85. Love, Cik Babysitter

5.4K 172 46
                                    

sediakan popcorn dan lagu sendu ya sbb chapter ni panjang. okey may Allah bless you! Have a nice day! Skkrtt skrtt.

+++

" Kakak dah tidur dah? " soal suara Encik Rayden bersama wajah tak beriak.

" Dah. "

" Doktor cakap apa? "

" Teruk, dah makin teruk. DASS Test dia teruk. Depression result, 40 extremely severe, stress 22 moderate. Sekarang tengah tunggu result test PTSD. " satu suara garau lelaki membalas. Encik Rayden menganggukkan kepala.

" Batrisha ada record attempt suicide 3 kali. " tambah lelaki itu lagi membuatkan Encik Rayden rasa kepalanya berpinar.

" Allahuakbar. " mengucap panjang Encik Rayden sendiri mendengar balasan lelaki itu.

" Dia fully under observation. Dia dah skip treatment banyak kali. Teruk angah ni ayah sebab trauma sejak dari remaja lagi. Ni pun doktor tengah confuse macam mana dia boleh hold mental health dia sampai sekarang. And.. obviously semua ni sebab suami ibu, Rashid Ismail. " balas lelaki itu. Rasa mahu rebah sahaja Encik Rayden saat itu mendengar ujaran anak sulungnya. Sempat dia berpaut pada bahu anaknya.

" Ayah duduk dulu. " ujar suara itu lagi. Ya, dialah. Abang sulung Batrisha yang terbang dari Brunei kembali ke Malaysia sebab permintaan adiknya yang mengirimkan email beberapa bulan lepas. Arfan Idraqi, anak kandung sulung pasangan Hanani Hamzah dan Rayden Razman.

" Semua ni salah ayah abang.. salah ayah sebab tinggalkan korang macam tu je dulu.. Allahuakbar, kesian kakak abang.. " Encik Rayden memicit dahinya. Berpinar-pinar pandangannya saat ini. Kesalkan apa yang terjadi.

" Benda dah lepas ayah, insya Allah angah akan sembuh. Dia kuat, doktor pun terkejut sebab dia hold semua sakit dia sorang-sorang sampai umur sekarang. Ayah doa banyak-banyak. " balas Arfan beriak tenang sambil memeluk tubuhnya.

Along minta maaf ngah.. sebab tak cari kau..

Encik Rayden menunduk, mulut tak putus-putus terkumat-kamit menyebut nama Allah. Berharap agar ada keajaiban yang berlaku buat si anak, dia sendiri terbaca tentang bahayanya kesihatan mental. Bukan mudah untuk sembuh melainkan pesakit benar-benar bertekad melawan dan terus melawan sakit ini. Sakit yang orang tak nampak inilah yang paling susah dicegah.

Arfan pula hanya memaku pandang pada pintu wad yang menempatkan adiknya. Tak sangka yang dia akan jejakkan kaki di dalam hospital sebegini. Hospital psikologi. Lihat sahaja notis yang tertampal di hadapan pintu wad Batrisha itu. Agresif.

SILA TUTUP PINTU DENGAN RAPAT. PESAKIT BERISIKO UNTUK MELARIKAN DIRI.

Dua hari lepas dia tiba di Malaysia, ingatkan boleh terus bergembira berjumpa kembali keluarganya tapi sama sekali tidak apabila daripada lapangan terbang dia terus terpaksa berkejar ke hospital ini. Panggilan yang sepatutnya disambung pada adiknya bertukar suara si ayah yang membuatkan dia benar-benar kelu sendiri. Tambah lagi apabila digesa datang ke hospital.

Kerana adiknya yang tiba-tiba tak sedarkan diri selepas menelan sebiji ubat tidur. Masa tu hanya Allah sahaja yang tahu bertapa dia keliru dengan apa yang terjadi dan terus akur untuk datang ke sini. Tiga hari Batrisha tak sedarkan diri, bangun-bangun sahaja gadis itu langsung tak bersuara. Dia yang baru jejak kaki di Malaysia hilang kata. Mengelirukan.

Ujian DASS atau Depression Anxiety Stress Scale Test dijalankan ke atas adiknya demi mengetahui peringkat kesihatan mental adiknya dan keputusan yang keluar itu buat Arfan hilang kata. Extremely severe, sangat teruk. Keadaan kesihatan mental adiknya itu sangat teruk. Encik Rayden bersandar pada bangku besi itu sambil mulut tak henti menyebut nama Allah, membiarkan dirinya tenang seketika.

Love , Cik BabysitterNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ