MMR|24

32.1K 1.9K 167
                                    

Just pretend to be okay


⚜⚜⚜







"Hmmphh!"

Dengan kaki, tangan dan mulut yang terikat kuat, dia masih cuba untuk menjerit. Pertolongan harus dicari, tak kira walau apa pun yang terjadi.

Matanya merenung sekujur tubuh kecil yang terbaring menutup mata tidak jauh daripadanya. Kembali menutup mata, dia cuba teriak sekuat yang mungkin.

"Hmmmphhh! Hmphh!"

Air mata mengalir semakin lebat. 'Bangun Rasha! Bangun!' Jeritnya hanya mampu terluah dalam hati.

Dan ironinya, tidak lama kemudian tubuh kecil yang meringkuk tadi perlahan-lahan bergerak. Tubuh yang menggigil akibat kesejukan di atas lantai simen ditambah dengan kesan luka yang terdedah, membuatkan seluruh tubuh terasa kebas.

Perlahan dia membuka mata. Seluruh wajahnya dipenuhi kesan luka dan lebam. Bahagian atas kening ada kesan terkoyak. Pandangannya masih kabur.

"Ra...Raid..." Kelopak matanya terkedip perlahan.

"Hmphhh!" Melihat rontaan budak lelaki yang terikat di atas kerusi itu membuatkan dia tersenyum lemah.

Berbekalkan baki tenaga yang masih tersisa cukup-cukup makan, dia gagah bangkit. Kaki yang terasa pedih mencengkam disentuh. Sesekali dia meringis pedih.

Semalam kaki dia telah diketuk menggunakan penukul kayu.

"Ra...Raid..." Sekali lagi dia memanggil.

Tidak mampu untuk berjalan, dia terpaksa mengesotkan tubuh. Jemari yang menggigil naik mengusap pipi budak lelaki itu. Lalu mereka saling berpandangan antara satu sama lain dengan pelbagai perasaan.

Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi satu letupan besar menyentakkan kedua-dua orang kanak-kanak itu. Budak lelaki yang masih terikat di kerusi itu terus menggoyangkan tubuh, tanda supaya melepaskan ikatannya.

"Hmphh!"

Jemari halus yang menggigil cuba merungkai ikatan kuat yang membelit tubuh budak lelaki tersebut. Atmosfera mereka terasa makin panas dengan asap tebal yang merebak ke seluruh ruang itu.

Beberapa kali percubaan, barulah ikatan tersebut berjaya dirungkai. Dan tidak lama kemudian, tubuh lemah tadi terus jatuh ke lantai membuatkan budak lelaki tersebut bertukar cemas.

"Rasha bangun! Kita kena lari sekarang!"

"Ra...Rasha ta...tak larat. Raid per...pergilah uhuk! Uhuk!" Mata budak perempuan itu bertukar sayu. Kepala digelengkan dengan senyuman lemah.

"Rasha jangan macam ni, kita kena keluar sekarang!" Tubuh kecil budak perempuan itu cuba dipapah. Namun dek kerana asap yang semakin tebal membuatkan dia turut terkena tempiasnya, turut terbatuk kuat.

"Uhuk! Uhukk!"

"Pe...pergilah Raid, tinggalkan Rasha. Ta...tapi Rasha harap Raid takkan lupakan Rasha. Ra...Rasha sayang Raid. Raid masih ingat janji Raid kan? Jaga diri Raid..."

Mawar Milik Raid[C]✅Where stories live. Discover now