MMR|21

33.9K 1.9K 232
                                    

Life is full of fake people

⚜⚜⚜








LAMUNANNYA tersentak apabila merasakan bahu dicuit. Pantas kepala ditoleh ke sebelah dengan kening terangkat. Bibirnya bergerak-gerak perlahan.

"Lama aku nampak kau termenung. Fikir apa?" soal Anna yang sudah pun mengambil tempat di depan Mawar. Beg silang diletakkan di sebelah.

Menghembus nafas, Mawar menggeleng. "Nothing." Jawab gadis itu mudah.

Anna mengerutkan kening. Ada rasa curiga dan tanda tanya dalam dirinya sekarang ini. Mawar tak pernah macam ini. Lemah saja nak jawab pun. Macam tak ada mood.

Kekura tangan Mawar di atas meja, diramas perlahan. "Kau okey ke tak ni babe? Lemah semacam aje."

Mawar memejamkan mata sebentar. Dia menggeleng lagi. Tangannya ditarik semula membuatkan Anna makin bertambah hairan dengan tingkah temannya itu.

"Aku okey, cuma tak sedap badan sikit."

"Kau mengandung ke?"

Mawar membulatkan mata lalu bahu Anna ditampar kuat membuatkan gadis itu meringis. Dia pandang sekeliling. Menghela nafas lega kerana nasib tidak ada yang mendengar.

"Kau gila ke? Mengandung kejadahnya kalau aku kahwin pun belum." Bidas Mawar dalam keadaan berbisik meskipun dia tipu je. Takkan dia nak mengaku yang dia dah jadi isteri orang.

Malah dah dekat tiga bulan juga statusnya bertukar. Dan untungnya dia kerana masih tidak sesiapa yang tahu akan itu. Engku Raid pula sudah tidak membuka hal itu. Jadi dia pun diam saja. Tak ada niat nak menguar-uarkan kepada orang lain.

"Aku cakap je, manalah tahu kan..." Anna berpura-pura sengih.

Riak wajah Mawar berubah mendengar kata-kata Anna. Tapi tak mahu tunjukkan sangat bahawa dia agak terkesan. Lantaran itu, dia menjuih bibir ke depan.

"Mengarutlah kau ni."

Anna angkat bahu. Sejenak, dia membulatkan mulut, baru teringatkan sesuatu yang ingin dikongsi bersama Mawar.

"Oh ya Mawar!" Nada suaranya berubah ceria.

"Hm?"

"Semalam kan, aku ada jumpa dengan Engku Raid! Hiks, aku rasa kita orang memang berjodohlah," ujar Anna dengan senyuman lebar.

Dia tompangkan tangan di bawah dagu seraya memandang tepat ke dalam anak mata Mawar. Sesekali dia ketawa kecil apabila melihat perubahan pada wajah temannya itu.

'Jodoh ke bodoh, laki aku tu hanat.'Gumam Mawar dalam hati.

"Oh...jumpa dekat mana?"

"Hotel daddy aku. Yalah, daddy aku dengan dia kan ada hubungan kerjasama projek dia orang. Tak sangkalah pula dapat jumpa dia semalam."

Mawar mengangguk. Tiba-tiba dia jadi tak ada mood nak berbual tentang Engku Raid. Bukan apa, si Anna ni jenis cepat tangkap ekspresi wajah orang.

"Lepas tu, kau nak tahu lagi tak?"

"Hm apa?" soal Mawar bernada malas. Jelas dia agak kurang selesa dengan topik perbualan mereka sekarang ini.

Mawar Milik Raid[C]✅Where stories live. Discover now