MMR|30

35.1K 1.9K 156
                                    


Biarku simpan semuanya

⚜⚜⚜










Bam!

Bam!

Bam!

Dia menggigit bibir sendiri tatkala mendengar bunyi hempasan itu. Cuba untuk tidak menghiraukan bunyi itu tetapi hati dia pula mengatakan sebaliknya.

Dan kini dia berada di hadapan sebuah bilik. Yakni bilik kerja Engku Raid.

Meskipun masih ada rasa sakit yang tersisa tetapi dia tidak mementingkan diri sendiri. Lebih-lebih lagi apabila Tengku Fayyadh ada menghubungi dia beberapa jam yang lepas agar sentiasa memantau keadaan Engku Raid.

Tengku Fayyadh sudah berpesan kepadanya agar tidak membiarkan Engku Raid seorang diri dalam keadaan beremosi. Kerana lelaki itu boleh bertindak di luar kawalan.

Mungkin dalam hal ini, ada salahnya juga. Dia juga terlampau emosi semalam sehingga menyembur suaminya dengan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya.

"Raid...bukalah pintu ni." Hampir setengah jam dia cuba memujuk Engku Raid untuk membuka pintu. Namun, apa yang dia dengar hanyalah dengusan kasar dan sesekali bunyi sesuatu dihempas ke lantai.

"Raid—"

Kata-katanya terhenti apabila pintu tersebut dibuka. Tidak sempat dia nak berkata apa-apa, tubuhnya terlebih dahulu ditarik kasar supaya masuk.

Tubuhnya ditolak ke sofa berhampiran. Membuntang matanya melihat keadaan suami dia sekarang ini. Liur ditelan pahit. Keadaan ruang bilik kerja ini juga kelihatan seperti tongkang pecah.

Klak!

Mawar mencari anak mata hazel Engku Raid. Dia tak tahu atas tujuan apa lelaki itu mengunci pintu. Cuma apa yang dia rasa sekarang ini adalah ketakutan.

Dia benar-benar takut melihat perubahan emosi Engku Raid.

Yang mana sekarang ini lelaki itu sedang merenungnya tajam seakan mahu menyiat-nyiat kulit tubuhnya. Pandangan suaminya juga tidak seperti selalu.

Engku Raid seakan-akan menjadi orang lain.

"Raid kenapa—"

"Kau datang sini atas kerelaan kau."

Keningnya berkerut mendengar kata-kata Engku Raid. Sungguh, dia tak faham langsung dengan maksud di sebalik kata-kata itu. Kerelaan apa pula ni?

"Kau tak sepatutnya datang ke sini Mawar." Lelaki itu tersenyum sinis. Tanpa sebarang amaran, dia terus cengkam leher Mawar membuatkan gadis itu meronta kuat.

"Ra...Raid!" Nafas Mawar tersekat-sekat.

Tetapi Engku Raid seakan tidak mendapat kesedaran. Dia berterusan membiarkan Mawar terkapai-kapai mencari oksigen. Hingga akhirnya melihatkan rontaan Mawar semakin lemah, dia terus melepaskan gadis itu.

Mawar terbatuk-batuk. Tercungap dia mengumpul seberapa banyak udara yang mungkin. Lehernya terasa perit. Matanya berair.

"Pergi," arah Engku Raid beku.

Mawar Milik Raid[C]✅Where stories live. Discover now