MMR|44- LAST

44K 1.9K 258
                                    

Biar kisah cinta kita terpatri dalam diarimu

⚜⚜⚜









PIPI tembam cerah itu dicuit-cuit menggunakan jari telunjuk. Tak terlalu kuat, sekadar ingin bermain. Sesekali dia ketawa apabila mata bulat itu merenungnya polos. Terkedip-kedip tidak mengerti.

Sang ibu pun senyum. Rambut keperangan asli bayi tersebut diacak lembut. Lalu tanpa sebarang amaran, cepat-cepat bibir dia berlabuh ke puncak kepala sang anak.

"Amboi sayang. Kalau dengan Haidar, sampai tak ingat suami depan mata."

Mendengar suara itu seakan berjauh hati, Mawar lekas-lekas mengangkat wajah. Kening dijongketkan kepada suaminya, Engku Raid. Lelaki itu kelihatan tenang, duduk di atas sebuah kerusi roda.

Tapi Mawar tahu, Engku Raid mahukan perhatian dia. Alahai.

"Abang ni, takkan dengan Haidar pun cemburu.  Cakap bukan main nak anak sedozen. Ni kalau baru Haidar sorang ada depan mata, dah cemburu macam ni. Hm gamaknya tak rasa kasih sayanglah anak-anak kita nanti," selorohnya seraya ketawa kecil.

Wajah cemberut Engku Raid, dia kerling dengan ekor mata. Terjuih-juih bibir lelaki itu memandang Mawar. Dia pasang wajah masam sembari menghalakan wajah ke arah lain.

Berpura-pura tak sudi memandang wajah isterinya. Mengada kau ya, orang tua?

Bukan nak memujuk, sebaliknya Mawar ketawa saja melihat wajah masam Engku Raid. Alahai, abang mengada sangat ni. Mawar geleng kepala. Melihat Engku Raid yang ingin menolak roda kerusi rodanya, cepat-cepat Mawar menghentikan tawa.

Dia berdehem perlahan, cuba sembunyi senyum. Perlahan jemarinya naik mengacak rambut Engku Raid. Beberapa detik selepas itu, bibirnya laju saja melekap di pipi lelaki berwajah masam itu.

Tapi Engku Raid masih tidak terpujuk. Rajuknya makin bertambah-tambah sejak akhir-akhir ini.  Kasihan, kurang kasih sayang agaknya. Haha.

"Abang tak mau merajuk. Hodohlah orang tua merajuk."

Dan Mawar pula memang suka mengusik. Suka melihat wajah cemberut suaminya. Tapi terkadang dia juga kena sakat oleh lelaki itu. Engku Raid kalau menyakat dia, lagilah tak ingat dunia.

Tetapi cuma sebentar. Bila dia keluarkan kuasa veto seorang isteri, hah tahulah lelaki itu memujuknya kembali. Sanggup beli itu ini, tapi bukan itu yang Mawar mahukan.

Kata cinta tak boleh dibeli guna wang.

"Sayang ni, suka sakat abang..." Perlahan saja suara Engku Raid, antara dengar tak dengar.

"Eleh, abang lupa ke semalam abang buat apa dekat Mawar? Lagi teruk tau!" Mawar jelir lidah. Ibu jarinya mencuit pipi Engku Raid dengan senyuman kemenangan.

Engku Raid selak semula layar ingat. Nak ingat kembali jika-jika semalam dia ada buat sesuatu yang membuatkan Mawar rasa sakit hati. Sejenak, keningnya berkerut.

Tapi rasanya dia tak ada buat apa-apa pun—

Ah ya, dia baru teringat! Semalam dia terbuang  selendang kegemaran Mawar. Lah, pada mulanya dia fikirnya ianya adalah kain buruk. Manalah dia tahu. Ceit!

"Abang tak sengaja okey? Selendang tu, nanti abang boleh beli lagi. Ha Mawar cakap je nak jenis macam mana," ujarnya bangga.

Mawar merengus perlahan. "Abang ni, abang tak ingat ke selendang tu abang yang beri dulu! Waktu hari jadi Mawar ke-16 tahun!"

Engku Raid bulatkan mata. Kening yang tidak gatal, dia garu. Rasa serba salah pula apabila melihat Mawar seakan mahu menangis. Tapi tak sangka pula Mawar masih simpan hadiah pemberiannya.

Mawar Milik Raid[C]✅Where stories live. Discover now