11. Angin

2.8K 136 0
                                    

" Kau ni merepeklah Bat, kitorang tahulah dia dah bertunang haih! Kitorang acah-acah je nak marah dia, kau rilek sudah. " balas Fasha lalu ketawa membuatkan Batrisha mengerutkan dahi.

" Ye kitorang tahu dia bertunang even though waktu dia tunang tu kitorang tak pergi sebab aku dekat Ireland and Fasha dekat Johor tapi kitorang tahulah. Khai je tak tahu yang kitorang betul-betul tahu. Sebenarnya sebelum ni memang Khai tak cakap langsung pun dia tu dah jadi tunang orang sebab konon nak hormat permintaan Adrel tu. " balas Farrah pula dengan tawa kecil dihujung bicara.

" Khai tak tahu yang kitorang tahu, dia ingat selama ni kitorang usik dia ada tunang tu saja-saja. " balas Fasha menerangkan kedudukan yang sebenarnya.

" Ha yelah tapi korang acah marah ni apa hal? " soal Batrisha betul-betul bingung.

" Aduh, kau lupa ke? "

Batrisha berkerut.

" Lupa apa? "

" Plan kita tu? "

" Oo..okey so ni kiranya ni macam half of the surprise lah? Okey faham faham. " balas Batrisya pula ketawa kecil, patutlah dia rasa semacam.

" Korang, aku ada benda nak bagitahu ni." suara serius Batrisha membuatkan kedua-dua orang gadis itu menoleh serentak.

" Apa?Jangan cakap kau pun dah tunang? Aku sunatkan tunang kau nanti." ugut Fasha selamba badak dengan suara tegas, Batrisha ketawa kecil. Merepek apa ni?

" Merepeklah, aku nak cakap yang aku dah kena kerja. " perlahan sahaja suara Batrisha menutur ayat itu, gentar juga jika tiba-tiba mereka menolak hasratnya.

" Fulamak, bapak cepat sia well student overseas kan. " usik Farrah namun tak langsung kedengaran lucu di telinga Batrisha. Suasana mulai tegang, serius semacam sahaja masing-masing ya.

" Aku nak bawa seorang budak ni datang sini, boleh kan? "

" Bapak kejam siot, hang kerja sindiket penculikan kanak-kanak ka gila?! "

" Biar betul gila? Kau nak jual organ budak-budak ke? Masyuk tak? "

Kali ini Batrisha betul-betul mahu menghempuk kepala dua orang manusia ini dengan belanga besar yang tergantung di rumah neneknya biar lancar sikit pemikiran diorang yang entah apa-apa ni. Apa jadah dia nak jual organ kanak-kanak ehem walaupun cepat kaya tapi dia tak adalah sekejam itu!

Klekuk!

" Woi sakitlah gila! "

" Kepala aku bayar zakat hang tau dak?! " marah Fasha menggosok kepalanya yang diketuk dengan botol Pepsi yang sudah kosong. Kecil besar kecil besar sahaja dia melihat Batrisha tika itu.

" Seorang medical officer, seorang founder berjaya tapi pemikiran tak boleh cetek lagi agaknya? Aku dapat kerja jadi babysitter jaga budak Yaya yang langgar sampai aiskrim Oreo dia tumpah dekat baju aku. Aku kena bawak dia datang sinilah sementara bapak dia kerja lagipun aku malas ah duduk rumah orang bila orang tu tak ada walaupun aku babysitter merangkap maid anak dia. Tahu? " satu nafas sahaja Batrisha menerangkan niatnya dan segala info tentang kerjanya. Laju mengalahkan bullet train perempuan ni bercakap ya sampai terkebil-kecil founder butik dengan Doktor Farrah.

Love , Cik BabysitterWhere stories live. Discover now