MMR|41

30.7K 1.8K 128
                                    

Mungkin buat kali terakhir







⚜⚜⚜









PUAS dengan hasil kerjanya, ikatan pada tubuh Engku Raid dilepaskan. Tidak semena-mena tubuh lelaki itu rebah ke lantai. Dia benar-benar puas hati setelah berjaya menumbuk lelaki itu berkali-kali.

Bercangkung di hadapan Engku Raid, rambut lelaki itu dicengkam lalu didongakkan wajah lelaki itu supaya memandangnya. Darah merah yang mengalir melalui hidung dan bibir lelaki itu membuatkan dia ketawa kuat.

Pipi Engku Raid ditepuk berkali-kali. Meskipun sudah tidak larat, namun Engku Raid masih gagah membuka mata. Pandangannya berbalam-balam. Dia mencari Mawar.

"Mawar..." Lemah suaranya. Mata dia mulai merah. Tumbukan demi tumbukan yang dilayangkan ke wajahnya membuatkan dia tidak dapat menampung tubuh.

Dada mulai diasak resah. Ke mana perginya Tengku Fayyadh? Dia merengus dalam hati. Jika begini caranya, dia tak pasti jika dia mampu menyelamatkan Mawar atau tidak.

"Lepaskan suami aku! Anas tolonglah lepaskan dia!" Sedari tadi, Mawar jerit tanpa henti. Dada Anas ditumbuk kuat apabila lelaki itu menahan langkahnya daripada mendekati Engku Raid.

Air mata mengalir laju. Lencun habis wajah dia.

Assir berhenti ketawa. Mata melirik ke arah Mawar sejenak. Kening diangkat sebelah. Sepertinya ada sesuatu yang bermain di fikiran. Mungkin sesuatu yang akan menyenangkan dia.

"Let's make a deal." ujarnya tiba-tiba. Bibir memiring sinis.

"Aku akan lepaskan bini kau. Tapi-"

Jeda.

Dia sengaja ingin melihat reaksi Engku Raid yang kelihatan terdesak. Dia tahu, lelaki itu sanggup buat apa saja asalkan Mawar selamat. Ianya merupakan satu bonus kepada Assir kerana sudah mengetahui satu-satunya kelemahan lelaki itu.

"Aku nak kau serahkan semua harta kau, atas nama aku. Syarikat kau, rumah kau, segala harta kau. Letak atas nama aku. Termasuk harta bapak kau." Sambungnya.

Jatuh rahang Mawar mendengar permintaan Assir. Ianya bukan permintaan pun tetapi lebih kepada arahan sebenarnya. Dan Mawar tidak akan membenarkan semua itu terjadi.

"Tak Raid, jangan buat macam tu! Jangan dengar cakap orang tua gila ni!" jerit Mawar membuatkan pandangan Assir tajam memanah kepada gadis itu.

Berbahang seluruh badan Assir. Kaki dihayun laju ke arah Mawar. Lalu tanpa sebarang amaran, dia hayunkan tapak tangan ke wajah gadis itu. Terteleng wajah Mawar dibuatnya.

"Ja...jangan sentuh Mawar!" Engku Raid memejamkan mata. Berbekalkan sekelumit baki tenaga yang masih ada, dia cuba bangkit. Tangan dipautkan ke kerusi. Sesekali dia berdesis.

"Kau jangan nak kurang ajar dengan aku, perempuan!" Tangan Assir sekali lagi ingin dihayunkan ke wajah Mawar, namun Anas cepat-cepat menghalang.

Membuatkan Assir berdecit. "Kau bernasib baik sebab anak aku nakkan kau, perempuan bodoh!" jerkahnya tepat-tepat di depan muka Mawar.

Assir memalingkan wajah daripada Mawar. Kini bebola matanya mencari wajah lemah Engku Raid. Ternyata lelaki itu masih gagah berdiri dan ingin melangkah ke arahnya. Dia sikit pun tidak berganjak.

Sekadar mendepakan tangan, menunggu detik langkah Engku Raid berhenti di depannya.

"So macam mana? Menarik bukan-"

Mawar Milik Raid[C]✅Where stories live. Discover now