MMR|26

33K 1.9K 133
                                    


Can't trust you



⚜⚜⚜







"Sekarang baru ingat nak balik?"

Kaki yang baru saja melangkah masuk ke dalam bilik tidur itu serta-merta terhenti. Dia pantas mendongak mencari punca suara itu kedengaran.

Dia menunduk apabila terlihat figura seorang lelaki sedang duduk bersenang-lenang di atas sebuah sofa mini di dalam bilik tersebut.

Ditilik pemakaian lelaki itu dari atas hingga bawah. Masih berpakaian pejabat dengan tali leher yang sudah dilonggarkan. Lengan kemeja putih yang dipakai turut sudah dilipat hingga ke siku memaparkan lengan berotot milik lelaki itu.

Seketika matanya beralih kepada satu benda yang berada di atas meja kopi bersebelahan lelaki itu. Bibir diketap. Meskipun dia semakin terasa gugup, namun dia tetap gagahkan kaki untuk melangkah.

"Stop."

Langkahnya terhenti hanya setakat di tengah ruang bilik saja tatkala melihat lelaki itu mengangkat tangan, mengarah supaya dia tidak datang merapat.

Dia hanya diam memerhatikan sahaja tingkah laku Engku Raid yang sedang bermain dengan sepucuk pistol berwarna hitam keemasan itu dengan wajah menunduk.

Kedinginan pendingin hawa semakin kuat mencengkam hingga ke temulang dalam tatkala Engku Raid dengan sengajanya menurunkan lagi suhu alat tersebut.

"Where were you going today?" Suara berat Engku Raid seakan menampar permukaan telinganya. Memaksa-maksa supaya suara itu bergema di pendengarannya.

"Sa...saya pergi kelas." Gugup sang isteri bersuara.

"And what is the time now?" Engku Raid memulangkan soalan lagi.

Anak mata Mawar automatik melirik kepada jam besar yang tergantung di dinding di sebelahnya. Bibir digigit resah.

Jam 9:30 malam.

Mata kembali beralih kepada Engku Raid. Jemari sudah meramas-ramas sisi kemeja yang dipakai sehingga menghasilkan sedikit kedutan. Apabila mata helang Engku Raid menyinggah padanya, refleks dia menundukkan wajah.

"Kau tahu tak..." Ayat itu sengaja digantung. Dia menjeda beberapa detik.

Pistol yang berada di atas meja, kini pantas berada dalam genggaman lalu diputar perlahan. Lidah ditolak ke isi pipi "...aku tunggu kau dari petang tadi, Mawar."

"Ma...maaf. Tadi saya singgah rumah papa kejap. Saya tak pergi mana-mana pun. Saya ada dengan mama je sepanjang hari ni. Kalau awak tak percaya, Haikal dengan Kane boleh jadi saksi-"

Kata-kata Mawar terhenti apabila mendengar tawaan halus Engku Raid. Bahu lelaki itu terhinjut-hinjut kerana ketawa. Dan Mawar dibiarkan kebingungan di depannya.

"Kenapa ketawa? Saya serius ni!" Kata Mawar bersungguh-sungguh.

Engku Raid berdehem pendek lalu wajahnya berubah kosong, seolah-olah dia tidak ketawa beberapa detik yang lepas. Mengangkat punggung daripada sofa, dia berdiri tegak di depan Mawar.

Tangannya dijatuhkan ke atas bahu Mawar. Meramas perlahan dan gerakan jemarinya semakin turun ke lengan lalu ke kekura tangan sang isteri.

"Awak?"

"Hm?" Engku Raid bergumam. Tak sedar bahawa dia ralit meramas perlahan jemari isterinya. Mata tidak lepas daripada merenung jemari comel Mawar.

"Kenapa-"

Mawar Milik Raid[C]✅Where stories live. Discover now