

Engku Raid angguk. Berkenaan Mawar ke mana, bertemu siapa, buat apa semuanya dia tahu. Tapi sengaja nak mendengar jawapan gadis itu sendiri. Nak uji sama ada Mawar menipu atau berterus terang.

"Awak marah saya lagi ke?"

Serta-merta riak wajah Engku Raid berubah. Tubuh Mawar ditolak kembali seraya membelakangkan Mawar, dia hadap ke balkoni.

Mawar menggaru kening. Aik? Merajuk. Sumpah ah? Sekarang ni siapa yang patut merajuk ni. Dia yang disakiti tapi dia juga yang perlu memujuk?

Kejam betul penulis tak bagi dia ketenangan langsung.

"Okey macam ni, saya minta maaf. Saya tahu apa yang saya cakap malam tu agak keterlaluan. Tapi awak pun bersalah juga! Awak pergi sana tak call, tak mesej saya langsung. Memanglah saya fikir macam-macam. Awak tu yang tak reti nak berterus terang. Saya letih tahu tak!"

Ha tengok, kan betul. Perempuan mana pernah salah. Dalam nak mengalah, tetap juga cari cara nak bela diri. Haha.

"So kau nak cakap semua ni salah aku?" Engku Raid berpeluh tubuh tapi masih tak menghadap Mawar. Eh beremosi betul.

"Ya memang salah awak!" Mawar tak nak kalah juga. Dan beginilah perbincangan mereka ternoktah. Masing-masing tak nak mengalah.

Tapi seketika Mawar teringat pesanan Tengku Fayyadh dan Engku Haris. Menghembus nafas, perlahan tangan dilingkarkan ke pinggang sang suami.

Mawar Milik Raid[C]✅Where stories live. Discover now