MMR|37

32.9K 2K 94
                                    

Episod duka


⚜⚜⚜









"Alaaa bolehlah awak, kejap je. Jangan risau, Kane dengan Haikal ada. Saya janji tak lama..." Suara itu makin lama kedengaran meleret.

Menghembus nafas, dia berdehem pendek. Jemari yang berlingkar pada badan pen, dilepaskan satu persatu. Lalu tubuh disandar ke kerusi.

Nak kata tak boleh, takut sang isteri merajuk.

Nak kata boleh, hati pula berat nak beri keizinan.

Lantaran itu, bibirnya membuang keluh lagi. Jemari naik menekan-nekan dahi. Cuba mengurangkan rasa sakit yang menyengat ke kepala.

"Awak bolehlah...pwish?" Lunaknya suara itu membuatkan dia menelan liur payah.

"Kau nak ke mana? Tak payahlah keluar, dengan perut boyot kau tu." Dia mereka alasan lain agar sang isteri menguburkan niat untuk berterusan meminta izin untuk keluar.

Bukan niatnya untuk mengurung Mawar di rumah setiap masa, tapi demi keselamatan Mawar, itu adalah rancangan yang terbaik. Mungkin buat masa ini.

"Sampai hati awak...awak tak sayang saya..."

'Sebab sayanglah aku tak benarkan...' batinnya menjawab.

Bibir merahnya bergerak-gerak. Nak membalas tetapi hanya keluhan yang mampu keluar. Rahang bergemeletuk tajam. Jemarinya memegang dagu, berkumis halus.

"Mawar..."

Tit!

Tak sempat dia nak sambung bicara, panggilan tersebut telah dimatikan oleh pihak Mawar. Keningnya berkerut. Kurang suka dengan tingkah Mawar. Tapi dia faham. Faham dengan apa yang Mawar rasakan.

Lantaran itu, dia tarik dan hembus nafas secara perlahan. Nak mengatur kembali rasa geramnya dengan perangai Mawar. Tak mungkinlah dia nak memarahi isterinya, belahan jantungnya.

Lalu jemarinya menekan-nekan skrin telefon. Mendail nombor pengawal peribadi Mawar, Haikal. Beberapa detik menunggu, panggilan dijawab dari pihak Haikal.

"Ya bos?"

"Bawa Mawar keluar. Tapi jangan lama-lama sangat. Biarkan dia beli apa yang nak, tapi pastikan bawa dia pulang ke rumah sebelum aku balik." Arahannya kedengaran tegas.

Demi tak mahu membuatkan Mawar kecewa, dia turutkan juga kemahuan gadis itu. Selagi tidak berlebihan dan menguji kesabarannya, dia akan turutkan apa saja.

Kerana Mawar, belahan jantungnya.

Bibir Haikal terkunci buat beberapa tika, mungkin menyusun ayat untuk memberi respon kepada arahan majikannya. Memang sebentar tadi, Mawar ada mengajaknya keluar.

Tapi dia beri alasan supaya meminta keizinan daripada Engku Raid dulu. Buruk padahnya nanti jika dia membawa keluar Mawar sesuka hati. Emosi Engku Raid tak boleh dijangka.

Tambahan pula, sejak kebelakangan ini dia lihat Engku Raid seperti banyak memikirkan sesuatu. Jika sebelum ini mereka masih boleh berlembut dengan Mawar, tetapi berbeza dengan situasi kini.

Engku Raid berpesan kepada dia dan Kane agar tidak membenarkan Mawar keluar sesuka hati. Kecuali dengan keizinan lelaki itu saja. Tahap kawalan keselamatan di rumah juga semakin ketat.

"Erm baik bos..." Ringkas respon Haikal, tanda akur.

Sejurus itu, Engku Raid terus menamatkan talian tanpa sepatah bicara. Mata dipejam rapat. Kepala yang rasa makin berdenyut sejak tadi, kini sudah beransur hilang.

Mawar Milik Raid[C]✅Where stories live. Discover now