MMR|9

34.5K 1.8K 199
                                    

        MATA sesekali menjeling ke sebelah. Sudut bibir ternaik sikit, senyuman sinis diukir. Rasa puas apabila melihat riak ketakutan yang jelas terpapar di wajah bunganya.

Mawar Adelia, perempuan miliknya.

Katakan saja dia gila atau tidak waras tetapi semua itu tidak boleh mengubah hakikat bahawa Mawar sudah miliknya sejak pertama kali dia beradu mata dengan gadis itu.

Ya, mungkin dia gila. Dia gilakan seorang Mawar yang langsung tidak pernah memandangnya. Bahkan gadis itu langsung tidak menyukainya.

Tetapi prinsip dia hanya satu.

What he wants, he gets. He will get her no matter what even though he needs to kill someone.

Dan menjadikan Mawar sebagai miliknya merupakan salah satu rancangan yang telah lama dia fikirkan. Sampai satu masa nanti, dia sendiri yang akan jerat Mawar.

Akan tiba waktu itu, Mawar tidak boleh pergi dari hidupnya lagi. Mawar akan terjerat dengan dia buat selamanya. Itu janjinya.

"Awak nak bawa saya ke mana?"

Mawar akhirnya bersuara sekaligus memecahkan kesunyian yang membelenggu. Engku Raid nampak, jemari halus Mawar sudah menggeletar.

Bukan sejuk tetapi gadis itu terlampau takut.

"A date?" Nadanya seperti sedang menyoal. Engku Raid tertawa halus apabila melihat Mawar berkerut hairan.

"Yeah, let's go for a date." Katanya lagi.

Dan kali ini barulah Mawar mengerti. Gadis itu mengangguk seraya mengalihkan pandangan ke luar. Sesekali bibir melepaskan keluhan panjang.

Bilalah dia akan mendapatkan kebebasan hidup daripada Engku Raid. Dia seolah-olah menjadi tawanan lelaki itu. Sejak dia naik tingkatan 3, dia langsung tidak mempunyai kawan lelaki.

Jika ada pun hanya untuk sebentar. Dan selepas beberapa hari kemudian, mereka akan menjauhkan diri daripadanya. Dia tahu semua itu kerja Engku Raid. Lelaki itu yang mengugut mereka.

Sehingga sekarang, dia hanya ada Anna saja yang masih betul-betul ada dengannya. Tapi dia tidak tahulah apa yang akan jadi jika Anna mengetahui perkara sebenar. Adakah gadis itu akan membuangnya juga?

Mungkin Anna akan rasa jijik dengan dia? Hm.

"Tiga hari aku tak jumpa kau. Aku dah mula rindukan kau Mawar."

Mawar telan kesat liurnya. Janganlah Engku Raid tahu bahawa dia sengaja mengelakkan diri daripada bertemu lelaki itu. Malah di kolej pun seboleh-bolehnya dia menyorokkan diri agar lelaki itu tidak perasan akan dirinya.

"I missed your warm body..."

Sumpah, Mawar jijik mendengar kata-kata Engku Raid. Air mata yang menitis perlahan terus dihapuskan. Mengapa dia perlu jadi lemah macam ini?

Merasakan jemari Engku Raid mula mengelus pahanya, dia mengetap bibir. Tangan lelaki itu ditepis. Nafasnya mulai tidak teratur. Dia marah tetapi tidak mampu untuk meluahkan.

"Stop doing this to me Engku Raid Nasaie." Mawar menjeling sekilas. Tangan dikepal membentuk sebuah penumbuk.

Engku Raid tertawa lagi. Suka pula melihat Mawar yang seakan marah kepadanya. Pandai juga gadis itu melawan. Tangan Mawar diraih selamba lalu diletakkan di atas pahanya.

Melihatkan Mawar seakan meronta, mahu menarik kembali tangannya, pandangannya berubah tajam. Cengkaman pada tangan Mawar dikuatkan membuatkan gadis itu sedikit meringis.

Mawar Milik Raid[C]✅Where stories live. Discover now