MMR|42

32K 1.7K 110
                                    

Engkau Mawar, hela nafas yang tak mungkin aku lepaskan








⚜⚜⚜








SUARA para doktor sayup-sayup mengalun di telinga. Dada semakin terasa sesak, seperti diasak. Berhimpitan di ruang sempit. Jemarinya kaku, tidak mampu digerakkan meski seinci.

Makin berusaha mencari nafas, makin besar rasa sakit yang menghimpit dada.

Ma...Mawar...

"Detak jantung pesakit makin lemah!"

Aku minta maaf...

Air mata mengalir meskipun mata terpejam rapat. Tubuhnya kaku. Tiada apa yang mampu digerakkan meskipun hati separuh mati ingin menjerit. Bibirnya bagai terkunci.

Dada berombak kencang. Bunyi alat patient monitor makin kuat berbunyi tanpa henti. Atmosfera terasa makin hangat. Para doktor dan ahli perubatan yang mengawal keadaan cemas mula mengeluarkan peralatan perubatan.

"Doktor, bekalan oksigen pesakit makin menurun!"

Aku janji akan ada dengan kau dan anak-anak kita...

Doktor yang bertugas sudah mula menyediakan peralatan perubatan. Defibrilator dipegang di kedua-dua belah tangan. Bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.

"Awak nanti waktu saya nak bersalin, saya harap awak ada di sisi saya tau! Saya takut..." Bibir sang isteri tersebek. Lengan suaminya dirangkul erat.

Layar ingatan diselak, mengimbas kembali episod-episod indah bersama sang isteri, belahan jantung dia. Mungkin tak banyak lakaran indah dalam kisah percintaan mereka tetapi ianya adalah memori yang paling tidak terlupakan.

Memori yang akan kekal menjadi milik dia.

Mawar Adelia, sebaris nama itu. Sebaris nama yang tidak pernah tergantikan dalam hatinya. Mawar yang menjadi hela nafas yang tidak akan dia lepaskan.

Mawar yang telah dia rosakkan. Mawar yang dia sendiri layukan lalu dia semai kembali dengan 'benih' cinta sebagai pengikat hubungan mereka.

Bakal anak-anak mereka yang bakal Mawar lahirkan, berbin dan berbintikan Engku Raid Nasaie. 'Benih' itu ditabur untuk mengikat Mawar. Mengikat Mawar agar tidak terlepas daripadanya.

"Kalau anak kita lelaki, saya nak letak nama dia-erm ha! Raden!"

"Iya? Kalau perempuan?" Rangkulan di pinggang sang isteri, dieratkan.

"Kalau perempuan erm..." Bibir tersenyum hangat, memandang tanpa suara isterinya berceloteh tanpa henti. Menunggu detik-detik bakal putera dan puteri mereka dilahirkan, kelak.

Mungkin ini adalah pengakhirannya. Mungkin ini cara dosa-dosanya ditebus. Dosa yang tidak terhitung banyaknya. Banyaknya seperti buih-buih di lautan.

Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu yang berdosa. Penuh dengan noda-noda dan cela tanpa noktah.

"Keadaan pesakit makin merosot!" Laungan itu sekaligus menambahkan rasa cemas para doktor pakar di situ. Masing-masing tidak menang tangan.

Selalu ingat, di balik ujian yang engkau anggap menyakitkan, ada gumpalan dosa dan noda yang Allah telah gugurkan. Iaitu titik-titik pengakhiran sebuah ujian.

Mawar Milik Raid[C]✅Where stories live. Discover now