MMR|19

31.5K 1.8K 141
                                    

"It is just a nightmare."





⚜⚜⚜














"Sedapnya kau tidur ya? Mari sini aku ajar kau sikit budak."

Tubuh kecilnya menggigil lalu dia mengesot ke belakang menggunakan sisa tenaga yang masih ada. Kepala digeleng laju dengan wajah yang sudah lencun dengan air mata.

"Ja...jangan..." Suaranya makin perlahan.

"Kau nak lari pergi mana? Aku cakap sini, sinilah! Nak makan tali pinggang aku lagi ke?!"

Zap!

"Arghhh mummy, daddy!"

"Tch, anak mak rupanya. Such a crybaby huh? Cuba jadi kuat sikit, jangan lembik sangat macam bapak kau tu! Sini aku ajar kau."

Tali pinggang diangkat lalu tubuh kecil yang masih mengesot ke belakang itu menjadi tempat tali pinggangnya berlabuh untuk beberapa kali. Raungan suara kecil yang berteriak kuat itu tidak dihiraukan.

Hatinya puas.

"Ber...berhenti, sakit!"

"Sakit? Hahahahha! Eh budak! Kalau bapak kau yang lembik tu tak buat kerja lembap, kau takkan sakit macam ni lah! Kau nak tahu tak? Bapak kau tu tak sayang kau pun sebab tu dia orang biarkan je walaupun kau dah hilang beberapa minggu hahaha!"

Zap!

Zap!

"Arghhhh! Sss...sakit!"

"Bisinglah kau ni." rengusnya. Tali pinggang yang berada di tangan, dia kerling sekilas lalu memandang kembali budak kecil tadi dengan senyuman menyeramkan.

"Kau sini budak." Gamitnya. Namun budak itu menggeleng tidak mahu. Membuatkan hatinya memanas.

"Aih kau ni, nak kena paksa juga ke?"

Tap!

Tap!

Tap!

Cukup tiga tapak melangkah, dia berhenti di hadapan budak itu lalu dia duduk mencangkung. Tanpa sebarang amaran, kaki budak itu diikat menggunakan tali pinggangnya.

Lalu tubuh budak itu dipusing supaya membelakanginya. Dia berdiri semula. Zip seluar ditarik ke bawah seraya menyunggingkan senyuman sinis.

"Jan...jangan!"





"Jangan! Hahh!" Mata terbuka luas. Seluruh tubuhnya bagai bermandi dengan air peluh. Nafas terasa sesak. Rongga pernafasan terasa seperti tersekat.

"Eh bro! Kau kenapa ni?"

Mendengarkan suara itu, dia terus menoleh.  Wajah sudah lencun dengan air mata yang mengalir tanpa sedar. Wajah diraup berkali-kali membuatkan si gerangan yang bertanya tadi mulai cemas.

"Kau tunggu kejap."

Dia menepuk dada yang makin terasa sesak.  Sakit, dada dia sangat pedih sekarang ini. Matanya memerah. Rambut ditarik berkali-kali bagi menghilangkan rasa mencucuk di kepala.

"Mawar..." sebutnya tiba-tiba. Kusyen kecil yang menjadi tempat kepalanya berlabuh tadi dipeluk kuat. Air mata makin mengalir deras. Dia menggogoi sendiri.

"Here, makan ni."

Dia menggeleng tidak mahu.

"Makan ni Raid! Jangan degil boleh tak." Tengku Fayyadh merengus lalu beberapa butir pil berwarna putih dan merah dimasukkan ke dalam mulut Engku Raid secara paksa. Segelas air masak dihulurkan. Pantas lelaki itu meneguknya rakus.

Mawar Milik Raid[C]✅Where stories live. Discover now