MMR|3

47.7K 2.1K 174
                                    

Mawar hanya memandang ke luar balkoni. Seketika dia mengeluh halus apabila teringat akan kejadian yang berlaku tempoh hari.

Sungguh dirinya masih berasa takut apabila memikirkan lelaki itu melakukan perbuatan yang agak gila di pemikirannya.

Mawar memegang lehernya yang kosong itu. Dia menggeleng perlahan. Entah di mana lagi dia harus mencari rantai lehernya.

Rantai leher pemberian arwah neneknya.

Seketika dia berkerut apabila dirinya terasa diperhatikan. Dia memandang kembali ke luar dan melihat ke arah kanan.

Membulat mata dia apabila melihat Engku Raid sedang berdiri di balkoni bilik sebelah dengan hanya memakai seluar pendek paras lutut dan tidak berbaju sambil menatapnya tajam.

Dia segera berlari masuk ke dalam bilik lalu ditutup dan dikunci rapat pintu gelongsor itu. Dada berdegup kencang. Wajah diraup kasar dengan mata terpejam.

Sungguh, dia mahu keluar dari rumah ini. Namun, apa dayanya.

Engku Raid yang melihat reaksi gadis itu hanya tersenyum sinis. Dia mengambil sebatang rokok lalu dicucuh menggunakan pemetik api.

Disedut rokok tersebut lalu dihembuskan kembali ke udara. Berkepuk-kepuk asap tersebut berterbangan di udara segar pada pagi itu.

Dia bukanlah perokok tegar, kadang-kadang sahaja dia akan menggunakan perkhidmatan rokok itu bagi menghilangkan kekusutan yang dialaminya.

"Hmm, rokok ni sama rasa seperti kau sayang..."

"Always make me addicted..." sambungnya dengan mata terpejam.

Engku Raid duduk di atas sebuah kerusi yang ada di situ lalu dia menyandarkan tubuh terdedahnya. Baginya reaksi yang dipaparkan oleh Mawar tadi amat melucukan.

"Mungkin aku perlu beri kau sedikit amaran..." ujarnya perlahan seorang diri.

Gila.

"Aku ingin kau berada dalam sangkar emas aku, sama ada kau suka ataupun tidak."

"Mungkin tak lama lagi..." Dia seolah berbual dengan diri sendiri.

Bibir digigit perlahan lalu dia membuang puntung rokok ke dalam bekas habuk rokok. Dia bingkas bangun lalu masuk semula ke dalam biliknya. Bilik mandinya dituju bersama tuala mandi.





Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Mawar Milik Raid[C]✅Where stories live. Discover now