MMR|14

32.4K 1.7K 132
                                    

ALUNAN suara merdu penyanyi dari corong radio keretanya diperlahankan. Jemari runcingnya mengetuk perlahan stereng kereta. Mata sesekali mengerling ke luar tingkap.

Dia bukanlah gemar sangat mendengar muzik, lebih-lebih lagi muzik jiwang. Tak kena langsung dengan jiwa dia. Tetapi bila difikirkan kembali, dulu waktu sekolah menengah dia selalu menemani Anna ke pusat karaoke.

Mawar ketawa sendiri. Bila mengingatkan memori lama bersama Anna, mudah saja dia terhibur. Tetapi hanya untuk seketika sebelum dia mengeluh.

Kereta diberhentikan di persimpangan lampu isyarat. Dah lampu merah menyala, takkan dia nak terus jalan. Karang ada yang tidur di hospital.

Tambahan pula, Mawar memang pemandu yang berhemah. Mungkin kerana dia perempuan, sudah biasa untuk sentiasa berhati-hati. Lain benar dengan perangai Anna yang jika memandu, habis diredahnya semua lampu isyarat.

Tapi kadang-kadang kalau terlalu berhati-hati pun tak boleh juga. Kadang-kadang nak parkir kereta pun berjam-jam. Biasalah, perempuan akan jadi kelam-kabut dan cepat cemas jika terlalu berjaga-jaga.

Sama juga ibarat perempuan yang terlalu berhati-hati menjaga hubungan dengan pasangan, pasti akan kerap bergaduh dek kerana terlalu overthinking. Kedengaran pelik tetapi itulah hakikatnya.

Ponnn!

Bunyi nyaring itu menyentakkan Mawar daripada lamunan panjang. Bulat mata dia memandang lampu isyarat. Bibir tersengih kecil. Patutlah pemandu di belakang bunyikan hon.

Rupanya lampu isyarat berwarna hijau dah bernyala beberapa saat yang lalu. Handbreak diturunkan lalu kaki menekan pedal minyak. Pantas keretanya bergerak menuju ke destinasi.

Jam di dashboard kereta dikerling. Bibir terjuih ke depan. Sekarang sudah tepat jam 11:10 pagi. Dia terlambat 10 minit untuk berjumpa Anna.

Beberapa minit berlalu, keretanya berhenti di depan sebuah kafe. Kotak parkir kereta dicari. Melilau mata dia cuba mencari tempat parkir kosong.

Nampak macam ada kosong tapi ternyata ada sebuah kancil yang sudah mengambil tempat. Mawar mendengus perlahan. Tak guna punya kancil beri harapan palsu!

Cari punya cari, Mawar jumpa juga tempat kosong untuk memarkir kereta. Usai itu, dia terus melangkah masuk ke dalam kafe tadi dengan langkah yang agak tergesa-gesa.

Buk!

Punggung Mawar bercium dengan lantai. Entah bagaimana dia boleh berlanggar dengan benda keras-ah maksud dia seseorang. Mungkin berjantina lelaki.

"Sorry tak perasan. Are you okay?"

Mawar mengangkat wajah. Matanya membulat begitu juga dengan lelaki yang dilanggarnya tadi. Namun lelaki itu pantas menggantikan wajah terkejut dengan ketawa kecil. Eh ada lesung pipit di kedua-dua belah wajah lelaki itu.

Mawar terpana seketika.

"Kau rupanya budak. Dah bangunlah. Berapa lama nak duduk dekat lantai tu?" Lelaki itu masih tertawa kecil.

Dan hal itu membuatkan Mawar menjeling. Tak ada insurans punya mulut. Sesuka hati saja menggelarnya budak.

Mawar bangkit tanpa senyuman. Dia menepuk belakang punggung, cuba membuang debu halus yang tidak dapat dilihat menggunakan pacaindera kasar.

Mawar Milik Raid[C]✅On viuen les histories. Descobreix ara