MMR|11

34.5K 1.8K 181
                                    

"Alah jomlah Mawar, senior Anas kata hari ni hari last dia dekat sini."

"Tak mahu." Mawar merengus. Tubuh Anna yang menghalang jalannya, dia tolak perlahan ke tepi.

"Mawar!"

Anna menarik tangan Mawar yang ingin menghempaskan tubuh ke atas katil itu. Bibir melepaskan keluhan kasar. Jarum jam di dinding dikerling sekilas.

Sudah lebih setengah jam dia memujuk Mawar supaya mengikut mereka sekali tetapi tidak berhasil. Keras benar hati gadis bernama Mawar Adelia ni!

"Mawar jomlah, apa guna kita datang sini tapi kau duk terperuk je dalam bilik."

"Kita janji nak jalan berdua je kan. Kenapa pula perlu ada mamat tu?"

Anna menggaru pelipisnya yang tidak gatal. Bibir dikemam lalu dia memetik jarinya tanda sudah mendapat idea. Senyuman sinis terlakar pada tubir bibirnya.

"Takpalah kalau macam tu, esok kau balik je sendiri. Aku tak nak tumpangkan kau."

Mawar terlongo apabila Anna selamba sahaja berkata begitu seolah tidak berperasaan. Dia boleh je balik sendiri tetapi terkejut mendengar kata-kata Anna.

Takkan sebab dia tak mahu ikut mereka keluar, dia akan ditinggalkan begitu saja? Ini merupakan suatu penganiyaan!

Matanya mengikut sahaja pergerakan Anna. Daripada gadis itu menilik penampilan di cermin, menyangkut beg silang di bahu dan akhirnya gadis itu berura-ura ingin melangkah keluar namun sempat ditahan olehnya.

"Ishh yalah-yalah. Tunggu aku sekejap." Dia mendengus.

Anna tersenyum kemenangan apabila melihat Mawar yang sudah melangkah ke arah bagasi merah milik gadis itu untuk mengambil pakaian.

Anna berjalan menuju ke arah pintu lalu dibuka pintu tersebut dengan kadar perlahan. Dia hanya membuka separuh, menjengulkan mukanya saja kepada orang di luar.

Dia tersengih apabila Anas menjongketkan kening sambil matanya tidak henti-henti melirik pada jam di pergelangan tangan. 

"Pisss, berjaya."

Anna menaikkan ibu jarinya kepada Anas sambil tersenyum lebar membuatkan lelaki itu turut tersenyum segaris. Anas berdehem pendek.

Anna kembali menutup semula pintu dengan perlahan-lahan. Punggung dilabuhkan pada birai katil sementara menunggu Mawar bersiap sebentar.

Bunyi deringan telefon Mawar sedikit mengejutkan Anna yang sedang termenung. Berkerut kecil, dia capai telefon Mawar lalu mengintai pintu bilik air yang masih tertutup.

Dia kerling skrin telefon itu.

Abang Nasa.

Yah, Mawar belum sempat menggantikan nama Engku Raid yang lama.

Anna membiarkan saja panggilan tersebut tidak berjawab. Namun dia rasa tertanya-tanya pula bila telefon Mawar tidak berhenti berbunyi. Mungkin ada kes kecemasan?

Patut ke dia jawab?

"Hello..." ya, dia jawab juga memandangkan perasaan tanda tanya yang membelenggu diri.

Mawar Milik Raid[C]✅Where stories live. Discover now