MMR|23

33.4K 1.8K 178
                                    


Imperfect beast




⚜⚜⚜






MERENUNG hamparan dada langit di atas, bibir melepaskan keluhan. Jemari mencengkam penghadang balkoni dengan mata dipejamkan.

"I need you to heal me."

Bisikan itu, suara itu, kata-kata itu sentiasa terngiang di fikirannya sejak beberapa hari yang lepas. Cuba mencari jawapan tapi dia masih buntu.

Lantaran itu, dia berada di sini seorang diri demi mencari secebis ketenangan. Tak tahu untuk berapa lama lagi dia harus bertahan dengan semua ini.

Satu persatu apa yang dia lalui pada setiap hari membuatkan kepala dia makin kusut. Dengan teman baik dia sendiri sudah seperti ingin menjauhkan diri.

Ditambah pula dengan perangai dan tingkah laku suaminya yang makin hari membuatkan dia bertambah hairan. Nyaris membuatkan dia berfikir untuk lari dari kehidupan realiti.

"What are you thinking about?"

Bahu ternaik sedikit, terkejut apabila tiba-tiba mendengar suara serak-serak basah itu berbisik halus di tepi telinga. Mata dibuka, namun dia langsung tidak menoleh.

Liur ditelan apabila merasakan sentuhan dingin di batang leher dan kemudiannya semakin turun ke bahu. Ruang di antara mereka cuba ditambah, namun figura itu sengaja datang mendekat.

Seakan suka apabila mengujinya begini. Oh parah.

"Jom masuk. Sejuk ni, nanti masuk angin."

Tangan dilingkarkan ke pinggang ramping itu lalu Engku Raid menarik Mawar supaya masuk. Dan ironinya gadis itu sekadar menurut. Tak membantah seperti sebelum ini.

"Do you hide something from me?"

Jelas Engku Raid agak tersentak mendengar soalan Mawar. Namun dia pandai mengawal ekspresi wajah agar tidak nampak terlalu jelas bahawa dia ingin mengelat.

Tak sangka gadis itu terfikir untuk bertanya begitu.

"Tell me Raid. What do you mean by you need me to heal you?" Mawar seakan terdesak inginkan jawapan.

Menghembus nafas, Engku Raid menolak tubuh Mawar supaya duduk di birai katil. "Kau takkan faham Mawar."

"Jadi fahamkan saya." Mawar bertegas.

"Now is not the right time to talk about this Mawar. Tapi aku cuma nak kau sentiasa ada di samping aku dan jangan pernah berfikir untuk tinggalkan aku, faham?" Lidah ditolak ke isi dalam pipi.

"Saya tak faham. Selama ni awak cuma mempermainkan saya je ke apa? Awak nak saya dengar cakap awak, beri apa yang awak nak tapi awak-"

Jeda. Mawar mengeluh.

"...awak tak pernah fikir pun apa yang saya nak. Pernah tak walau sedetik awak fikir perasaan saya? Pernah tak awak rasa apa yang saya rasa bila awak buat perkara terkutuk tu dekat saya selama bertahun-tahun dan sekarang awak nak saya sentiasa berada di samping awak? This is not funny Engku Raid Nasaie."

Pertama kali dalam hidup Mawar meluahkan isi hatinya kepada Engku Raid. Dia cuma...letih. Jemari Engku Raid yang jatuh ke bahunya ditepis.

"Saya rasa jijik dengan diri saya sendiri bila teringat kembali waktu awak layan saya macam pelacur. Saya tipu mama dengan papa sebab ugutan awak yang tak masuk akal tu. Saya tak faham, sampai sekarang saya masih tak faham apa yang awak nak sebetulnya?"

Mawar Milik Raid[C]✅Where stories live. Discover now