65 ; Cik Tunang

2K 108 18
                                    

Ting! Ting!

Bunyi notifikasi itu mengejutkan Batrisha yang sedang duduk bersendirian bersila di atas tembok batu menghadap kawasan pantai itu. Angin menderu datang melanggar tubuhnya. Sejuk. Telefon miliknya dikeluarkan daripada poket hoodie yang dipakai. Mesej yang datang daripada orang jauh.

Farrah Keling
Bat, Khai dah selamat jadi tunang Nadim.

Nurin Batrisha
Congrats, aku doakan yang terbaik utk dia. Err kirimkan salam aku pada Fasha.

Balas Batrisha, hanya itu sebelum telefon kembali dimasukkan ke dalam hoodie. Memandang jauh ke tengah lautan membiru itu sambil mengunyah biskut red velvet. Dia sudah sedia maklum beberapa hari lepas yang Khairunnisa akan melangkah ke alam pertunangan membawa hubungannya dengan Nadim satu langkah lebih dekat.

Farrah ada menjemputnya pulang, begitu juga Fasha tapi macam biasa. Tuan rumah tak jemput buat apa dia nak memandai-mandai kan? Lautan luas dipandang, inilah rutin dia. Ada sahaja waktunya ingin melepak di tepi pantai ini. Entah kenapa sejak beberapa hari lepas ramai pula yang memujuknya, menyuruh pulang ke Malaysia.

Ayah, memang akan sentiasa memujuknya hampir setiap hari berbalas WhatsApp menyuruh dia kembali ke Malaysia. Adam juga sama, kadang-kadang jika terima kiriman mesej atau pesanan pasti lelaki itu bertanya bila dia mahu pulang kembali ke sana. Tak lupa Double F, Fasha dan Farrah yang akan sesekali berbalas emel.

Meminta dia pulang dan kembali ke Tanah Air. Disini, Attar juga bertanya jika dia mahu kembali ke sana. Kid, aku tak nak.

Entahlah, dia tak ada sebab kukuh untuk kembali ke sana. Bahkan raya tahun lepas pun dia tak balik sebab dia malas mahu bersemuka dengan sesiapa. Dia hanya beraya disini, Sal juga berangkat pulang meninggalkan dia disini sendiri. Tapi apa ada hal? Persatuan alumni Murdoch University kerap kali menganjurkan jamuan makan-makan untuk pelajar bersama pihak kedutaan disini.

Dan dia sebagai salah seorang alumni pelajar Malaysia semestinya akan pergi, terubatlah sedikit rindunya pada ayah. Ah memang kena marahlah dengan Adam dan ayah masa raya tu. Adam siap tanya jika dah booked flight atau belum tapi dia buat bodoh kering je lastly pagi raya dia tidur sebab dia malas.

Dia cuma makan megi lepas tu sambung tidur, malam baru dia bergerak menghadiri jamuan tersebut. Hehehe takde life betul.

" Fasha dah ada anak, Khai dah kahwin, Farrah dah ada calon, kau bila lagi Bat? " soal Batrisha sendiri sambil ketawa kecil. Tak, dia tak mabuk ketum. Dia cuma teringatkan kisah mereka dahulu.

" Kita dah besar weh. Farrah, Khai dengan rasminya dah bergelar medical officer, Fasha ada brand sendiri and kau Alhamdulillah masih hidup sampai sekarang ni Bat. " ujarnya pada diri sendiri.

Dia pun tak sangka, dia masih berpijak di bumi ini. Bukankah hampir tiga kali dia cuba membunuh diri dahulu? Ketika zaman remaja, ketika dia benar-benar sesat saat mula-mula sampai di negara orang dan yang terbaru tahun lepas, saat dia benar-benar bencikan kehidupannya.

Batrisha mengangkat tangan, menepuk bahunya sendiri.

" You are strong bro, you have reached this age. " ujar Batrisha, menepuk bahu sendiri. Tawa kecil dilepaskan, terasa bodoh menepuk bahu sendiri. Kalau dekat Malaysia ni mesti dia dah dicop gila dan tak siuman. Sudahlah bercakap sendiri.

Apa-apa jelah asalkan dia tak kacau orang.

" Attar ni bangang jugak, dah datang Perth cubalah jangan bawak perangai Malaysia tu. Dari tadi on the way, tak sampai-sampai sia. Menyampah aku, cookies aku dah nak habis pun mangkuk ni tak sampai lagi. " rungut Batrisha tiba-tiba. Attar jelah kawan berhibur dia sekarang, Sal? Ah perempuan tu busy je manjang, kalau ada masa free pun bukan dia nak ajak Bat keluar.

Love , Cik BabysitterWhere stories live. Discover now