MMR|10

36.4K 1.7K 141
                                    

"Anna cepatlah sikit. Aku laparlah." rengus Mawar.

Gadis itu menggosok perut, nak tunjuk bahawa dia benar-benar lapar sekarang ini. Dengan gerakan perlahan, punggung dilabuhkan di birai katil. Wajahnya mencuka masam.

Tangan disilang ke dada, matanya menyepet memandang tajam Anna yang hanya mengendahkan panggilannya itu. Malah gadis itu sempat lagi memakai pemerah pipi.

"Anna dahlah tu, cantik-cantik buat apa. Bukan ada orang nak tengok pun." Setepek Mawar bagi.

Sudah hampir satu jam dia menunggu Anna bersiap. Punggungnya juga sudah terasa kebas apabila dia sekejap bangun dan sekejap duduk.

Dia berkerut halus apabila Anna datang menghampirinya sambil memegang pemerah pipi yang dipakai. Secara drastik dia mengelak apabila Anna cuba menyapu pemerah pipi tersebut di pipinya yang sudah memang asli kemerahan.

Mawar memang anti dengan alat solek. Wajah dia terasa berat dan tidak boleh bernafas. Jika setakat pakai ringan-ringan bolehlah, itu pun sekejap saja.

Pernah sekali Anna menyoleknya dulu. Itupun ketika mereka menyambut jamuan perpisahan bersempena tahun akhir mereka ketika di sekolah menengah. Puas dia menegah namun teman baiknya itu tidak makan saman.

Dia siap diugutnya lagi jika dia tidak mahu disolek, Anna tidak mahu berkawan dengannya lagi. Jadi dalam keadaan tidak rela dia terpaksa menadah juga wajah putih bersihnya itu untuk diconteng.

"Sinilah muka kau tu, yang lari kenapa?" Anna menarik wajah Mawar.

Dia tersenyum puas apabila sudah berjaya membuatkan pipi kemerahan Mawar itu menjadi semakin memerah akibat tona pemerah pipi tersebut.

"Anna! aishhh." rengus Mawar.

Dia melangkah ke meja solek lalu ditilik wajahnya di hadapan cermin besar itu. Ditenyeh sedikit pipinya bagi menghilangkan kesan pemerah pipi tersebut.

Anna yang sedang tertawa halus, dia hadiahkan jelingan tajam. Lengan gadis itu dicubit seraya melangkah keluar.

"Eh eh sabarlah kejap."

"Lambat tinggal, daa."

Anna terkocoh-kocoh sendiri apabila melihat Mawar sudah berura-ura mahu melangkah keluar. Dengan pantasnya dia menilik sekilas penampilannya pada cermin besar itu sebelum berlari-lari anak mengejar langkah Mawar.

Pandangan dililaukan ke serata ruang restoran berdekorasi klasik itu. Jemari meliuk-lentok, mengetuk halus permukaan meja. Nafas dihela panjang.

Setelah pelayan mengambil pesanan makanan mereka tadi, Anna terus sahaja meminta diri untuk pergi ke tandas. Kata Anna, perutnya membuat ragam pagi-pagi ini.

"Cik sini ada kosong ke?"

Mawar mengangkat wajah. Suara serak-serak basah itu berjaya menarik perhatiannya. Kemudian, mata beralih pada kerusi kosong di depannya.

Dipandang sekali lagi wajah lelaki itu sebelum menunduk kembali. Macam kenal.

"Itu tempat kawan saya." Ringkasnya. Padahal Anna boleh je duduk di sebelah dia.

Mawar Milik Raid[C]✅जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें