MMR|38

29.9K 1.7K 131
                                    






Dugaan





⚜⚜⚜



PIPI kemerahan, bermata hazel dan rambut keperangan asli milik Haidar membuatkan sang pemilik mata yang memandang berkali-kali jatuh hati. Itu belum lagi, bulu mata melentik panjang apabila mengedip mata.

Mawar menarik sengih apabila melihat Haidar mengedipkan mata kepadanya, polos. Dua ulas bibir nipis Haidar, bergerak-gerak dan terbuka kecil, mungkin nak berkata sesuatu dalam bahasa bayi.

"Haidar nak apa sayang?" Lembut sekali suara Mawar, menyapa telinga Haidar.

Kepala Haidar, Mawar kucup berkali-kali. Menyalur kasih sayang yang tak terhingga buat bayi malang tersebut. Tangan Haidar terewang, gayanya seperti mahu menyentuh wajah Mawar. Lalu Mawar pula melayan.

"Puan Mawar..."

"Ya?" Mawar menghalakan wajah lurus kepada Mak Lah.

"Mak Lah dah siap masak. Puan nak makan?"

Mawar terdiam sejenak. Pandangannya kini bergerak memandang jam di dinding. Kemudian, senyuman nipis diukir. Tangan tua Mak Lah, dia tarik supaya duduk di sebelahnya.

"Kejap lagilah. Mawar tunggu Raid. Mak Lah duduklah bersembang dengan Mawar..." Kepala dilentokkan ke atas bahu Mak Lah.

Mak Lah senyum. Jelas garis kedutan, tanda penuaan pada kulit wajah apabila tersenyum. Jemarinya yang sedikit mengecut, naik mengusap bahu Mawar.

Isteri majikannya ini memang saling tak tumpah, mengingatkan dia kepada arwah anak perempuannya. Terkadang, Mak Lah terbayang sendiri. Jika arwah anak perempuannya masih ada, pasti sudah sebaya Mawar.

"Puan-"

"Mak Lah ni, berapa kali dah Mawar pesan. Tak perlu panggil puan. Panggil Mawar je, okey?" Mawar ketawa kecil. Lengan Mak Lah dirangkul. Tiba-tiba rasa rindu pula kepada mama dia.

Dengan kandungannya yang makin sarat, Engku Raid tidak membenarkan dia ke mana-mana. Meskipun jika ada Haikal dan Kane. Lantaran itu, dia terkurung bersama Haidar di rumah.

Alasan yang lelaki itu akan berikan jika dia soal, pasti jawapannya sama. Demi keselamatan dia. Jadi, Mawar pun tak banyak bunyi. Sekadar menurut arahan sang suami.

"Yalah...ni Mawar bila tarikh bersalin?" Pandangan Mak Lah jatuh ke perut Mawar. Lalu tanpa teragak-agak, menggosok lembut di situ. Merasai perut Mawar yang makin membesar.

"Ermm, ikut pengiraan doktor, insya-Allah 7 Julai nanti," jawab Mawar, matanya turut memandang perut sendiri. Sesekali dia kerling Haidar yang terkebil-kebil merenungnya polos.

Haidar memang suka renung orang.

"Oh tak lama dah..."

Mawar angguk. Setelah beberapa belas minit masa diluang berbual kosong dengan Mak Lah, dia meminta diri untuk naik ke atas sebentar. Haidar pula, dia minta Mak Lah tengokkan.

"Mak Lah tengokkan Haidar kejap ya. Mawar naik atas kejap."

Terlupa pula telefonnya ada di dalam bilik. Dia sempat kerling jam di dinding tadi. Dah agak untuk makan tengah hari. Tapi batang hidung Engku Raid, pun belum kunjung tiba.

Ke lelaki itu tak jadi makan di rumah?
















Ke lelaki itu tak jadi makan di rumah?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Mawar Milik Raid[C]✅Where stories live. Discover now