44. Last day

1.9K 106 3
                                    

" Esok jom lepak rumah nak? Esok Farrah balik kan? Jom buat makan-makan? " lontaran idea secara tiba-tiba oleh Fasha itu membuatkan Khairunnisa yang sedang bermain Nintendo itu terhenti. Batrisha yang duduk mengetip kuku juga menoleh ke arah Fasha yang terlebih gula.

" Kau demam ke? " soal Khairunnisa sarkastik, pelik pula dia lihat Fasha ni. Dah nak kahwin pun gila lagi?

" Apa salahnya? Kita dah lama kot tak berkumpul sekali, lagipun esok last aku jumpa Que heheh sebab dia kena fly pergi Sydney lusa. Dia tak ada masa balik kampung sekali nanti. " terang Fasha.

" Persoalan dia, nak ajak siapa? Siapa nak masak? Makan apa? " soal Batrisha selamba, sedia maklum yang mereka bukanlah terlalu pakar sangat dalam masak-memasak ini.

" Sekarang zaman dah majulah sister, benda boleh order je. " balas Fasha yakin, Khairunnisa tersengih.

" Nak order apa je? Makan je macam biasa tak boleh ke? Ajak jelah Que tu lepak-lepak dekat luar. "

" Alah tapi aku nak ajak family aku, yelah sempena bakal menjadi tunangan orang ni hehehe. " ujar Fasha lagi. Batrisha menoleh.

" Over sial perempuan ni, kau tunang je bukan kahwin lagi tapi okey gak buat makan-makan. Suruh Farrah ajak family dia, jap jap natang yang lelaki yang selalu usha Paah tu apa nama dia? " Fasha menoleh mendengar ujar Batrisha.

" Oh Rayyan kan? Ke bukan? "

" Yakin je dia ni. Aryan lah gila! "

" Nama nak sedap je, menyampah aku. "

" Ha kau ajak Kash dengan Yaya lepas tu ajaklah member hensem kau yang si Adam tu lepas tu kau pulak ajak pakcik Yaya yang Nadim tu! " putus Fasha sesuka hati. Nama Nadim yang disebut itu membuatkan wajah Khairunnisa disebalik Nintendo itu berubah sedikit. Tak sedar dalam diam dia memanah tajam wajah Batrisha disebalik Nintendo yang dipegang.

" Kau ni dari sekolah semua nak last minit sial. Nak order apa sia, aku banyak gak follow account online food dekat Insta ni. " balas Batrisha sambil menarik Samsung miliknya. Tak sedar yang dirinya menjadi objem panahan tajam mata Khairunnisa.

" Tak kisahlah, kau orderlah apa-apa. Aku bajet dalam RM500 cukup tak? " balas Fasha mengambil tempat di sebelah Batrisha yang sudah melabuhkan duduk berhadapan sofa yang diduduki Khairunnisa.

" RM500? Baik kau ajak jemaah masjid sekali, banyak tu. "

" Boleh jugak, nanti kita pergi hantar dekat masjid taman. "

" Cun. "

" Eh Khai, member kau yang baked brownies sedap tu buat lagi tak brownies? Orderkan brownies dengan pavlova untuk esok, cakap dekat dia aku bayar je berapa as long as dapat esok. "

" Kejap aku chat dia. " balas Khairunnisa tanpa nada, Nintendo miliknya diletak di atas coffee table sebelum mencapai telefon.

Batrisha dan Fasha sibuk memilih menu juadah untuk esok sementara Khairunnisa hanya memerhati, masih lagi curiga dengan Batrisha dek kerana ternampak gadis itu bersama Nadim. Ada banyak benda yang dia musykil tentang rakannya yang satu itu. Sikap perahsia Batrisha itu menyebabkan dia ragu-ragu terhadap gadis itu.

Sejak gadis itu pulang dari luar negara, banyak benda yang Batrisha buat dia nampak pelik. Yelah, sudah lama tak pulang ke tanah air tapi pulang terus cari kawan? Kenapa tak pergi jumpa keluarga dia dulu? Khairunnisa tak faham kenapa Bat menghilangkan diri dulu. Banyak benda dia nak korek.

Dia tahu, bukan dia sorang je perasan akan hal ini bahkan Farrah juga sama sentiasa pelik dengan setiap gerak-geri Batrisha. Apa yang disorokkan sangat? Kata kawan? Kenapa tak bagitahu mereka kalau gadis itu punya masalah? Lagipun, awal-awal lagi dia curiga. Datang daripada mana duit Batrisha sebanyak itu sampai boleh bawa Honda Civic pulang sahaja dari Malaysia?

Love , Cik BabysitterDove le storie prendono vita. Scoprilo ora